Perempuan Itu Kembali ? - ILMU HITAM (SERAM) - .

Wednesday 6 February 2013

Perempuan Itu Kembali ? - ILMU HITAM (SERAM)

Assalammualaikum
Jaja nk tulis cerita ni pon seram tau..tiap kali baca cerita pasal 'dia' mesti meremang bulu roma .. Masih ingat lagi wanita bernama MONA FANDY ? rasanya generasi2 sekarang..kalau korang x buat research..korang xkan tau siapa dia...huuuu ~
Buat masa ni Jaja sangat tak rajin untuk bercerita siapa dia , dimana dia dan sejarah dia . Maybe next time Jaja akan ceritakan . Kalau korang nk tau dengan cepat siapa dia , maybe korang boleh buat research sendiri tentang dia..
Apa yang ingin Jaja ceritakan sekarang , adalah mengenai satu cerita DUKUN . Dimana scene didalam cerita tersebut telah dipotong dan tidak mendapat kebenaran untuk ditayangkan buat tatapan umum !
Disini Jaja akan share ngan korang scene 9 minit yang telah dipotong didalam movie tersebut .
Filem arahan Dain Said ini diharamkan tayangannya atas alasan jalan ceritanya yang begitu kontroversi & menyinggung perasaan keluarga yang terlibat.Filem Dukun merupakan sebuah adaptasi dari kes pembunuhan berprofil tinggi yang melibatkan ahli politik Datuk Mazlan Idris & selebriti Mona Fandey di katakan merupakan seorang pengamal ilmu hitam.Dalam video yang bocor ke Youtube lima hari lalu ini (14 November 2011), beberapa plot penting filem Dukun tidak pertontonkan termasuklah ritual yang di jalankan oleh watak utama Diana Dahlan (Umie Aida) yang menyebabkan kematian Datuk Jefri (Adlin Aman Ramlie). Pelakon lain yang turut membintangi Filem ini ialah Bront Palarae, Soffi Jikan dan Ramli Hassan.Walaupun berdurasi sekadar 9 minit, namun terdapat adegan-adegan yang bahaya untuk ditonton oleh kanak-kanak bawah umur serta ibu mengandung. Jom tengok !~ siapa yg xtengok lagi .. jemput la ye..siapa yg dah tengok..meh2..drop komen korang .. share2 sikit !

Cara anggota tubuh badan Datuk Mazlan Idris dijumpai merata-rata tempat dan bersepah-sepah semasa kes ini sedang dibacarakan beberapa puluh tahun yang lepas , sama dan sangat sebijik macam dalam filem nie !! sumpah seram !!

**hey , hey...ingat...jangan sesiapa pon cuba utk 'meneraka' kan sesiapa ye.. :) jgn wat spekulasi sendiri..


4 comments:

Ayue Rejaluddin said...

Seramnya......
Cerita ni memang kena banned terus kan dari tayangan..
Ke ada tayangan cuma AJ je tak notice?

Unknown said...

fuuu , mcM SERAM JEKKK /

Farah Waheda Wahid said...

seriau pulak tengok... hu hu hu...

nadia said...

Ngeri, geli.. semua rasa ada !