May 2013 - .

Thursday 30 May 2013

Umat Islam Solat Di Dalam Gereja

Thursday, May 30, 2013 2
Umat Islam Solat Di Dalam Gereja
Assalammualaikum
SEBUAH gereja di Scotland muncul sebagai gereja pertama di UK yang memberi peluang kepada umat Islam untuk berkongsi bangunan tersebut bagi menunaikan solat.
St John’s Episcopal Church di Aberdeen kini menerima beratus-ratus umat Islam menunaikan kewajipan lima kali sehari di gereja tersebut kerana masjid yang berdekatan, Masjid Jamek Syed Shah Mustafa terlalu kecil hinggakan jemaah terpaksa menunaikan solat di luar masjid.
Paderi gereja tersebut, Rev Isaac Poobalan, telah memberikan sebahagian daripada kawasan dewan gereja tersebut kepada Imam Besar, Ahmed Megharbi.
Ahmed mengimamkan solat di bahagian utama gereja (main chapel).
Poobalan berkata bahawa perkara tersebut adalah kewajipan beliau.
” Menunaikan solat adalah sesuatu yang baik. Tugas saya adalah untuk menggalakkan orang ramai supaya sentiasa berdoa. Saya dapati bahawa masjid tersebut menjadi terlalu sesak pada waktu-waktu tertentu. Apabila saya bertanyakan perkara ini kepada gereja, orang ramai memberi respon bahawa itu bukan masalah kami.
” Namun, saya menganggap perkara ini sebagai masalah bagi saya.
” Saya tidak sanggup lagi melihat umat Islam terpaksa menunaikan solat di kawasan luar masjid… ini kerana cuaca di luar amat sejuk,” katanya.
Poobalan menambah, beliau ingin meningkatkan usaha serta menjalinkan hubungan baik di antara penganut Kristian dan Islam di sana.
“Ini adalah satu perkara asas dan mudah. Tiada kaitan dengan agama – ini hanyalah satu keperluan manusia. Perbezaan agama tidak sepatutnya meluaskan jurang antara manusia.
” Pada mulanya apabila saya memberikan cadangan ini kepada imam, beliau juga ragu-ragu, kerana perkara seperti ini belum pernah terjadi.
“Namun, pihak masjid telah menerima cadangan tersebut dan hubungan antara masjid dan gereja ini menunjukkan kesan yang positif,” katanya.
Semenatra itu, Ahmed Megharbi menyatakan bahawa perkara ini adalah sesuatu yang istimewa dan sepatutnya tidak menjadi masalah jika diaplikasikan di seluruh negara tersebut. – Daily Mail UK

Wednesday 29 May 2013

Tauladan - Si Mati Yang Membaca Yasin

Wednesday, May 29, 2013 1
Tauladan - Si Mati Yang Membaca Yasin

Assalammualaikum

Kisah Benar Mayat Membaca Yasin Di Mekah | Ini adalah kisah benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser….Penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia.
Ceritanya begini.. Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang Arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma’la….tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah.
Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.
Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang Arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli.
Selepas dilihat seterusnya. Ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).
Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang lelaki berkulit hitam yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin.
Itulah kelebihannya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah… Inilah yang membuatkan kita semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah… .
Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri (disimen) dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ

**Wallahuallam....

Click Sini :-


Tuesday 28 May 2013

REVIEW - Teduhan Kasih

Tuesday, May 28, 2013 3
REVIEW - Teduhan Kasih
Assalammualaikum
wahh .. ape yg berteduh kasih sangat tu kan .. alaa..slot Akasia la syg .. xkan x tengok kot...rugi tau kalau xtengok .. sangat best .. menyentuh hati sampai ke lubuk hati menyentap tangkai jantung uolsss .. sangat romantik bila scene Adi Putra .. pepaham la kan Adi Putra tu macam mana .. sekali dengar suara dia pun dah cair kot ... ape lagi bila menatap mata dia yang menawan tu ... ouuuhhh !! okeh sudah .. memuji laki orang bagai .. bising Encik Tunang Jaja nanti .. hahaah ...
Aceli cita Teduhan Kasih ni adalah sebuah cerita yang di adaptasi kan dari novel Teduhan Kasih by Marissa .. Jaja xpenah baca pon novel ni .. tapi , biasa la ... cerita melayu .. lari sana sini .. alih2 sama jugak jalan ceritanya ... xlari jugak ngan cerita novel2 lain ..kahwin bukan pilihan keluarga , pertemuan dengan secara x sengaja , munculnya orang ketiga , adik-beradik tiri yang berdendam , mak tiri yg garang , busuk hati , dengki dan seangkatan dengannya . 
Ini Sinopsis dari Novel Teduhan Kasih
Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!" -RYZAL.
Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak. Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpangan di antara keikhlasan dan kenangan semalam.
"Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hidup abang benar-benar kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga. Abang tahu pintu hari Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ini." -EHSAN.
Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang. Inikan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah bahagia untuk aku dan anakku? Namun aku tahu hanya dengan Ehsan saja kami menumpang teduh.
Ini pulak sinopsis cerita
Iffa dan Ayu berkawan baik sejak di zaman persekolahan . Kehidupan Iffa tidak seindah mana bila terpaksa tinggal bersama keluarga isteri pertama ayahnya. Ini semua berlaku kerana ibu dan ayah Iffa terlibat dengan satu kemalangan . Ayu yang selalu cemburu dan iri hati pada Iffa membuatkan hidup Iffa semakin kelam . Ayu sanggup merampas suami Iffa semata- mata ingin melihat kawannya menderita. Iffa dicemuh kononnya dia tidak pandai menjaga suami. Iffa sedaya upaya mempertahankan rumahtangganya tapi gagal. Namun dia masih mempertahankan anak yang dikandungnya lambang cintanya pada Ryzal. Walaupun Ryzal mendesak untuk menggugurkan kandungannya. Iffa redha dengan apa yang berlaku dalam hidupnya. Iffa  terpaksa menumpang di rumah mak tirinya demi anak yang dikandungnya. Dirumah, Iffa yang tak ubah seperti orang gaji dan tak ada belas langsung dari mata mak tirinya. Hinggalah saat Iffa ingin melahirkan . Mak tirinya sanggup pergi bercuti mengikut Kak long ke Pulau Langawi dan meninggalkan Iffa sendiri. Saat Iffa ingin melahirkan seorang lelaki tidak dikenali datang membantu Iffa.
Ehsan , seorang lelaki yang memiliki segalanya , berjawatan sebagai CEO disebuah syarikat.  Lelaki yang dikelilingi wanita-wanita cantik dalam hidupnya tetapi hidupnya kosong tanpa arah. Ehsan adalah insan yang diturunkan oleh Allah untuk membantunya. Kelahiran Adam Merubah kehidupan Ehsan dan Ehsan mengganggap Adam adalah anaknya sendiri walaupun hakikatnya bukan. Kehidupan Iffa dan Adam merubah setelah hadirnya Ehsan dalam hidup mereka . Dengan sifat Ehsan yang romantik , ambil berat , manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang dibina sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Kali ini Iffa nekad dia tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan. 

Petikan-petikan best dalam novel ni pulak :-

Pengakuan Suaminya meruntuh jiwanya
"Abang memang betul-betul sayangkan Ayu," kat Ryzal lagi dlaam nada paling menjengkelkan. Seperti aku ini bodoh benar dalam hendak memahami maksudnya ehingga harus diulang-ulang setiap perkataan itu. Apakah hanya kerana aku berdiam diri bermakna aku bodoh? Tak faham apa yang berlaku? Aku hanya mahu mengumpulkan kekuatan yang sudah hilang sebauk sahaja Ryzal dan Ayu datang bersama tadi.
"Jadi , Iffa ni siapa buat abang?" Aku tanya Ryzal dengan berani. Air mata mula jatuh. Bukan sedikit rasa kecewaku pada saat ini. Aku benar- benar kecewa mendengar pengakuan Ryzal. Sudah tidak tertanggung rasanya. Ryzal hanya membatukan diri selepas itu. Tidak berkata apa mungkin sukar untuk memberi jawapan jujur. "Siapa Iffa buat abang?" Aku ulang sekali lagi pertanyaanku denan nada sedikit lagi. Smabil air mata sudah tidak boleh ditahan-tahan lagi. Luruh semuanya membasahi pipi. Sekilas aku memandang Ayu yang hanya membisu sejak tadi. Aku lihat Ayu seperti berusaha melarikan wajahnya dari menjadi tatapan marahku.
"Maafkan abang , Iffa. Abang tak boeh berpisah dengan Ayu. abang tak pernah rasa begitu bahagia seperti abang rasa sekarang ini. Waktu abang bersama Ayu, abang benar-benar bahagia. Abang tak boleh lepaskan rasa bahagia abang begitu saja bila abang langsung tidak rasa bagahia bersama Iffa. Abang fikir...." Ryzal pandang wajah Ayu. Masa itulah Ryzal pegang tangan Ayu. Sakit hatiku bukan kepalang lagi. "Kita bercarai saja!" kata Ryzal kemudiannaya.

Iffa sebatang kara, tiada saudara mara, dalam terpaksa dia terpaksa menumpang dirumah Mak tirinya setelah diusir oleh Ryzal.
"Mana lagi dia nak pergi, mak. Dia ni bukannya ada saudara mara lain. Dari kecil tk nak mampus. Sudah beasr tak habis-habis nak menyusahkan orang. Ni siapa pula yang nak tanggung makan  dia?" Kak ong menyindir bersama wajahtidak senang. Aku tahu kak long bakal mengeluarkan kata - kata kesat lagi. Sungguh, aku cuba tidak mengambil hati dengan apa yang yang bakal emak dan kak long hamburkan. Aku perlu bertahan demi kandunganku tetapi perasaan aku bukanlah daribatu atau kayu. Sedikit tidak tentu aku terasa.
"Siapa lagi kalau bukan aku. Habislah duit aku nak pergi umra," rungut emak. Wajah emak menampakkan kebencian yang amat sangat.
"Sekejap saja mak. Lepas Iffa bersalain, Iffa janji, Iffa akan cari rumah lain. Iffa nak menumpang masa Iffa mengandung saja, sebab Iffa terpaksa." balasku perlahan. Benar-benar meraih simpati. Ke manalah mahu membawa diri kalau emak halau aku.
"Baik kau gugurkan sajalah anak kau tu. Budak tu dah dikira bawa sial, tahu tak. Elok saja mengandung mak bapak bercerai berai. Nanti entah apa sial lagi yang menimpa. Aku tak mahu sial anak kau tu masuk ke dalam rumah aku ni," kata emak lagi.Hancur perasaanku mendengar kata-kata emak. Tergamak emak lafazkan perkataan sial. Bukankah setiap anak itu adalah anugerah Tuhan? Bermakna yang emak sumpah itu adalah pemberian tuhan. 
 
Dalam Iffa menanggung kesakitan datang Hamba Allah membantu dengan niat yang Ikhlas dan menyambut kelahiran baru.
 "Puan, kenapa ni?" tegur seorang lelaki bila aku sudah terduduk. Sudah tak tertanggung rasa sakitnya. Datang tiba - tiba.
"Saya sudah mahu melahirkan anak, tetapi teksi tak mahu berhenti" Jelasku sambil berusaha menahan kesakitan.
"Kalau begitu saya hantar puan ke hospital sekarang," kata lelaki itu , menawarkan diri. Aku sudah tidak boleh menolak tawan lelaki tersebut. Aku benar-benar terdesak. Sekarang ini siapa saja yang sudi menghantar aku ke hospital , aku terima saja. Dia pimpin tanganku dan bawa bersama beg pakaianku ke keretanya. Didudukkan aku di kerusi belakang. Waktu itu aku berharap sangat, janganlah aku tumpah darah. Habis kotor kereta dia nanti.
"Suami puan mana ? Nak saya hubungi dia?" soal lelaki tersebut sebaik sahaja memandu.
"Dia sekarang sedang berbulan madu di Pulau Bali. Kami sudah tak ada apa-apa hubungan lagi" Aku tak mahu berselindung. Biarlah lelaki yang sedia membantu aku itu tahu kedudukan sebenarnya. Kalau tidak dijelaskan begitu.Dia mungkin tidak tahu kenapa aku harus bersendirian menghadapi saat-saat genting ini. Dia sendiri yang bertanyakan tentang suamiku, jadi aku perlu memberikan jawapan yang jujur. Tak ada apa - apa yang perlu dirahsiakan lagi.
"Oh! Maaf," katanya perlahan dan terus memandu. Aku cuba bertahan . Tetapi sakityang mendatang tidak mampu aku tahan lagi. " Aduh! sakitnya...." Aku merintih.
"Sabar puan. Keadaan jalan raya agak sesak ni." Lelaki itu memujuk aku. 
"Kita pergi ke Hospital Bersalin Kuala Lumpur ya," kataku lagi.
"Ya, saya tahu!" jawapnya. Betullah tu. Mustahil pula dia nak hantar aku ke hospital mata! Ya Allah, kenapa dalam keadaan begini aku masih lagi tidak tahu bersyukur dengan pertolongan orang?
" Puan tak nak hubungi keluarga puan?" soalnya lagi.
"Semua alhi keluarga saya sedang bercuti ke Langkawi!" Aku beritahu dia.
"Oh!" katanya pelahan. WAktu itulah aku dengar telefon bimbitnya berbunyi dan segera dia hawap. " Saya minta cuti hari ni. Semua kerja saya, minta En. Fuad tolong uruskan.Batalkan semua temu janji saya," katanya dengan tegas.
"tak, tak . Saya tak balik ofis hari ni. Saya cuti satu hari!" tegasnya lagi sebelum perbualan mereka berakhir.
"Encik, saya minta maaf sebab saya sudah menyusahkan encik," kataku sambil menahan sakit. Waktu itu aku rasa cukup bersalah. Aku sudah menyusahkan lelaki yang aku sendiri tidak kenal.Mungkin ketika ini, kehadirannya ditempat kerja lebih penting.
"Tak adalah. Jangan fikir apa-apa" katanya lagi. Aku tahu dia sekadar menyedapkan  hatiku.
Waktu itu sakitku sudah sampai ke puncaknya. Sakit sangat - sangat sudahnya aku menjerit.
"Puan, Sabar dulu. Ingat Tahun!" kata doktor yang bertugas. Aku terus memegang tangan lelaki itu. Minta sedikit kekuatan.

" Sakit sangat!" rintihnya perlahan.
"Saya tahu," katanya dengan perlahan tetapi aku tahu dia juga tidak tahu apa-apa. Dia sekadar hendak memujuk aku. Mungkin dia fikir dengan kata- katanya itu, kesakitan yang aku tanggung akan berkurang. Tidak! sikit pun tidak berkurungan bahkan aku rasa lebih sakit lagi. Inikah ujian yang harus aku tanggung? Segala kesakitan sudah aku rasatetapi rupa-rupanya sakit untuk melahirkan anak, adalah yang paling sakit. Jadi aku sudah tidak sakitnya bila cinta dan kesetiaanku dikhianati oleh suami dan sahabat baik sendiri.
" Jangan bimbang, saya ada" katanya lagi. Sekadar mahu memberikan aku sedikit kekuatan, mungkin. Dalam pada itu, aku sempat melihat pas kerja yang tergantung didadanya. Ehsan. Namanya Ehsan. "Terima kasih!" ucapku bersama linangan air mata. Dia pegang erat tanganku sambil tersenyum lagi. Waktu itulah aku meran sekuat- kuatnya. Berkali- kali sehinggalah aku terdengar suara seorang bayi menangis. Sesaat seperti segala kesakitanku hilang begitu saja.
"Tahniah, baby lelaki," kata jururawat sambil menghulurkan bayiku kepada lelaki yang bernama Ehsan itu.

Mensyukuri rahmat Ilahi memberi kebahagiaan yang lama didambakan.
"Harap akan tinggalkan kenangan indah juga buat mama Adam. Papa in lelaki yang tak tahu apa-apa. jauh sekali nak jadi lelaki yang romantis seperti idaman mama..." Ehsan bersuara setelah agak lama kami tidak bercakap. Terus aku pandang wajahnya dan senyum. 
"Emmmm, sekarang pun papa adam dah romantis, betul tak Adam?" Aku cakap pada Adam kemudiannya. Kembali menatap wajah Adam dengan perasaan dengan kasih yang tidak terucap lagi. Dialah nyawaku, Syurgaku juga kehudupanku. Sebentar kemudian aku toleh melihat wajah Ehsan semula.
"Oh! Te ke ? sukanya papa..." Ehsan senyum sambil pandang aku. Sesungguhnya aku terlebih suka. Ehsan terus memandu. sepertinya menuju kearah utara. harap jangan ke Langkawi. Aku tidak mahu mengintai sama sekali kenangan di tempat itu. Tidak mahu sama sekali. Cukup menyakitkan hati. Kerana bimbang Ehasan membawa aku ku sana, tergerak mulutku untuk bertanya.
"Abang nak bawa Iffa ke mana ni?" soalku.Tidak mahu berteka - teki terlalu lama.
"Rahsia," jawap Ehsan sambil tersenyum.
"Iffa tak nak pergi langkawi." Terus aku membuat peemintaan.
"Hisy! Tak adalah. Takkan abang nak bawa Iffa ke situ.Hilang ingatan ke abang nak bawa ke tempat yang pernah Iffa pergi bersama bekas suami Iffa," kata Ehsan lagi.
Aku senyum pada Adam,tapi sebenarnya senyuman itu aku hadiahkan untuk Ehsan. Senang hati dengan penjelasan Ehsan. Bermakna ida memahami perasaanku. Ya, sejak mula Ehsan memang cukup memahami.
"Jangan bimbang, abang tak akan buat benda yang akan membuatkan luka Iffa berdarah kembali. Abang nak Iffa gembira selalu dan rasa bahagia bersama abang."
" Setakat ini Iffa memang gembira hidup bersama abang. Iffa rasa selamat. Terima kasih bang, kalau Iffa terlupa ucapkan terima kasih."
"Janganlah macam tu. Kita bukankah sudah menjadi pasangan suami isteri? kenapa harus nak berterima kasih."
Ah! Senangnya mendengar bicara Ehsan. Sambil itu aku pandang juga wajah Ehsan yang tenang. Tiba-tiba Adam merengek.
"kenapa merengek ni? Papa bawa kita berjalan pun nak mengada.Merengeklah, karang papa tinggalkan kita kat tepi higway tu, nak?" Aku soal Adam. Air mata Adam sudah berjuraian. Comelnya dia. Terus aku peluk erat. Namun Adam tak sedah merengek.
"Adam Ehsan, Faham cakap mama ke tidak ni?" Terus aku sebut nama penuh Adam. Adam masih begitu.
"Syang, kenapa ni? Tak biasa ke?" Ehsan pula yang pegang tangan Adam bila rengekan Adam tidak berkurangan.
" Dia lapar agaknya" teka Ehsan.
"Baru tadi dah menyusu. Takkan nak menyusu lagi," balasku.

Ayu yang tak puas meruntuhkan kehabagiaan yang dibina. kini Iffa nekad untuk mempertahankan.
" Dah lama kau tunggu aku?" solaku sambil memandang wajah Ayu. Ayu sudah tidak serupa Ayu yang dahulu. Rambut Ayu nampak kusut dan wajahnya juga seperti tidak terurus dengan baik. Sudah tiada kesan alat solek pada wajahnya. Menampakkan lagi kusam majahnya.
"Hmmmm..."
"Ehsan beritahu aku, kau dah berhenti kerja.Kenapa tiba-tiba berhenti kerja?" Soalku sambil duduk diatas kerusi berhampiran. Ayu nampak kurang senang bila aku mengajukan solan itu.
" Apa lagi yang Ehsan beritahu kau?"
"Semua"
" Semua?" Jelas Ayu begitu terperanjat dengan perkataan semua itu. Jadi dia fikir Ehsan jenis yang suka berahsia.
" Ehsan Bukan Ryzal, Ayu. Satu pun perangai Ryzal tak ada pada Ehsan. Jadi kau ingat Ehsan akan berahsia dengan aku? Dan kau ingat semua lelaki seperti Ryzal?" aku tentang wajah Ayu. Awajah sahabat yang tidak sudah- sudah membuat onar dalam kehidupan.
" Kau berhenti sebab perkara ni , bukan? sebab kau gagal guda Ehsan . Ayu apa yang kau cuba lakukan sebenarnya? tidak cukupkah kau rampas Ryzal daripada aku dan sekarang kau nak rampas Ehsan pula?"
Ayu seperti tidak boleh bersuara. Terkunci mulutnya hendak membalas  semula kata-kataku.
" Apa sebenarnya yang nak lagi? Kau nak lihat aku menderita? kau sudah nampak bukan , aku pernah menderita disebabkan perbuatan kau dan Ryzal. Tidak cukup lagikeh Ayu?" solaku betalu.
"Untuk kali ini saja, Iffa. Tolonglah aku. Aku nak Ehsan. Aku betul-betul mahukan dia. Aku sudah jatuh cinta pada Ehsan." Akhirnya Ayu bersuara juga.
"Jadi kua ingat dengan merayu begini aku akan serahkan Ehsan kepada kau begitu saja? Kau ingat aku tidak jatuh cinta pada Ehsan? Kau ingat aku tak sayangkan Ehsan?"
Ayu diam.
"Sebenarnya kau bukan jatuh cinta pada Ehsan, Ayu Kau hanya mahu melihat aku menderita. Sama yang pernah kau lakukan kepada Ryzal. Kau tak jatuh cinta Ryzal sebenarnya. Kau semata-mata dengkikan aku."
" Tidak. Kali ini aku benar-benar jatuh cinta terhadap Ehsan. Berilah aku peluang sekali ini saja Iffa. Aku merayu sangat-sangat kepada kau."
"Kau ingat Ehsan akan mencintai kau?'
"Asal kau lepasakan dia."
"Tidak sama sekali. Kali ini aku akan pertahankan Ehsan. Sebab aku tahu dialah lelaki yang paling aku cintai dan aku tahu dia juga menyangi aku dengan sepenuh hatinya. Aku dapat rasakan."
"Apa kelebihan yang ada pada kau, Iffa? sampai Ehsan begitu sayangkan kau. Sedangkan kau mamang tidak layak untuk Ehsan. Kau tak setanding wanita- wanita yang pernah mendampingi Ehsan. Dalam ramai-ramai itu , kenapa dia pilih kau? sebab kau lahirkan anak dia?"
Nah OST Teduhan Kasih - Hanya Aku by Hyper Act
sedap lagu ni .. tapi , motif video clip ni macam x sampai la kat Jaja..sob3..hihihi
suka dengar lagu ni ... dengar banyak kali pon xboring 

ok..sape yg x tengok cite ni ... korang patot tengok oke !!
kalau nak tengok boleh pegi sini .. click link-link dibawah :-

Monday 27 May 2013

First Giveaway By Blogger

Monday, May 27, 2013 0
First Giveaway By Blogger
Assalammualaikum
Jaja tag semua FOLLOWER Jaja ^_^
26 May - 8 Jun 2013

Selamat Pengantin Baru UAI

Monday, May 27, 2013 4
Selamat Pengantin Baru UAI
Assalammualaikum w.b.t
Lepas balik jejalan ngan Abg Mus semalam .. Abg Mus antaq msg ckp UAI dah selamat diijab kabulkan .. wah ... tahniah ustaz .. tambah lagi satu ^_^ ada 1 lagi kuota tu .. hihi..
agak terkejut .. sedikit .. sebab tau2 berita doh nikoh ~ heheh.. xde dengar2 khabar angin pon kan .. ngeee..
hebakk big booh kitee nim !
Ramai yg mempertikaikan bila para-para ulama' dok nikah lebey dari satu ... amboi .. kalau ulama' nikah lebih dari satu ampa dok ngate noh ~ kalau retis-retis nikah ramai..sane sini .. skandal bagai .. sokong . ye ? aiyaa...pelik ..
antara salah satu komen .. ni haa...malu sungguh lahai kalau dok berperangai macam ni .. pmpuan lak tu..
biarla UAI tu nak nikah 1 ke 2 3 4 ke...itu hal dia .. xpatut la korang2 nk mempertikaikan .. bukan nya dia buat benda2 yg haram ! 
as long as dia x ganggu hak korang..korang duduk je diam2...yg kena madu tu isteri2 dia .. bukannya korang  yg kena madu atau bini korang yg dia colek ! hehehe..kesian ngan kengkorang nie... ^_^ dah.. orang2 camni kita x boleh layan sangat . nanti dengan kita2 sakit mental cam dorang ..
apa-apa pon .. kita doakan jodoh ustaz dengan isteri-isteri nya kekal hingga ke akhir hayat .. till Jannah ^_^
semoga berbahagia hingga ke anok cucu ! xsabar nk tengok baby baru ustaz ! hehee..
** pesanan buat mereka2 .. kalau ye pon xsuka berpoligami .. nak menentang sangat .. berwaspada .. jangan sampai di hina sunnah2 nabi ... takot nanti terpesong jauh lagi !!~
Jom layan gambar-gambar ustaz semalam !
Barakallah humma lakum ^_^
semuga Allah memberkati keluarga-keluarga ustaz !
**Jaja tak menentang POLIGAMI .. tapi Jaja x suka berpoligami ... xnak amik risiko .. xleh bagi komitmen .. ^_^ sangat respect perempuan-perempuan yg sanggup berpoligami ..  :)

Jom tengok sini pulak -- >
SATU , DUA , TIGA , EMPAT

Saturday 25 May 2013

First Giveaway by Iyraa Cariyno

Saturday, May 25, 2013 0
 First Giveaway by Iyraa Cariyno
Assalammualaikum
picasion.com
Jaja tag semua Follower yeee..utk join GA ni ..
cliack banner blink blink yang hot kat atas ni utk join ..

5 JUN 2013

2nd Giveaway By Nor Quraishia

Saturday, May 25, 2013 0
2nd Giveaway By Nor Quraishia
Assalammualaikum
click banner di atas utk join !

Senarai Hadiah :
Baucer diskaun 5%  - 3 pemenang
Felt Bookmark - 2 pemenang
Bloglist - 10 pemenang 
Baju - 3 pemenang

1st Giveaway Lomo by Farah

Saturday, May 25, 2013 0
1st Giveaway Lomo by Farah
Assalammualaikum
click banner utk join okey !
Tarikh penting : 11 Mei hingga 1 Jun 2013

Kucing Hitam GiveAway

Saturday, May 25, 2013 0
Kucing Hitam GiveAway
Assalammualaikum
Bapak seram GA kali ni ... -.-' xtau kenapa .. bila dengar je kuicng hitam , kat kepala ni dah set .. hantu... -.- macam tu pon boley ok ! hehe ..
Jaja dengan suka cita nya nak join GA . support blogger sesama blogger ..
sila click banner dibawah ... utk join ok !
serrreeemmm ..
Tarikh Tamat
1 Jun 2013


Segmen Cabaran Mengumpul Blogger Seramai 1500!!

Saturday, May 25, 2013 3
Segmen Cabaran Mengumpul Blogger Seramai 1500!!
Assalammualaikum


Jaja tag semua FOLLOWER Jaja utk join segmen Shawal ni .. ^_^ 
click-click banner di atas ye ~ :)

Follow Jaja --> Tinggalkan Komen --> Jaja Follow Balik 
Simple je kan ^_^ heee..
jom kumpol ramai kawan !!

Thursday 23 May 2013

NGERI : Cacing Sepanjang 12sm Hidup Dalam Mata Pesakit Berumur 82 Tahun

Thursday, May 23, 2013 0
NGERI : Cacing Sepanjang 12sm Hidup Dalam Mata Pesakit Berumur 82 Tahun
Assalammualaikum
Tidak terbayangkan betapa ngerinya melihat apabila seekor cacing hidup berjaya dikeluarkan dari mata seorang pesakit berusia 82 tahun di Hospital Thiruvananthapuram, India setelah sering mengeluh matanya sakit, berair, dan juga menjadi merah. Demikian diberitakan Press Trust of India (PTI).
Loa Loa filaria merupakan sejenis cacing yang hidup di cecair tubuh badan termasuk mata. Contoh seperti gambar dibawah :
Pesakit ini mengaku merasa kesakitan itu selama lebih dari seminggu dan segera berjumpa doktor mata untuk mendapatkan rawatan. Kajian menunjukkan cacing yang berjaya dikeluarkan dari mata pesakit itu merupakan sepanjang sekitar 12 sentimeter, diamater berukuran 45 milimeter dan masuk ke dalam jenis cacing Dirofilaria Tenui.
Cacing ini disebarkan melalui darah setelah digigit oleh nyamuk khususnya jenis Aedes, Anopheles, Culex dan serangga terbang lain setelah berada didalam tubuh, telur cacing tadi menjadi larva dan berkembang menjadi cacing yang mampu untuk hidup dalam cairan tubuh seperti saluran darah bahkan cecair tulang belakang, air kencing dan apa saja yang mengalir. Inilah proses bagaimana nyamuk menyebarkan cacing didalam tubuh manusia:
Pesakit tersebut yang merasakan gejala sakit dan merah di mata juga mengaku merasakan ada sesuatu yang bergerak di dalam matanya. Cacing ini boleh hidup di seluruh bahagian mata termasuk di cecair mata atau di retina.

Wednesday 22 May 2013

3rd Annivesary GA Blog by Emas Putih

Wednesday, May 22, 2013 2
3rd Annivesary GA Blog by Emas Putih
Assalammualaikum
Okey...nak start join segmen selepas berbulan-bulan BZ..
Al-Maklum lah....PM .. -.-' arrangekan PRU baru2 ni..huhuhu

22 MAY 2013 - 05 MAY 2013


Monday 6 May 2013

Kita Tak Kalah .. Cuma Tak Menang

Monday, May 06, 2013 0
Kita Tak Kalah .. Cuma Tak Menang
Assalammualaikum

Sisa-sisa bahang kepanasan PILIHAN-RAYA masih  belum hilang .. kalau bukak-bukak Facebook je..belambak2 new feed mengenai PILIHAN RAYA semalam .. Jaja pon tidak melepaskan peluang utk up status pasai PRU-13.. hihihi.. i noe...ramai yg cemuiihh bila kami2 asik update status pasai PRU..hihi..beb..normal la tu..Pilihan Raya .. mesti la update pasal politik .. xkan nak update pasai RAYA AIDILFITRI pulak .. alaaa.. 5 tahun sekali kowt....update status2 politik tegar nie...itu pon korang dah bising ye..yang hari-hari Jaja baca status2 jiwang korang memuji pasangan chenta memasing naik loya tekak ni xpe plak kan..hohoho
Sebagaimana yang kita sedia maklum , Kerajaan Persekutuan masih lagi disandang oleh BARISAN NASIONAL .. tahniah di ucapkan .. even banyak kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku semasa proses mengundi & pengiraan undi .. tidak mengapa... la tahzan .. jangan bersedih para penyokong ulama' .. kita bukan KALAH sebenarnya .. tapi cuma kita tak ada rezeki untuk menang ... :') xpa...InShaaAllah ada rezeki 1 hari nanti...mungkin Pembangkang pula akan memerintah..siapa yang tahu kan.. :)
So , dengan naik nya PM NAJIB RAZAK sekali lagi .. kami sebagai rakyat Malaysia sangatlah berharap..agar..JANJI-JANJI MANIFESTO itu semua dikotakan .. tepati janji anda... :)
Berbalik pada status politik ya...dah lama betul Jaja perhatikan seorang perempuan ni .. cukup la sekadar tahun capitalnya sahaja .. kita panggil dia E oke...setahu Jaja , dia ni memang pro BN.. Mak dia pulak PUTERI UMNO dan dia duduk di FELDA ... nape Jaja perhatikan dia ? hihih...dia ni jenis nak berpolitik , tapi xpandai nak mencetuskan sesuatu perkara .. nape Jaja cakap camtu ? ok..sebabnya..setiap kali Jaja update status mengenai politik .. dia akan up status dia pulak .. memang la dia x mention nama Jaja kat situ.. tapi di status dia tu , dia berbalaskan balik kenyataan yang Jaja nyatakan tu..macam dia menyangkal la..hihihi..Jaja xkisah..sebab Jaja rasa itu style budak-budak .. sampai la satu masa dah naik menyampah pulak bila dia dah berani nak menghina bagai .. then mengklasifikasikan pro-PAS / pro-PR sebagai WARTAWAN X BERTAULIAH ... hihi..dunia-dunia..macam2..
Sebelum pilihan raya semakin hampir...kita dikejutkan dengan kejadian di Lahad Datu kan ? so,masa tu memang pelbagai andaian yg bersangkut-paut dengan politik lah keluar .. last-last dia up status..suruh angkat senapang pegi berperang dekat sana... hihi..macam-macam la...cik kak...nak berjihad ke jalan Allah..xsemestinya kita WAJIB mengangkat SENJATA dan pergi ke medan perang.. :D lepas tu x semena-mena kita dihalau utk keluar dari Malaysia... :) bila diperhatikan , mereka-mereka yang golongan seperti di atas ni..ada semangat-semangat utk berpolitik , berdebat dan sebagainya .. tapi,ilmu di dada tidak mencukupi utk mengemukakan hujah-hujah .. xpe... banyakkan membaca...perbanyakkan buat research... :)
ok..abaikanlah golongan-golongan sebegini .. Jaja tahu..dia sangatlah FRUST sebab BATU PAHAT dipegang oleh PKR .. tambah2 menyakitkan hati dia..negeri tempat dia study ni..SELANGOR .. dipegang oleh pembangkak..hhuhu..dah2..jom kita proceed balik MANIFESTO yg dijanjikan oleh Kerajaan Persekutuan
Diharap semuga terlaksana semua yang dijanjikan .. jangan tertinggal walaupun satu... :) terima kasih !
Kesimpulannya , negeri-negeri yang dipegang oleh pembangkang adalah SELANGOR , KELANTAN dan PULAU PINANG .. Bagi Jaja even pembangkang x dapat memerintah Kerajaan Persekutuan .. dan hanya memperolehi 3 Kerajaan Negeri ..Jaja sangatlah beruntung dan cukup berbangga kerana SELANGOR masih lagi kekal dibawah perintah kita .. Alhamdulillah..syukur ... jadi ustaz-ustaz masih dibenarkan utk memeriahkan masjid-masjid di sekitar Shah Alam ... :')
Walaupun kemenangan bukan berpihak pada kita ... Jaja masih lagi berpegang teguh dengan parti politik yang Jaja sokong sebelum ni ! takbiir !
Akhir kata .. Jaja malas disebabkan politik .. hilang kawan dan sebagainya...jadilah seorang yg matured .. bersesuaian dengan umur..yang boleh memikirkan yang mana satu baik ataupun tidak . Utk yg rasa Jaja ni terlalu menyemak dan taksub pada politik .. Dipersilakan utk meremovekan diri sendiri daripada sakit hati dan memaki hamun ... ^_^
Tuan Guru Nik Aziz bukan lagi Menteri Besar di Kelantan .. mungkin kerana usianya yg sudah menjangkau 80-an dan dah xb'upaya lagi utk bertugas..maka jawatan MB Kelantan tersebut telah diberikan kepada Datuk Ahmad Yakob  setelah dari 1990 Kelantan diperintah oleh TGNA ..
Meski pun begitu .. TGNA & DSAI masih lagi di hati Jaja... Takbirrr !!
Sayu rasa bila baca amanat TGNA
TGNA ulama yg diiktiraf...jangan la menghina beliau ... tolak ketepi jawatan beliau dalam Parti Politik .. pandanglah beliau seperti ulama biasa....andaikan tu ayah / datuk korang... :( korang hina dan memaki .. Ya Allah ..... :( bagi yang JAHIL apa hukumnya menghina ulama' anda dijemput utk membaca info mengenai perkara tersebut di SINI .. semoga tidak terkeluar dari landasan agama Islam .. Nauzubillahminzalik..

Saturday 4 May 2013

Demam Pilihan Raya

Saturday, May 04, 2013 3
Demam Pilihan Raya
Assalammualaikum

INI KALILAH KITA TUKAR !
Wah...hebat betul pilihan raya kali ni ... meriah sangat .. rasa macam nak sambut Hari Raya pon ada .. kenape ek rasa macam meriah semacam je ? hehee..
So,pejam celik pejam celik .. esok dah nak mengundi.. Selamat mengundi semua.. jalankanlah tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia.. :)
macam yang telah kita semua ketahui .. bermacam-macam isu yang terjadi sejak 2 menjak ni .. ye ddookk ?? Lahad Datu , Bangla , dan yg terbaru .. kes si Saiful tu .. -.-'
Eh..eceli kan .. kami2 yg ProPembangkang ni ...rasa nya xberapa nak kisah sangatlah kalau kalah .. tapi yang dikisahkan sekarang .. kalah dengan tektik kotor...yayayaya..itu yg xbest tu..aiyo0maa..biasa la..menang kalah adat pertandingan .. jangan la disebabkan nak menang..kaum2 bangla di import datang ke sini .. professional la sket..hehe...~ huhu..kalau dulu dok bawak masuk pengundi hantu naik bas..sikalang...bawak itu hantu hitam naik flight jugaa...xhabis2 ngan penipuan..
so,buat yg sudah dicelikkan mata tu .. undi lah parti yang korang rasa bleh memimpin negara dengan betul .. bukan parti yang cuma boleh memberikan kesenangan pada sesetengah pihak yang layak sahaja...  ^_^
Bagi Jaja undi kini bukan lagi rahsia...semua dah pandai nak menyuarakan pendapat masing-masing..dalam xsedar..tengah dok menyuarakan pendapat bagai...opsss..terkantoi sudeeyy korang di pihak parti yang mana..so,bukan lagi rahsia lettewww...
masih ingat lagi PRU yg lepas...bermacam2 janji ditabur..mata rakyat dah dikaburi dengan janji2 mereka..tp,xsampai 48jam dia memerintah...minyak naik , barang naik ... itu pon korang2 masih nak mempercayai janji2 palsu yang ditaburkan ? :)
hehehe..xpela..kalau rezeki berpihak pada kita..Alhamdulillah..kalau xde rezeki .. mungkin rezeki2 kita masing2 ditempat lain .. percaya dengan segala perancangan Allah..InshaAllah..kita semua xkiralah pro-pembangkang ke..pro-kerajaan ke..pasti akan menerima hakikat yang sebenar..takbirr ! Allahuakbar !
wah..kalau PTPTN mansuh...dapat la sambung belajar lagi..dah tak larat nak menanggung hutang...sekarang dah 60k kowt..pergh..umo baru 22 ~ hihihi... #macai suke tanya..kalau nak mansuhkan PTPTN..mana nak dapatkan duit bayar kat depa bagai.. -.-' tapi kenapa xde sorang pon tanya , mana kerajaan dapat duit dok buat #BB1M , BR1M dan sebagainya tu...kalu di rollingkan balik..duit tu jugak la cai.. -.-'
**harap sangat pengundi hantu hitam x terlepas esok..dulu dorang dok tipu rakyat cara sembunyi2..skrang ni dok tipu rakyat cara terang-terangan..kalau xnampak jugak xtau lahai ~ -.-'

## Jaja minat politik .. then Abg Mus tanye..nama2 orang yg bertanding di kawasan2 tertentu ..~ i can't answer .. haiyaaa..bukan xbaca langsung .. baca kowtt...tp xingat aje nama2 tu..bukan sorang dua.. huhu.. xyah la nak bahan orang ! uwarrghhh
macam la kalau kita minat subject Matematik .. semua chapter dalam subject tu kita suka..hihihi