February 2013 - .

Wednesday 27 February 2013

MANZIL Yong Tau Foo

Wednesday, February 27, 2013 0
MANZIL Yong Tau Foo
Assalammualaikum
korang suka makan Yong Tau Foo ? huhu.. ni peberet Jaja tau..sangat suka makan YTF ni ... lagi-lagi kalau YTF nye kuahhh sangat sedap...memang akan gila terus makan kt situ ... *nak sedapkan cerita .
Dulukan , Jaja selalu keliru .. Yong Tau Foo ngan Tau Foo Faa .. Tau Foo Faa cmni ..
suka sangat terkeliru ! hehe..korang macam Jaja jugak x ? pelik2...
So,sekarang Jaja nk cerita pasal Manzil Yong Tau Foo ni .. perrgghhh .. memang sedap baqqqq angg !! ritu kat office Jaja...Kak Dila beli .. Jaja makan sikit je..konon2 nak pegi makan dengan Ayie..tp,alih2..turun jugak beli YTF ni ... jenuh cari..last2 jumpa pon...itu pon sebab terpandang 1 jenis YTF ni..xtau nama apa..sama macam yang Kak Dila beli..so,tanpa lengah-lengahkan masa .. Jaja pon segera lah membeli..
Masa tu hujan tengah lebat gila....berhimpit-himpit ngan orang kot...orang plak ramai serang kedai dia nie..yelah..sedapkan..Jaja je yg baru tahu !
Orang ni berniaga kat pasar malam .. hey hey hey.. jangan pandang sebelah mata ye .. rasa dulu baru bleh komen2 .. don't judge a book by its cover .. don't judge a food by it's stall .. eh ?? *merapu sudah !
harga ?? hurmm .. boleh tahan .. kalau korang amik 2 3 jenis makanan .. maybe dalam RM 10 dan kebawah kot.. tp , Jaja .. kalau nak beli .. musti beli udang , sotong , kuewtiaw , sayur , ketam arghh..banyak la..lapaq mata ! paling mahai penah beli .. RM19 ! huhuhuh...
kengkadang bleh la makan .. kalau selalu makan...koyak poket beb !!
YTF ni selalu ada kt pasar malam di :-
Seksyen 18 - Isnin
Seksyen 17 - Selasa
Seksyen 24 - Rabu
Seksyen 25 - Jumaat
Seksyen 19 - Sabtu
Jaja da serang kat Sek 18 & 17 .. nanti p serang tempat lain plak .. huhu .. padahal sama jee.. ^_^
apa lagi..sesape yg memang peminat YTF tuuu....serannnggg !!
cuba teka apa kat atas nie ??? agak2 ?? 1st impression.. Jaja ngatkan ketam..
rupa-rupanya .. Udang GALAH !! uwarrghhh .. sedap nya .. kalau camni RM3/satu
banyakkan pilihan ? banyak lagiiii ! tp da xsempat nk snap ~ hujan .. 2nd time pegi dapat la bgambo bsama banner Manzil sebab x hujan ..
SELAMAT MENCUBA korang !

Saturday 23 February 2013

Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M)

Saturday, February 23, 2013 8
Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M)
Assalammualaikum
wahh..minggu ni sangat busy kan..memasing busy nak amik duit BRIM , BB1M dan sebagainya .. alhamdulillah , tahun ni dapat lagi Jaja ^_^ weeeeeeee ~ ingatkan kalau praktikal dah x dapat dah voucher ni..tup2 dapat lagi .. rezeki ni !  :)
Tahun lepas , voucher dapat RM 200 ~ tau Jaja buat ape ?? Jaja borong novel la sume weyy .. 10 ketoi novel ! Jaja ni antu novel ye... :D 
dengar sok-sek orang .. voucher kali ni xboleh digunakan utk beli novel .. yg boleh beli buku2 pelajaran , ilmiah dan sebagainyaa...errrr ?? beli buku blajaq buat paa..Jaja da habih bajaq dah ni weyy...ggrrr..
expired bulan May..sokay-sokay..Jaja nk tunggu .. nk hold dulu .. mana tau nanti kalau lama2 dorang open bleh beli novel ke..hehehe...
buat korang2 yang dah dapat voucher ni..apa lagi , cepat2 g borong kat POPULAR sana ! takot nanti jadi cam tahun lepas .. masa Jaja still blajaq lagi .. nak beli stationery .. ?? huh ~ dah habis kena pungut ngan dorang yang dapat voucher awal !
baca SINI entry pasal voucher yg lepas ! ngeeee... ^_^
tahun ni dapat RM250 .. tengok kat atas tuu ^_^ ..ape yg kat bawah voucher tu ??? chaiih ! xpenting ok ! hehe..banyak novel yang nk digrab nie ! yippieee ~
TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA DI ATAS SUMBANGAN KALIAN !
Photo: BB1M .. Wahh..tengah praktikal pon dapat lagi.. Horeey .. Shopping !! TERIMA KASIH , RAKYAT MALAYSIA !! <3
penat wo0o berator ! tp .. biasa la..kami ! ptong Q ! wahhaa
jangan contohi akak ye.. -.-'

Thursday 21 February 2013

Nama – Nama Yang Sering Diganggu Jin (oleh Ustaz Sharhan & Ustaz Azhar Idrus)

Thursday, February 21, 2013 2
Nama – Nama Yang Sering Diganggu Jin (oleh Ustaz Sharhan & Ustaz Azhar Idrus)
Assalammualaikum
Biasanya dalam pemberian nama anak kita tak sedar yang nama-nama yang diberikan kadang kala merupakan nama yang juga digunakan oleh jin! Petikan ceramah ustaz Sharhan
Antara nama-nama biasa yang dikenal pasti digunakan oleh Jin ialah seperti:-
1. Balqis
2. Kistina/Qistina
3. Najwa
4. Zakuan
5. Batrisha
6. Erisha
7. Mazda
Ustaz Sharhan juga ada beri tahu kalau dah bagi nama-nama seperti ini perlukah untuk pergi jabatan pendaftaran untuk tukar nama? hehe, tidak sebenarnya, hanya tukar cara panggilan nama tersebut. Contoh jika nama Siti Najwa, panggil saja nama Siti.. jangan panggil Najwa.
Ustaz Sharhan jelaskan, nama seperti di atas memang mempunyai maksud yang baik/maksud yang indah, cuma dalam perubatan Islam nama-nama ini sering digunakan oleh Jin. – Wallahua’lam
P/s: Nama-nama ini berdasarkan kajian dan pengalaman Ustaz Sharhan dalam mengendalikan kes dalam Perubatan Islam.
(UPDATE)
Ramai yang bertanya apakah benar kenyataan tentang nama-nama anak jin tersebut? sebab tiada dalam Al-Quran dan Hadis.. Meh dengar apa ustaz Azhar Idrus jawab
Memang tidak ada dalam Al-Quran, tetapi selaku pengamal perubatan Islam (Ustaz Sharhan) dia lebih tahu kerana dia orang yang selalu berurusan dengan Jin , mungkin kenyataan beliau betul sebab kita tak ada ilmu berkaitan ini.. beliau lebih arif mengenainya, jadi kita perlulah menghormati pendangan beliau selalu pengamal perubatan Islam.
Menurut pandangan Ustaz Sharhan lagi lebih kurang 60%-70% orang yang datang berubat terkena penyakit misteri adalah bernama seperti di atas..
Kesimpulannya, tidak wajib percaya nama seperti ini tidak baik, tetapi mungkin betul pandangan pangamal perubatan Islam kerana mereka lebih tahu berkaitan dengan Jin.. – Wallhua’lam
sumber: Facebook

Khaulah Al-Azwar

Thursday, February 21, 2013 0
Khaulah Al-Azwar
Assalammualaikum
Siapa Khaulah Al-Azwar ? sebenarnya pada 5 Januari yang lepas ... abang & kakak ipar kepada Abang Mus telah selamat melahirkan seorang puteri yang comel ! ^_^
anak ke 3 dari 3 adik beradik (buat masa sekarang) hehe..
pertama - Maryam (kak yong ni) sangat buaas..hehe..tp comel .. kedua - Abang Fawwaz die.. ^_^ mata  ! yang sangat bundar comel..bulat ! heee..kedua2 anak comel ni lahir kat Mesir tau..hehe..tp,tau ckp melayu la..pelat2 dorang tu..yang adik bongsu dorang ni lahir kat Malaysia...so,hari ke-7 kelahiran barulah baba dia bagi nama... Khawlah Al-Azwar .. unik nama ni..pastu Abang Mus ada cakap la..sempena nama srikandi Islam.. lepas tu ritu ade menyinggah kedai Abang Mus sekejap...dia tengah dok pasang lagu nie..ok..sangat geram..Jaja pon buat la research..macam biasa..hehee..so,dapat pon tahu..siapa gerangan empunya nama yang unik ni...meh baca cerita tentang Khaulah Al-Azwar..

KHAULAH BINTI AL-AZWAR
Nama Khaulah al-Azwar al-Kindi adalah sinonim dengan sifat keberanian dan 
kepahlawanan serta ketangkasan menunggang kuda, sehingga namanya tercatat megah dalam 
sejarah. Khaulah telah dibesarkan dalam sebuah rumah keberanian, kemuliaan serta 
kewibawaan, mempunyai susuk tubuh tinggi lampai dan tegap. Ayahnya al-Azwar terbunuh 
ketika mempertahankan Rasul S.A.W. Khaulah juga adalah saudara perempuan kepada Dhirar
bin al-Azwar, iaitu antara penunggang kuda yang terkenal dikalangan bangsa arab.
Khaulah telah keluar bersama-sama saudaranya dalam satu pasukan tentera muslimin 
yang menuju untuk menakluki negeri Rom di bawah pimpinan Khalid bin al-Walid. Khaulah turut 
berjuang di dalam peperangan itu di samping kaum lelaki.
Dalam satu pertempuran yang sengit, panglima Khalid bin al-Walid telah memerhatikan 
seorang penunggang kuda yang tinggi, seluruh mukanya bertutup, hanya kelihatan matanya 
sahaja. Ternyata padanya tanda-tanda ketangkasan yang luar biasa, sedang dia berpakaian 
serba hitam dan di kepalanya berlilit satu imamah atau serban hijau, yang sisinya berjuntaian 
hingga ke dadanya,lalu dililitkan selebihnya ke belakang. Dia seringkali berada di hadapan 
lelaki, seumpama api yang marak membakar.
Khalid mengkagumi sikap pejuang itu. Maka dia bertanya kepada pejuang-pejuang yang 
berada disisinya. ''Siapakah si penunggang kuda itu? Demi Allah dia adalah seorang 
penunggang kuda yang amat berani.''
Beliau terus memerhatikan cara serangannya ke atas tentera Rom, laksana api yang 
marak, lalu memecah-belahkan pasukan musuh dan memusnahkan penyusunan ketombokan 
mereka. Sejurus kemudian lembaga itu hilang di tengah-tengah kumpulan pejuang Islam lain 
dan terus bertempur bermati-matian, kemudian kelihatan kembali semula sedang lembing yang 
dipegangnya bertitisan darah, entah berapa banyak orang yang sudah menjadi mangsanya. Dia 
kemudian terus menggempur askar-askar musuh tanpa perasaan takut atau gentar sedikit pun.
Sebenarnya kelakuan pejuang ini telah menarik perhatian kaum muslimin hingga 
menaikkan semangat serta meneguhkan lagi tekad mereka. Lalu berkata seorang pemuda 
bernama Rafik bin Umairah, ''pejuang berkuda itu adalah Khalid al-Walid, panglima kita.'' 
Akan tetapi sangkaan Rafik tidak tepat apabila Khalid muncul secara tiba-tiba. Lalu Rafik 
bertanya pada Khalid. ''Siapakah penunggang kuda yang bertarung di hadapanmu tadi, aku 
sangkakan kaulah penunggang kuda itu.''
Berkata Khalid, ''Demi Allah aku pun dari tadi telah memerhatikan pejuang itu, aku 
sendiri tidak mengenalinya. Aku kagum dengan keberanian dan ketangkasannya.''
Khalid berkata lagi, ''Wahai kaum muslimin! Satukan semua tentera dan bantulah si 
pejuang yang mempertahankan agama Allah itu!''
Maka bertempurlah tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid al-Walid bersama pejuang 
berkuda itu, maka semakin bertambahlah semangatnya laksana api yang menjulang. Akhirnya 
tentera Islam mengecapi kemenangan yang gilang-gemilang.
Apabila pejuang berkuda itu kembali ke garisan tentera muslimin, kelihatan keseluruhan 
tubuhnya bermandikan darah. Lalu Khalid al-Walid terus mengalu-alukannya seraya berkata,
''Semoga Allah memberkati susu yang kamu minum daripada ibumu sebagai pejuang yang 
mengorbankan diri di jalan Allah dan menunjukkan keberanianmu dihadapan musuh!''
''Siapakah kau sebenarnya? Bukalah kain penutup mukamu!''Akan tetepi pejuang itu tetap tegak mendiamkan diri tanpa sepatah kata, maka salah 
seorang daripada tentera muslimin pun berkata, ''Wahai orang yang dimuliakan! Panglima 
perang berkata kepadamu, kenapa kamu hanya diam membisu dan memalingkn diri 
daripadanya? Perkenalkanlah dirimu, agar kamu mendapat penghormatan daripadanya.''
Malangnya pejuang itu masih membisu lalu menepuk-nepuk kuda dan terus 
meninggalkan Khalid bi al-Walid bersama tentera muslimin. Tindakannya ini telah membuatkan 
Khalid hilang kesabaran lalu menerpa ke arahnya, seraya menjerit, ''Biadap kau! Kau telah telah 
mengacau hati orang ramai dan hatiku. Lebih baik kau perkenalkan saja dirimu dan dari mana 
kamu datang?'
Apabila pejuang itu melihat Khalid al-Walid begitu serius, maka dia pun menjawab dan 
kedengaran suara seorang wanita. ''Aku tidak akan memalingkan mukaku daripadamu,
melainkan kerana terasa malu,'' kata suara lembut itu.
''Wahai panglima! Kau adalah seorang yang mulia dan besar kedudukannya, sedangkan 
aku seorang wanita yang selalu berlitup.''
Khalid al-Walid kagum dengan penjelasan daripada suara yang lembut itu dan terus 
bertanya, ''Siapakah kamu dan dari mana kamu datang?''
Suara itu menjawab, ''Aku Khaulah binti al-Azwar. Ketika aku sedang bersama-sama
wanita lain, tiba-tiba datang satu berita memberitahuku, bahawa saudaraku Dhirar bin al-Azwar 
telah ditawan. Maka aku tidak dapat menahan kesabaranku, lalu aku terus menunggang kuda 
ke sini. Sesungguhnya aku terpaksa melakukan apa yang telah aku lakukan ini.''
Khalid al-Walid merasa begitu kagum lagi dengan jawapan dan tindakannya itu. Lantas 
memuji-muji Khaulah atas keberanian dan keikhlasannya terhadap saudaranya itu. Maka Khalid 
berkata kepada Khaulah lagi. ''Kita akan menggempur musuh sekali lagi selepas ini dan aku 
berdoa kepada Allah agar kita dapat menemui saudaramu, supaya kau dapat 
membebaskannya nanti.''
Penyertaan Khaulah dalam peperangan tidak berakhir di situ sahaja. Beliau telah 
menyertai beberapa peperangan selepas itu termasuklah peperangan yang berlaku di Syam.
Dalam peperangan di Marj Dabik, saudaranya Dhirar telah ditawan sekali lagi. Khaulah sekali 
lagi telah menggempur barisan-barisan musuh. Beliau juga turut serta dalan peperangan 
Antakia bersama tentera muslimin yang berakhir dengan kemenangan kepada tentera 
muslimin.
Selain itu,beliau juga turut terlibat dalam penaklukan Mesir, sehingga namanya disebutsebut semua orang. Beliau terus menjadi seorang perajurit Islam, sehingga beliau menemui ajal 
pada zaman pemerintanh Khalifah Othman bin Affan R.A. Khaulah telah meninggalkan 
namanya harum mewangi, yang bau-bauannya terus menerus di cium orang di sepanjang 
zaman.

ni plak lagu dia yang di youtube tu .. meh la dengar..sayu2 je..sedih pon ade.. :')

Ni Maryam  

Ni Fawwaz
Taraaaa...ini la Khawlah !
Sukaa Pak Lang dpt anak menakan baruuu ye..
*muge kesemuanya menjadi anak yang soleh dan solehah ye.. :)


Wednesday 20 February 2013

Koyen Tersayang

Wednesday, February 20, 2013 0
Koyen Tersayang
Assalammualaikum
Entry ni khas buat mak .. heee.. mak Jaja ni... rindu kat koyen...
nah mak..tengok la gambo koyen kesayangan mak nie..
dah makin buas die !!
ni masa mula2 jumpa die dulu..kecik lagi
helmet tu dah jadi tempat main die je !
die dah beso sikit !
**muge terubat rindu mak tu..hehe

GEMPAR : Tunangan Fizz Fairuz , Bini Orang

Wednesday, February 20, 2013 7
GEMPAR : Tunangan Fizz Fairuz , Bini Orang
Assalammualaikum
fizz
Belom sampai seminggu kita dikejutkan dengan pertunangan Fizz Fairuz dengan sorang pempuan yang cantik jelita .. sekali lagi kita dikejutkan dengan status ptus tunang beliau ! errrrr ??
baru bertunang seminggu dah putus ? t'kojut omak ! sebab Fizz Fairuz b'tunang ngan orang lain...
mana x t'kejut .. bcinta ngan Almy Nadia .. btunang dengan .. err..sape tah name tunang .. eh .. bekas tunang  dia tu ~ Azlyn Massiela ..
kata nya Lynn ni ahli kelab peminat FF sendiri...huuuu..budak Pahang...
nak bertunang bagai-bagai...? xsalah haihh..cemburu pon x...tapi yang rasa macam x best .. dan salah apabila......tengok gambar ni !
errrr ?? apakah ?? napa si lelaki turut menyarung cincin sama ? adehh !!
punggah2..macam2 hal lahh..ala,maybe x kisah kot..sebab si Lynn ni free hair..huhu..kalau bertudung maybe lah die xbuat cmtu kot..ngehh
eh..skg bukan nk cite pasal die btunang minggu lepas ni... -.-' skg nk cite pasal bekas tunang die ni...! weyy , biaq betoii bini orang .. gila ka apa nih ??
huuuu ~ media kan...pantas sangat bgerak berita2 ni.. xtau la sahih ke x ke..dapat tahu pon dari METRO ! front page uolsss
maybe BEKAS BINI ORANG .. errr...kalo BINI ORANG , mcm xlogik plak..yela..xkan la parents perempuan ni diam je kan , kalau anak dia ni BINI ORANG ..
TAPI !!! mungkin boleh jadi jugak...mana la tau...kot-kot depa nak tumpang populariti si Fizz Fairuzz nie...tengok..kan da jadi sebutan semua orang...muka dia saja die media2...huuuu..
Allahualam la..nanti kan aje la komen dari mulut Fizz Fairuz dalam MELODI Ahad nanti ! huu..
Buat Almy Nadia...doakan benda yang baik-baik aje lah buat Fizz Fairuz even dia ade lukakan hati awak ye..sob3.. :'( kata orang , Fizz Fairuz ni telah dibomoh oleh perempuan ni..tu yang sampai dia tinggal si  Almy ni..haiyaa..xtau la sayeee...
yang Jaja tau..before ni ade jugak dengar cite pasal si Almy ni....dekat set..time b'lakon , sombong gila...belagak diva yg voguee gitteeww...tp , Jaja xtaulah sejauh mana khabar angin tu.. ^_^
sama-sama lah kita doakan yang terbaik utk mereka semua ya... Amin...
ni antara komen-komen Fizz Fairuz dalam akhbar .. :-
Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang. Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-seoalah diatur oleh dia sejak kami berkenalan setahun lalu. Khamis lalu, saya dikirimkan mesej oleh kawan adik wanita itu dan dia menjelaskan status sebenar tunang saya. Malah saya juga sudah berjumpa suami wanita itu, Sabtu lalu.
Sepanjang setahun mengenalinya, saya tidak pernah tahu latar belakang tempat kerja, pendidikan termasuk keluarganya. Sedar-sedar saya sudahpun bertunang dengan dia dan hanya mengenali keluarganya ketika majlis berlangsung. Kepada semua, saya mohon maaf terutama kepada Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Saya turut berasa pelik kerana tujuh tahun mengenali Almy Nadia, saya sukar mengikat tali pertunangan tetapi setahun bersama wanita itu saya terus bertunang.

** Ada jugak orang yang nak bomoh artis ye.. -.-' kalau macam tu nak bomoh Farid Kamil la..sebab mmg dari dulu lagi minat gila ngan FK ni..dari cerita CINTA KOLESTROL ! hahha..alaa..tapi buat apa kan..main bomoh-bomoh...dapat dia dekat dunia...tapi dekat akhirat nanti..berkilo-kilo saham yang nak ditanggung ! adddoiiyai..cukup2 la dosa yang dah ada nie.. kalau dah gatai sangat nak berlaki .. jangan la dok main bomoh2..cari je kat Agensi Cari Jodoh tu.. --'
## oi oi oi.. Jaja GURAU aje ! jangan amik serius plak ! japg , jadi gempak plak blog makkk tetibee kann ! kontrovesi ~ 
BLOGGER BOMOH ARTIS ! -.-'

Monday 18 February 2013

" Segmen : Jom Jadi Blogger Pilihan Wan 2013"

Monday, February 18, 2013 2
" Segmen : Jom Jadi Blogger Pilihan Wan 2013"
Assalammualaikum
segmen ke-2 yang Jaja nak join wat arini ..
Jaja tag semua FOLLOWERS Jaja..jom join !
jangan nk sombong sangat..jom support ! hehhee..
sila click banner di atas utk join ye ! >.<

Segmen Review Blog by Syaza Raihanah

Monday, February 18, 2013 1
Segmen Review Blog by Syaza Raihanah
Assalammualaikum
ok..nak join segmen ! yey yey ~
Jaja tag semua FOLLOWRS Jaja utk join segmen arnab yg comel ni..hehe..
sila click banner di atas ni utk join ye..
Tarikh Tutup
22 Feb 2013 - 9.00 malam

Saturday 16 February 2013

Wajarkah Suami Menemani Isteri Ketika Bersalin

Saturday, February 16, 2013 0
Wajarkah Suami Menemani Isteri Ketika Bersalin

Assalammualaikum
Photo: WAJARKAH SI SUAMI TEMAN ISTERI BERSALIN

Zaman sekarang ni,sudah banyak hospital yang membenarkan suami menemani isteri bersalin. Tapi, sejauh mana kewajaran situasi ini?

Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?

1. Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

2. Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

5. Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.

Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?
Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap. Suami boleh membantu dengan cara:
- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri

Jadi, kaum Adam sekalian, yang telah bergelar suami, adakah anda menemani isteri anda ketika bersalin? Apa perasaaan anda? (^__^)

#sharing - Bercinta Selepas Nikah dan www.harianislam.com
Zaman sekarang ni,sudah banyak hospital yang membenarkan suami menemani isteri bersalin. Tapi, sejauh mana kewajaran situasi ini?

Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?
1. Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.
2. Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.
3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.
4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.
5. Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.
Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?
Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap. Suami boleh membantu dengan cara:
- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri
Jadi, kaum Adam sekalian, yang telah bergelar suami, adakah anda menemani isteri anda ketika bersalin? Apa perasaaan anda? (^__^)


Meteor Jatuh di Russia

Saturday, February 16, 2013 3
Meteor Jatuh di Russia
Assalammualaikum ... Selamat Pagi semua ^_^
Sampai-sampai je opis pagi tadi terus bukak FB ... bila bukak FB ... normally , Jaja akan terus dulu bukak page Kami Boikot Bulettin Utama TV3 ! sebab banyak info berguna yg dorang provide selain dari politik ! ^_^
Rupa-rupanya semalam ada seekor sebutir meteor jatuh kat bumi kita ! Ya Allah .. Alhamdulillah bukan di Malaysia.. bayangkan lah kalau di Malaysia..hancur agaknya negara kita .. Al-Maklum la .. Malaysia ni kecik je dik nooonn !
Ok kat bawah ni antara sedutan-sedutan dan info yang diberikan ..
TERKINI : METEOR telah terhempas ke bumi petang tadi. Ia menjunam dan meletup di wilayah tengah Rusia hari ini dan mencetuskan gelombang kuat yang memecahkan tingkap dan mencederakan sekitar 950 orang dalam kejadian yang belum pernah berlaku di zaman moden ini.
Kejadian luar biasa itu mengakibatkan lalulintas terhenti di bandaraya Chelyabinsk apabila orang ramai yang terkejut, berhenti memandu untuk melihat meteor yang menyala bergerak melintasi ruang udara.
Para pakar berkata hentaman meteor sebesar itu yang dianggarkan seberat puluhan tan, amat jarang berlaku, begitu juga dengan jumlah mangsa di tempat kejadian.
Kementerian kecemasan pada awalnya menganggarkan lebih 500 orang cedera, 112 dimasukkan ke hospital.
Tingkap hancur dilanda gelombang tersebut di wilayah bandaraya itu, dengan pihak kementerian menganggarkan hampir 300 bangunan rosak termasuk, sekolah, hospital, sebuah kilang zink dan sebuah stadium hoki ais.
Dalam perkembangan terkini, gabenor wilayah tersebut, Mikhail Yurevich berkata angka kecederaan telah meningkat kepada sekitar 950 orang.
Mikhail yang dipetik oleh agensi berita RIA Novosti, berkata dua pertiga daripada mereka cedera ringan terkena pecahan kaca dan bahan-bahan lain.
Di bandaraya Chelyabinsk sahaja, 758 orang memerlukan bantuan perubatan.
ALLAHU AKBAR!!! ALLAHU AKBAR!!! ALLAHU AKBAR!!!. KEJADIAN INI BERLAKU PADA HARI JUMAAT, PENGHULU SEGALA HARI...


Ni plak antaran scene-scene yang berjaya dirakam oleh penduduk di Russia
macam tu rupanya keadaan bila meteor ni jatuh kan..haiish..takutnya...

Friday 15 February 2013

Dulang Hantaran Utk Disewa (Testing)

Friday, February 15, 2013 1
Dulang Hantaran Utk Disewa (Testing)
Assalammualaikum

Cincin Idaman Hati

Friday, February 15, 2013 1
Cincin Idaman Hati
Assalammualaikum
Jalan-jalan dekat Emas Sri Pinang .. terjumpa cincin ni lah ! berkenan nyaaa..
nak satu bolehhh ?? cantikkkk ... ^_^
RM 1200++
** nak bodek mak lah...xpon Abang Muss... ngeeee..
ada sesapa sini yang xsuka emas ?? Jaja suke ++ tauuu
Jaja suka 916...cantik berkilat2...xsuka emas putih..sebab kalau tolak kat kedai xlaku .. -.-'
kalau orang tu nk pon..maybe rendah je harga yg dia amik.. -.-

Saturday 9 February 2013

Semut Pelangi

Saturday, February 09, 2013 5
Semut Pelangi
Assalammualaikum
Korang penah ke dengar nama semut pelangi ?? Jaja xpenah pon..reka je nama ni.. -.-' xtau nk panggil apa...kalau tengok semut ni rasa nk makan & jilat2 abdomen dia..yeka ? yukkss..haha..
Semut yang dikenali sebagai Ghost Ant ini akan berubah warna mengikut warna makanan yang dimakannya, ini kerana mereka mempunyai abdomen yang warna nya adalah transparent.
**nampak semut ni dah macam smarties plak ! heeeee ... Subahanallah .. indah sungguh ciptaan Allah SWT kan.. :)

Friday 8 February 2013

Selamat Ulang Tahun SITI HAJAR

Friday, February 08, 2013 4
Selamat Ulang Tahun SITI HAJAR
Assalammualaikum
Alhamdulillah , syukur ke hadrat Illahi .. hari ni , genaplah usia Jaja 22 tahun mengikut kalendar Masihi...
kalau mengikut kalendar Hijrah pulak .. 23 Rejab 1434H.. thats means 2 Jun 2013M~ ngeee..tengok untung o0o..setahun 2 kali sambut beday..hik3...kalau mengikut kalendar Hijrah..Jaja berusia 23 tahun pada 23 Rejab nie.. ^__^ 
semakin hari semakin tua dah Jaja...so,sebenarnya banyak harapan Jaja memandangkan umur sudah m'nganjak ke-22 ni..nak tahu ? rasia lah... :p
Jaja ada satu peristiwa penting sebenarnya .. tahun ni.. peristiwa besar sangat dlam hidup Jaja..kiranya kalau xde hadiah besday tahun ni pon xpe..sebab peristiwa besar ni adalah hadiah yang x ternilai harganya... :) xpe..itu pon Jaja akan kongsikan dengan korang dimasa akan datang ^_^
So,salah satu harapan Jaja...Jaja berharap kehidupan Jaja akan berjalan dengan lancar..bukannya lancar terus-terusan...nanti xbest plak kalau2 xde dugaan yang datang kan.. :) berharap Jaja akan dapat menepis segala dugaan-dugaan yang mendatang.. In Shaa Allah..
Orang pertama yang ucapkan besday pada Jaja ? sudah semestinya buah hati Jaja..Abg Mus..pukul 12 tgh malam tadi..masa kami tengah makan sama-sama...orang kedua pulak...Ayie Bucux..hehee..besfren Jaja dunia akhir..ketiga plak kawan 1 tmpt praktikal ngan Jaja..donia akhirat jugak ni..Hazreen & Kak Nadia..keempat besfren 4ever Jaja...Lydia ! kelima dan seterusnya ?? kawan2 FB..
yg paling syiok....??pukul 7 pagi tadi...nyanyian beday dari emak tersayang..paling special tu..hehe..kalau tahun lepas tepat2 kol 12 mak kol n nyanyi..ngeeee..tahun ni maybe mak tertido agaknye..selamat la xlupa kan..beday anak kesayangan mak nie..ngeeee...seterusnya abg angkat yg paling disayangi..bro redz ! ngeee ^_^
Lastly , jutaan terima kasih Jaja ucapkan buat mereka-mereka yang telah mengucapkan ucapan beday buat Jaja di call/msg di hp,office mahupun sekadar di FB sahaja ... semoga ucapan-ucapan yang kalian titipkan buat Jaja..dibalas juga oleh Allah SWT utk anda semua.. :)
buat harini...Jaja xup status dekat FB pon...sebab terlalu banyak ucapan beday di wall FB...esok , Jaja akan cuba utk reply kesemua ucapan2 mereka... ^_^ In Shaa Allah...
terima kasih semua pada korang2 semua yg mengucapkan beday utk Jaja..xkira la dalam bahasa melayu ke , english ke , arab ke...
time kasih , thank you , syukran ! :)
**Selamat Hari Jadi juga buat mereka-mereka yang menyambut hari lahir sama hb dengan Jaja.. 8 February.. :) Sanah Helwah... ^_^

Thursday 7 February 2013

Pembunuhan 11 Jemaah Ketika Solat Isya'

Thursday, February 07, 2013 2
Pembunuhan 11 Jemaah Ketika Solat Isya'

Assalammualaikum
KEJAM DAN BIADAP!! 
Kejam dan tidak berperikemanusiaan!

Mungkin itu yang dapat digambarkan tentang pembunuhan 11 jemaah ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, 50 kilometer dari bandar ini kira-kira pukul 8.50 malam tadi (waktu Malaysia).
Setelah melepaskan tembakan dari dua pintu masuk masjid, enam penyerang itu dikatakan masih tidak berpuas hati dan masuk ke dalam masjid sebelum melepaskan beberapa das lagi tembakan bagi memastikan jemaah terbabit benar-benar mati.
Tragedi terbaru yang menjadikan masjid sebagai sasaran, berlaku pada hari yang sama Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva melawat Malaysia dan memperbaharui komitmen untuk mengakhiri konflik yang berlarutan di wilayah bergolak itu.
Kejadian itu menambahkan jumlah korban yang kini mencecah lebih 3,700 orang dan masyarakat Islam di wilayah itu bimbang kejadian lebih buruk akan menyusul semula dan ramai yang percaya kejadian terbaru didalangi pihak berkuasa.
Bagaimanapun sehingga kini masih belum dapat dipastikan motif sebenar pembunuhan kejam itu tetapi ada yang berpendapat berpunca daripada dendam dan pihak tentera Thai menafikan sebarang pembabitan anggota mereka.
Seorang saksi, Hassan Deraman, 17, berkata, kejadian berlaku amat pantas kira-kira lima minit di mana empat lelaki dikatakan menyerbu masuk ke dalam masjid dari arah pintu belakang manakala dua lagi dari arah tepi.
Katanya, kesemua mereka bersenjatakan rifel M-16 dan pump gun serta memakai seragam hitam serta bertopeng.
‘‘Ketika kejadian berlaku saya bersama tiga lagi rakan berada dalam wakaf kira-kira 15 meter dari pintu masuk utama masjid ini, Tiba-tiba kami mendengar bunyi tembakan yang kuat bertalu-talu.
‘‘Kami bersembunyi dan bergerak ke tempat kejadian dengan perlahan-lahan dalam gelap untuk melihat apa yang berlaku dengan lebih jelas.
‘‘Saya kemudian melihat mereka memasuki masjid ini dan melepaskan tembakan ke arah kepala serta badan jemaah yang terbaring dalam ruang solat, tembakan itu dilepaskan bagi memastikan kesemua jemaah ini benar-benar mati,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di tempat kejadian.
Hassan berkata, penyerang dipercayai memasuki kawasan masjid melalui hutan dan kawasan ladang getah di bahagian belakang bagi memastikan kehadiran mereka tidak disedari.
Katanya, pembunuh kejam itu tidak memasuki masjid melalui pintu utama kerana ia diterangi dengan cahaya lampu.
‘‘Selepas bunyi tembakan hilang, beberapa orang kampung datang dan saya bersama mereka memasuki masjid melihat mayat bergelimpangan dipenuhi dengan darah.
‘‘Ketika itu, hanya dua jemaah terselamat tanpa sebarang kesan tembakan. Salah seorang daripada mereka adalah ‘tok siak’ masjid, bagaimanapun akibat terkejut dengan serangan tersebut dia pengsan kerana serangan jantung.
‘‘Seorang lagi yang terselamat adalah ahli kumpulan ‘tabligh’ yang datang berdakwah di sini, dia terselamat kerana ketika itu sedang sujud dan setelah mendengar bunyi tembakan dia meniarap dan berpura-pura mati,” katanya.
Serangan tersebut turut menyebabkan imam masjid, Wan Nasir Wan Abdullah, 62, terkorban manakala 12 parah dan dua terselamat.
Kesemua jenazah dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira pukul 11 pagi ini dan tinjauanUtusan Malaysia mendapati perkarangan masjid itu dipenuhi oleh kaum masyarakat Melayu Islam dari tiga daerah yang bergolak itu.
Malah ketika itu, ruang solat masjid berkenaan masih dipenuhi darah dan ia dibersihkan sepenuhnya oleh anggota tentera kira-kira pukul 5 petang ini.
Tinjauan juga mendapati dinding dalam masjid tersebut turut dipenuhi kesan tembakan dan kawalan keselamatan di kampung berkenaan ditingkatkan.
diambil dari berita utusan online.Kita mungkin rasa bersyukur negara kita aman.tapi kita juga perlu ada rasa marah yang amat sangat.benar,buat masa sekarang memang seperti nampak x ada apa boleh kita buat dan bantu.tapi pastikan semangat yang ada tak mati.janganlah bila tengok berita ini hanya sekadar :”erm.ok.ada orang kena tembak.so?”.
sekurang nya,mungkin mereka yang disana mendapat shahid..kita???
*berdebar2 baca berita nie... :'( 'mereka' dah berani serang rumah Allah..semoga Allah menurunkan bala kepada mereka kerana dah berani mencemar & mengotorkan rumah Allah.. :')

Al-Fatihah buat mereka

Thursday, February 07, 2013 2
Al-Fatihah buat mereka
Assalammualaikum
Pagi tadi Jaja dikejutkan dengan berita pemergian seorang rakan modelling .. Kak Lin dodol .. Jaja xsure kak lin meninggal disebabkan apa .. tp,sumber yang Jaja tengok diFB kak Lin..sebab2 kematian Kak Lin adalah kanser perut / usus mcm tu .. Sangat x sangka , sebab Kak Lin sangat happy go lucky , xsangka dia sakit rupanyua... :'( mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Kak Lin ..

Belum hilang lagi kesedihan pemergian Kak Lin .. Jaja dikejutkan pula dengan berita kematian anak kepada MUA .. Azue Zakaria .. pemergian puteri sulung itu sangat menyentuh hati .. :'( Puteri comel ini menghidap Cerebral Palsy..Al-Fatihah buat adik ini...

Baru nk reda dengan pemergian kedua-dua mereka , Jaja terpandang pula tentang kematian adik Ahmad Adam Syukri .. Jaja macam bz sikit tadi .. xsempat nak click .. tp,Sempat juga sedekahkan sekalung Al-Fatihah buat beliau .. So,tengah berFB mcm biasa..Jaja terpandang lagi nama Adik Adam ni .. Jaja pon buat la research pasal adik Adam ni...sedih sangat bila tengok keadaan adik Adam dan jalan hidupnya..Sini Jaja nk sharekan dengan korang ..


Begitu terkejut dan sebak tatkala me melihat progress tumbesaran Adam di Fanpage Ahmad Adam Syukri 

Siapa sangka melihat fizikal tubuh pada awal kelahirannya ternyata berbeza dengan bentuk fizikalnya yang terkini. Iya..itu semua kuasa Allah. Memang tiada siapa yang dapat tandingiNya.



Disini me selitkan info mengenai bayi comel ini..

AHMAD ADAM SYUKRI LAHIR PD 4/3/12 DAN TELAH MENGALAMI BRAIN DAMAGED Severe HIE (Hypoxic Ischemic Encephalopathy) ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI KEROSAKAN PD SARAF OTAK...


  • ADAM LAHIR SECARA VACUUM PD 4/3/12 DAN SEWAKTU KELAHIRANNYA ADAM KELUAR DALAM KEADAAN FLAT DAN KEKURANGAN OKSIGEN.
  • SCAN MRI PD 9/3/12 MENUNJUKKAN OTAK ADAM MENGALAMI KEROSAKAN YG AMAT TERUK.
  • ADAM TIDAK PANDAI MENELAN AIRLIUR DAN BERGANTUNG PADA MESIN OKSIGEN UNTUK TERUS HIDUP.
  • ADAM JUGA PERLU BERGANTUNG PD MESIN SUCTION KRN TIDAK PANDAI MENELAN AIR LIUR UNTUK SEDUT AIR LIUR DLM RONGGA HIDUNG DAN MULUTNYA. 
  • MATA KANAN ADAM MENGALAMI INJURED,BEGITU JG DGN TELINGA SBLH KANAN YG TIDAK DAPAT MENDENGAR KRN KROSAKAN PD BHGIAN DALAM TELINGANYA.
  • DOKTOR PAKAR OTAK MENGESAHKAN ADAM AKN TERLANTAR SEUMOR HIDUP DAN PELUANG UNTUK BERJALAN DAN HIDUP SPT KANAK2 NORMAL MMG AMAT TIPIS.
  • DOKTOR PAKAR OTAK MENGKLASIFIKASIKAN KEROSAKAN OTAK ADAM SEBAGAI KEMATIAN SARAF OTAK.  
Al-Fatihah buat ketiga-tiga mereka.... :'(

Berhijab Seperti FREE HAIR !

Thursday, February 07, 2013 6
Berhijab Seperti FREE HAIR !
Assalammualaikum

Sejak memasuki era tahun baru yang semakin maju ke depan ini, fesyen berhijab semakin mendapat perhatian ramai.Jika dilihat di dalam majalah ataupun internet, memang banyak info-info mengenai cara bagaimana mahu menggayakan fesyen bertudung ini dipaparkan.
Tetapi inilah yang terjadi apabila manusia terlalu kreatif dengan cara pemakaian hijab, sampai tidak mengikut garis panduan Islam.Terbaru, ada fesyen berhijab dengan menggunakan rambut palsu!
Sebenarnya jika dilihat dengan teliti, ia adalah kain yang direka bentuk seperti rambut palsu.
Di Malaysia ini, mungkin fesyen sebegini masih belum sampai lagi, tetapi jika tidak silap di Indonesia memang sudah ada.
Lihat gambar di bawah ini.. Apa kata anda?



Bayi Di Toreh

Thursday, February 07, 2013 7
Bayi Di Toreh
Assalammualaikum
sebak sangat tengok jenazah bayi ni.. :( xtau nk cakap apa dah..mai baca cerita dia..
ASTAGHFIRULLAH!!!!ALLHUAKBAR!!!!NAUZUBILLAH!!!!!!
Menitis Air Mata melihat keadaan bayi yang tidak berdosa ini. Ini adalah bukti hasil kezaliman REGIM BASYAR yang kejam. Gambar ini diambil di salah sebuah hospital medan di wilayah Halab. Ini adalah kesan torehan pisau pada seorang bayi, bukan luka kesan bom atau lain-lain. Syurga tempat mu :'(
Tapi, Sadisnya, dunia masih diam membisu.
Semoga Allah segera menurunkan bala pada Yahudi Laknatullah ni.. :'(

Wednesday 6 February 2013

REVIEW PRODUCT | Kurung Peplum

Wednesday, February 06, 2013 5
REVIEW PRODUCT | Kurung Peplum
Assalammualaikum
Apa itu PEPLUM ? lah..xkan xtau ... :) sekarang punya trend nie...ececeeh..padahal kalau perasan ni trend dulu2...Saloma suka pakai...al-maklum la..perubahan fesyen beredar mengikut zaman .. 10 tahun sekali..fashion tersebut akan kembali digunakan .. itu apa yang Jaja belajar dalam kelas Grooming & Etiquette .. :)
Cuma yang bezanya , peplum sekarang di design m'gikut kreativiti para designer yang mempunyai banyak idea yang bernas ! Jaja pon xketinggalan untuk turut sama meminati peplum ni ...
Ok then , meh Jaja nk review satu product peplum .. dikenali sebagai Kurung Peplum .. didatangkan dengan 4 warna yang sangat menarik iaitu Pink , Purple , Turqoise dan Peach ! Jaja memang minat ke-empat2 warna ni .. yang paling2 minat ? ok kos la purple !! ^_^ sbb warna x terlalu striking dan sangat mendamaikan gitteewww...
meh sini , kita tengok baju2 yang Jaja cakapkan tu !
Materials kain adalah Chiffon .. sangat sejuk apabila digunakan .. so,kalau korang pegi kenduri kawin..xde la kecoh sebab panas dan sebagainya .. kain ni pon serap peluh dan x jarang ! Manik2 yang banyak disekitar bahagian perut sangat sesuai digunakan bagi mereka yang bertudung . Ini kerana ,apabila korang mgunakan tudung , dan cover bahagian dada..manik di sekitar pinggang akan still kelihatan .
Manik di sekitar perut tu sebenarnya full .. means , dibahagian belakang pon ada manik . sama seperti kat bahagian depan .
Disekitar pergelangan tangan pon banyak manik2... So,sangat sesuai juga dipakai untuk majlis pertunangan . Sebab kalau photographer shoot time bakal mak mentua nak sarungkan cincin .. lagi terserlah la bila nampak manik2 tersebut !
Kain juga tidak ringan , baju kelihatan berat sebab terdapat banyak manik yang digunakan ! Baju ni sangatlah sesuai digunakan untuk majlis makan malam , sambutan hari raya , photoshoot , majlis pertunangan , majlis akad nikah dan sebagainya .
Untuk kelihatan cantik lagi semasa hari pertunangan @ akad nikah , uols boleh gabungkan dengan mengenakan veil yang sama warna ! so , akan meletup2 la korang on dat day ! hehehe...
size pula bermula dari 34 , 36 , 38 , 40 , 42 , 44
Jangan lambat-lambat , nanti size di ambil orang !!
Apa tunggu lagi .. girls ! uols bleh dapatkan koleksi kurung peplum tersebut di sini --> Sutera Online Shoppe
sila tinggalkan massage di page tersebut utk mendapatkan  harga peplum pilihan anda !

*Psstt..baju and materials ni xsama seperti yang dijual di Masjid India atau Jalan TAR ye !! 
*Pssstt..kalau beli dua..ada discount ! 
**psstt..ppstt ! muah ! selamat bershopping !!!