Meteor Jatuh di Russia - .

Saturday 16 February 2013

Meteor Jatuh di Russia

Assalammualaikum ... Selamat Pagi semua ^_^
Sampai-sampai je opis pagi tadi terus bukak FB ... bila bukak FB ... normally , Jaja akan terus dulu bukak page Kami Boikot Bulettin Utama TV3 ! sebab banyak info berguna yg dorang provide selain dari politik ! ^_^
Rupa-rupanya semalam ada seekor sebutir meteor jatuh kat bumi kita ! Ya Allah .. Alhamdulillah bukan di Malaysia.. bayangkan lah kalau di Malaysia..hancur agaknya negara kita .. Al-Maklum la .. Malaysia ni kecik je dik nooonn !
Ok kat bawah ni antara sedutan-sedutan dan info yang diberikan ..
TERKINI : METEOR telah terhempas ke bumi petang tadi. Ia menjunam dan meletup di wilayah tengah Rusia hari ini dan mencetuskan gelombang kuat yang memecahkan tingkap dan mencederakan sekitar 950 orang dalam kejadian yang belum pernah berlaku di zaman moden ini.
Kejadian luar biasa itu mengakibatkan lalulintas terhenti di bandaraya Chelyabinsk apabila orang ramai yang terkejut, berhenti memandu untuk melihat meteor yang menyala bergerak melintasi ruang udara.
Para pakar berkata hentaman meteor sebesar itu yang dianggarkan seberat puluhan tan, amat jarang berlaku, begitu juga dengan jumlah mangsa di tempat kejadian.
Kementerian kecemasan pada awalnya menganggarkan lebih 500 orang cedera, 112 dimasukkan ke hospital.
Tingkap hancur dilanda gelombang tersebut di wilayah bandaraya itu, dengan pihak kementerian menganggarkan hampir 300 bangunan rosak termasuk, sekolah, hospital, sebuah kilang zink dan sebuah stadium hoki ais.
Dalam perkembangan terkini, gabenor wilayah tersebut, Mikhail Yurevich berkata angka kecederaan telah meningkat kepada sekitar 950 orang.
Mikhail yang dipetik oleh agensi berita RIA Novosti, berkata dua pertiga daripada mereka cedera ringan terkena pecahan kaca dan bahan-bahan lain.
Di bandaraya Chelyabinsk sahaja, 758 orang memerlukan bantuan perubatan.
ALLAHU AKBAR!!! ALLAHU AKBAR!!! ALLAHU AKBAR!!!. KEJADIAN INI BERLAKU PADA HARI JUMAAT, PENGHULU SEGALA HARI...


Ni plak antaran scene-scene yang berjaya dirakam oleh penduduk di Russia
macam tu rupanya keadaan bila meteor ni jatuh kan..haiish..takutnya...

3 comments:

MayaYunus said...

ini baru sebutir meteor yg jatuh...bgaimana kalu kiamat??? wallahualam...semoga kita semua dilindungi dn dirahmati olehNya.. amin..

MayaYunus said...

ini baru sebutir meteor yg jatuh...bgaimana kalu kiamat??? wallahualam...semoga kita semua dilindungi dn dirahmati olehNya.. amin..

MayaYunus said...

ini baru sebutir meteor yg jatuh...bgaimana kalu kiamat??? wallahualam...semoga kita semua dilindungi dn dirahmati olehNya.. amin..