January 2013 - .

Thursday, 31 January 2013

Jenazah Para Syuhada di Tebing Sungai

Thursday, January 31, 2013 3
Jenazah Para Syuhada di Tebing Sungai
Assalammualaikum
Semalam , Jaja ada terbaca tentang jenazah para syuhada yang bergelimpangan di tebing sungai . Macam biasa..musti la nak buat research kan...so,research pon dibuat..sangat sedih bila tengok jenazah-jenazah saudara kita bergelimpangan macam tu .. Kalau di negara kita , bila sungai kering..yang b'gelimpangan adalah sampah-sarap..Tetapi , disana .. Jenazah para Syuhada yang bergelimpangan . Dibunuh dengan kejam , dicampak ke dalam sungai tanpa berperikemanusiaan oleh Yahudi Laknatullah !
Apa yang boleh Jaja katakan disini..keadaan jenazah mereka masih segar ! macam baru kan ? macam tengah tidur .. :') Subahanallah ! 
*Xsampai hati sangat nak gunakan perkataan "mayat" ... jenazah kan lebih manis & sopan ~
Jom kita baca sedikit berita mengenai pembunuhan secara beramai-ramai ni..
BEIRUT – Sekurang-kurangnya 78 mayat lelaki diselaputi lumpur dan tangan terikat ke belakang dipercayai ditembak di kepala dijumpai di dalam Sungai Queiq berdekatan kejiranan Bustan al-Qasr, Aleppo, semalam.
Pertubuhan Pemerhati Syria bagi Hak Asasi Manusia berpangkalan di Britain berkata, maklumat diterima dari rangkaian monitor menunjukkan, ia adalah pembunuhan beramai-ramai dan angka kematian boleh meningkat kepada 80 orang.
“Kami mendapati mangsa kebanyakannya mempunyai kesan tembakan di kepala dan berusia lingkungan 20 dan 40 tahun,” katanya.
Menurut sumber itu lagi, dua kanak-kanak lelaki berusia 11 dan 15 tahun antara yang maut.
Sementara itu, pejuang pemberontak mendakwa, sebanyak 78 mayat dikeluarkan dari sungai itu dan 30 mayat lain masih berada di dalam sungai itu.
“Kesemua mayat sukar dikeluarkan berikutan penembak tepat rejim kerajaan sentiasa memantau kawasan ini,” katanya. Pengantara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Liga Arab, Lakhdar Brahimi memberitahu Majlis Keselamatan PBB, keadaan di Syria sudah di tahap kritikal, justeru beliau merayu kepada 15 majlis negara untuk mengatasi kebuntuan dan mengambil tindakan bagi membantu menamatkan perang saudara di sana.
Sepanjang konflik tercetus, 60,000 orang dilaporkan maut dalam pertempuran membabitkan tentera Presiden Bashar Al Assad dan kumpulan Tentera Pembebasan Syria. – Reuters

Syurga milikmu para syuhada..... :')


Wednesday, 30 January 2013

Drama SAHARA Menghina ISLAM

Wednesday, January 30, 2013 5
Drama SAHARA Menghina ISLAM
Assalammualaikum
Macam biasa tengah ber'FB tengok satu tajuk gempaq...macam kat atas tu ha..so Jaja click la utk tengok..tapi,paling menyampahkan bila nak tengok..kena click LIKE bagai..then , share kat wall...allow kesemua benda2 yg xb'pekdah tu...last2 geram..Jaja carik kat YOUTUBE...jumpa pon !
Sumber menyatakan cerita Sahara ini ditayangkan di Astro Prima..sedikit sebanyak sinopsis mengenai movie ini adalah :-
"Apa yang akan terjadi kepada seorang gadis bandar yang liar dan sukakan hiburan tiba-tiba terpaksa tinggal di sebuah sekolah pondok yang terikat dengan peraturan dan sangat terikat dengan aturan agama? Dapatkah gadis tersebut yang bernama Elena mengharungi kehidupan dan cabaran untuk menjadi muslimah? Saksikan kehidupan Elena dalam drama Sahara."
Video yang dikatakan m'hina ISLAM tersebut adalah seperti ini :-

Bagi Jaja , isu-isu macam ini tersangat-sangatlah menyentuh sensitiviti para-para niqabis..even ini adalah suatu cerita , tidak mustahil pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab boleh cut scene yang bersentuhan mcm kat bawah ni dan m'cipta caption yang tidak sewajarnya .
Cara pemakaian niqab serta pembawakannya juga sangat bertentangan dengan ciri-ciri muslimah yang berniqab .. Hope pihak yang sewajarnya dapat memikirkan baik buruk sebelum mengarahkan sesebuah cerita !
Lagi-lagi apabila pengarah tersebut adalah seorang melayu yang beragama Islam . Sangat-sangat memalukan apabila isu-isu sensitive begini tidak dapat ditepis oleh bangsa sendiri ! 
Sekiranya pengarah bukan lah seorang yang beragama Islam , sepatutnya dia perlu merujuk kepada mereka yang beragama Islam sebelum mengarah dan menerbitkan sesebuah filem . 
macam mana pula dengan pelakon ye..xkan xboleh nk fikir tentang baik buruk serta kesan lakonan yang macam 2 ... pelakon pon ade hak utk m'halang dan bersuara kan .. :)
Even movie ini berkonsepkan dakwah komedi , tidak sepatutnya benda-benda macam ni dipandang remeh .

Berikut adalah komen seorang ustaz :-
Drama ini patut diKRITIK dan dihentikan siarannya kerana merosakkan imej wanita berhijab. Wanita berhijab TIDAKLAH sedemikian murah untuk berdating, berpegangan tangan, berpelukan dengan lelaki bukan mahram. Kalau kita marah-marah non muslim menghina dan memberi gamabarn salah terhadap kalimah Allah dan Nabi serta ajaran Islam, kini ia dilakukan oleh manusia yang beragama Islam sendiri.

Ust Zaharuddin

Director drama SAHARA bersama pelakon SAHARA yang kononnya BERNIQAB !

Jom support page ni 

ENTRY BERGAMBAR | Apabila Lelaki Dengan Gadis Di Kedai Baju

Wednesday, January 30, 2013 7
ENTRY BERGAMBAR | Apabila Lelaki Dengan Gadis Di Kedai Baju
Assalammualaikum
rasanya da lama sangat xupdate blog kan..huhu..bz sesangat sejak berpraktikal ni..nak bersosial ngan member2 pon da jarang..semalam je dapat tengok movie sekejap..sob3..eh..tapi sekarang bukan nak cite pasal tu..tadi tengah ber'FB .. tiba2 ternampak satu gambar ni ha..menarik tau..ce tengok..paham x ?
Gambar kat atas ni menunjukkan yang kesemua lelaki-lelaki ni tengah bosan menunggu pmpuan-pempuan kat dalam tu tengah bershopping ! hahaa..Al-Maklum la..kalau pmpuan bershopping memang lama ! Abang Mus pon kalau Jaja pegi tengok pinggan mangkuk ke..die musti duduk kat luar mcm ni.. -.-' Nanti la..kalau Jaja dapat snap gambar die tengah menunggu Jaja kat luar cmni..Jaja up entry ! heheh

Tapi , masa kami mencari baju last week..xde plak die dok cmni..maybe kalo bab perkakas umah ke..pinggan mangkuk ke..dia mcm xberminat kot..huuu..xpe2..kene take noted nie..ngeee..~

*Macam comel pulak tengok semua lelaki beratur menunggu cam kat atas nie..hihi..Agak-agak..gambar kat atas ni disnap betul2 ke...atau dirancang?hik3..

Saturday, 26 January 2013

Nafkah Isteri Atau Ibu Bapa Yang Patut Didahulukan ??

Saturday, January 26, 2013 1
Nafkah Isteri Atau Ibu Bapa Yang Patut Didahulukan ??

NAFKAH ISTERI DAN IBU-BAPA; MANA YANG DIDAHULUKAN?

Soalan; Akum. Sy ada beberapa soalan.
1. Apakah hukum suami yg selalu mengabaikan nafkah anak isteri kerana mengutamakan keluarganya di kg? - Suami bukanlah anak lelaki sulung @ anak lelaki tunggal.
2. Bolehkah keluarga di kg terutama ibu & ayah meminta duit (terlalu kerap) dari anak lelakinya padahal anak lelakinya jg perlu bertanggungjawab pada anak isteri? - Ayahnya masih berkerja tetap selalu mengalami masalah kewangan.
Syukran jazilan atas jawapan yg diberikan.

Jawapan;

1. Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa). Urutan nafkah adalah seperti berikut;
a) Diri sendiri
b) Isteri
c) Anak
d) Bapa
e) Ibu
f) Cucu
g) Datuk
h) Saudara
i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.

Urutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46). Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).

Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.

Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;

a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.

b) Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.

Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anak. 

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi.
2. Manar as-Sabil, Ibnu Dhuyan.

Hilangnya seorang Mujahidah (SITI HAJAR)

Saturday, January 26, 2013 11
Hilangnya seorang Mujahidah (SITI HAJAR)

DETIK-DETIK TERAKHIR SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR

(Mujahidah yang telah ke alam sana)



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan kehadrat Allah swt. Blog yang telah lama saya tidak update akhirnya diminta isi dengan suatu hikmah yang besar dari seorang mujahidah yang telah pergi ke alam sana. Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada al marhumah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca. 

6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar . 

Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Tiada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkannya, dia akan bersyukur. Pasti ada hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat-ayat suci kepadanya, dia kata 
“Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?”
Saya terdengar seruan bersahut-sahutan dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti.
“Orang azan kot” tingkah saya. 
Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. 
Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” 
“Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam. Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun. SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. 
Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”
Sesekali dia tersenyum manis. 
Kami tanyakan "kenapa senyum?” 
Dia jawab…"Ada bau wangi sangat”.
"Selalu ke akak terbau macam tu?”
Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah” 
Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa.
“Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” .
Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkap. Saya tanya, nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :
"Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.”
Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” 
Hajar Angguk. Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk. Dalam termengah2 dia berkata
"mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan”
"Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013 (Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99%. Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya


SITI HAJAR
Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang bayang
Gelap walau di suluh cahaya
Pepasir pantai pun berubah
Pabila HAKIKAT melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi
Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
Darimu TUHAN pencipta Alam
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi iktibar
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah

Ulama Agung Kelantan Meninggal Dunia

Saturday, January 26, 2013 1
Ulama Agung Kelantan Meninggal Dunia
Assalammualaikum

Innalillah wa inna ilaihi raji'un..

Terima berita mengejutkan ! Ulama agung Kelantan, Sheikh Abdul Qadir @ Tuan Guru Haji Musa Tumpat telah kembali ke rahmatullah jam 3 pagi tadi, 26 Januari 2013 Masihi bersamaan 14 Rabi'ul Awal 1434 H.

Klik :

p/s : Allahurabbi... Semoga Allah tempatkan arwah Tok Ayah Haji Musa di kalangan pejuang-pejuang agama Allah yang beriman. Al-Fatihah :'(

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Bahawasanya Allah S.W.T. tidak mencabut (menghilangkan) ilmu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah S.W.T. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain." - Hadis Riwayat Muslim.


Wednesday, 23 January 2013

TIPS : Menghafal Al-Quran

Wednesday, January 23, 2013 6
TIPS : Menghafal Al-Quran
Assalammualaikum
Tengah Jaja beronline2..tiba2 ternampak tips yang sangat berguna ni ! xsabar rasanya nak balik ! nk try buat ! hehee..yang ada berdekatan dengan Al-Quran ape lagi..amik wudhuk cepat...kita try sesama ~
Tips untuk menghafal “muka surat” Al-Quran yang sangat menakjubkan. Di sini kami kongsikan dengan anda formula untuk menghafal halaman Al-Quran. Hanya untuk Al-Quran yang standard sahaja.
Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzu’ 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 10 adalah pada halaman 182
Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, memang menakjubkan. Ajarkan pada anak-anak kecil agar mereka sentiasa membaca Al-Quran.

Tuesday, 22 January 2013

SENARAI PESERTA : SEGMEN : Simple Blogwalking,LIKE & Click by Jaja Sutera

Tuesday, January 22, 2013 0
SENARAI PESERTA : SEGMEN : Simple Blogwalking,LIKE & Click by Jaja Sutera

Assalammualaikum
Berikut adalah senarai peserta-peserta yang join segmen Jaja ! Jom sesama kita menambah kenalan dan buat duit ! jyyeaahhh !
Sesape yg x join lagi..boleh click banner dibawah utk join..TQ ! ^_^
SENARAI PESERTA
  1. http://www.cikfie.com/2013/01/segmen-simple-blogwalking-like-click-by.html
  2. http://www.nurainsyahirah.my/2013/01/segmen-simple-blogwalking-like-click-by.html
  3. http://akuedyedankoe.blogspot.com/2013/01/segmen-simple-blogwalking-like-click-by.html
  4. http://cyanxkamo.blogspot.com/2013/01/segmen-simple-blogwalking-like-click-by.html
  5. http://rienna-mishcandy.blogspot.com/2013/01/segmen-simple-blogwalking-like-click-by.html
  6. http://www.aimisyahirah.com/2013/01/segmen-simple-blogwalking-like-click-by.html
  7. http://diarionlinenurul.blogspot.com/2013/01/segmensimple-blogwalkinglike-click-by.html
  8. http://miszuzmy.blogspot.com/2013/01/segmensimple-blogwalking-like-click-by.html
  9. http://fiqzmilkshake.blogspot.com/2013/01/segmen-simple-blogwalkinglike-click-by.html
  10. http://www.erazfadli.com/2013/01/segmen-simple-blogwalkinglike-click-by.html
  11. http://3259thelittleboy.blogspot.com/2013/01/segmen-simple-blogwalking-like-click-by.html
  12. http://justforcontest.blogspot.com/2013/01/simple-blogwalking-like-click-by-jaja.html
  13. http://www.bard.my/2013/01/segmen-simple-blogwalking-like-click-by.html
  14. http://rainingofmylife.blogspot.com/2013/01/segmen-simple-blogwalking-like-click-by.html
  15. http://angellovesoldier.blogspot.com/2013/01/segmen-simple-blogwalking-like-click-by.html
  16. http://zamani84.blogspot.com/2013/01/segmen-simple-blogwalkinglike-click-by.html
  17. http://sibodohjangankacau.blogspot.com/2013/01/segmen-simple-blogwalking-like-click-by.html
  18. http://blueyarns.blogspot.com/2013/01/segment-simple-blogwalking-like-click.html


Demam + Selsema + Batuk

Tuesday, January 22, 2013 5
Demam + Selsema + Batuk
Assalammualaikum
Pekaba korang semua..sob3...Jaja baru je baik dari demam...lame betul demam kali ni..badan panas..Jaja ni bila da demam...muntah aje la keje nye...selamat la Abang Mus setia menemani..aceehh...
Malam Jaja demam tu..da xlarat sangat..Abg Mus bawak la Jaja pegi klinik kat sec 2..
kena amik no bagai.. -.-' kite ni da la demam...nk tmuntah bagai..nak amik no suma...da xlarat..seriusss..kepala da pusing2...selamat Abg Mus lom jadi laki lagi..kalo x da lama landing kepala kat bahu dia..hik3..beberapa p0luh minit selepas tu..no Jaja pon sudah mula tertera di dinding ! grrr..Jaja pon masok bjumpa doktor..macam2 kena interview..hihi..jap je..5 minit..pastu..nk tunggu amik ubat pulak..lameeee...budak2 bising plak..tengah demam..bila dengar budak2 tu jerit .. Jaja rasa kepala otak Jaja ni makin berpusing2...pegi toilet..muntah..adeeeh..tahun ni punya demam lain macam sket..sebab ada Abang Mus..hik3..da lama xdemam...dulu demam xdak Abg Mus..skg bila demam ada Abg Mus..mengada ja lebey ..ase sogan plak bila muntah..acam peknen plak..wahha..gatal !
Bila da amik ubat...kami pon caau..RM40 sahaja di klinik tadi..Jaja kate nak makan pulak..Abg Mus tanya makan kat mana..Jaja kate mane2 aje laa..da tbaring dalam kete..xlarat..da Abg Mus beli makanan..xmo pulak makan dekat kedai..nak makan dalam kete bagai...Abg Mus pon bungkus..bawak p makan tempat lain..Jaja tidoq..sedaq2 Abg Mus gerak..Jaja tanya dekat mana..dia kata kat Bukit Ampang..aii..biau bona jang... -.-' romentit plak die nk mendaki Bukit Ampang segala...tengok2 dekat Tasik Shah Alam sek 7 aje.. -.-' cuma beberapa minit dari umah Jaja..haha...
Jaja pon makan..1 sudu 1/2 sahaja... T_________T pastu xmo makan..sian Abg Mus makan sorang aje..kekeke ! lepas tu..kami pon balik...balik2..makan..tidoq..makan tidoq..sehari suntuk atas katil...serius.Jaja kalau demam...memang lemah x bermaya..kalau dulu..time belasan tahun lagi la..mak yg kene dukung Jaja tau..adededeiii...
Terima kasih utk Abg Mus kerana sudi melayan semua kerena sayaa semasa saya tengah demam ye.. ^_^ syg abang ! ehh..under 18teen..totop mata ! haha..terima kasih buat mak sebab siang malam pagi ptg call..ehhee..mekaseh ayie jugek sebab jenguk2 kt dlm blik 2..ngeeee

Monday, 14 January 2013

PHOTOSHOOT | Zara Adriana

Monday, January 14, 2013 4
PHOTOSHOOT | Zara Adriana
Assalammualaikum
Wah....photoshoot lagi .. Event ni telah diorganize oleh member Jaja .. Ayie Bucux ! dalam pada masa yang sama...Jaja pon tolong2 la utk organize event ni sebab Ayie ni demam + sibok utk konvo ! kami sampai2 je semalam kat Taman Tasik Permaisuri .. hujan .. punya la lebat ! memang risau sangat masa tu .. takot xboleh nk berphotoshoot..sebab hujan xnampak macam nak bhenti..lagi lebat adalah ! pening kepala Jaja nk fikir cmne .. xkan nk postpone..semua da siap..makanan sume...xde back up plan pon..sebab kawasan tu Jaja dah beli permit nya..
Jadi , Jaja tawakkal je la banyak2 semalam..semuga dijauhkan benda2 yang tidak diingini dan dipermudahkan semuanya .. risau orang x datang je...pastu mula la..sikit demi sikit orang datang..dan akhirnya semua datang..yang paling tidak mengecewakan adalah kehadiran photog yang diluar jangkaan..dekat 20-30 jugak la semalam...terima kasih sangat buat korang yang support event x seberapa nie..hehehe !!
MUA Jaja semalam adalah Nurazlili Aziz..
Photog ? Bobby..tp,die xdapat datang sebab kereta dia rosak..sob3..xpela..hehe..sebab ramai photog semalam..
Ok..event ni dibuat di Taman Tasik Permaisuri . Event pon berlangsung dengan jayanya ! tanpa sebarang kesulitan ~ Big thanks utk Wardrobe Sponsor . Zara Adriana Kaftan Couture . Rasanya dalam banyak2 event..event ni yang paling kenyang..da ade breakfast..ade lunch lagi...snack2 lagi..hehehe ! dah.tanpa banyak cite..jom kita tengok hasil sentuhan MUA dan Photog2 hebat !

Tara..ini la MUA Jaja..Lili

Meh..jempot tengok gambar talent-talent lain pulak !
Amacam ada sesape yg teringin jadi model lagi x ?
ngeeee...next photoshoot ??
27 Januari at Taman Saujana Hijau !







Saturday, 12 January 2013

SEGMEN : Simple Blogwalking,LIKE & Click by Jaja Sutera

Saturday, January 12, 2013 19
SEGMEN : Simple Blogwalking,LIKE & Click by Jaja Sutera
Assalammualaikum
Agak boring sebenarnya di opis arini ... -.-' sementara dok xbuat keje apa ni..jom kita buat keje berpekdah sikit ! uhuh..
Ngat arini ni buat blogwalking , sambil blogwalking kita like page memasing then click iklan juga
xkisah la bape banyak page nak kene like , bapa banyak iklan nak kene click ! letak aje..akan dilaksanakan oleh setiap peserta !
Jom kita join sesama...sambil blogwalking ! sambil2 kita carik duit ! hehe

Cara - cara :
1. WAJIB Follow Blog Jaja Sutera
2. WAJIB Like Page Jaja 
3. WAJIB Click Iklan Jaja
4. Buat entry bertajuk "Segmen : Simple Blogwalking, LIKE & Click by Jaja Sutera"
5. Copy banner buruk di atas dan link menggunakan link entry ini
6. Tag la bape banyak orang yang korang nak tag
7. Copy link korang dan post dalam tempat komen kat bawah nu supaya senang Jaja nk update senarai peserta

** PERHATIAN : Sila letakkan sekali LINK BLOG , LINK PAGE & IKLAN di dalan entry korang untuk memudahkan para peserta ! 

TARIKH TUTUP
12 February 2013

Jom bersegmen !! ^_^

Friday, 11 January 2013

Buah Zuriat

Friday, January 11, 2013 6
Buah Zuriat
Assalammualaikum
Mesti yang pelik kan dengar nama buah nie..meh sini Jaja share ngan korang ..
Buat pengetahuan pembaca sekalian, sebenarnya buah zuriat ini juga dikenali dengan panggilan buah adam / buah hawa /buah zuriattin / buah koka. Nama saja yang berbeza namun merujuk kepada buah yang sama. Buah zuriat ialah buah yang berasal daripada pokok koka. Bila sebut sahaja perkataan Koka, mesti ramai tahu.. err.. tak tahu? alaah, yang ramai orang dok sibuk beli buat cincin, tasbih dan gilang tangan tu..hehe
Info tambahan: Pokok koka ialah pokok yang dipercayai digunakan oleh Nabi Noh A.S. untuk membina bahteranya ketika peristiwa banjir besar suatu ketika dahulu.
Khasiat Buah Zuriat
Buah zuriat ini dikatakan amat berkhasiat. Khasiatnya (dengan izin Allah SWT) adalah dapat menyebabkan kehamilan dan menyembuhkan lenguh-lenguh badan.
Saiz buahnya sebesar buah ciku tapi rupanya macam buah kurma. Kulitnya adalah amat keras. Kalau nak pecahkan memang kena menggunakan bantuan dan kudrat orang lelaki dengan sebilah parang. Rupa dalamnya pula macam sabut kelapa. (Gambar di bawah)
Macamana nak dapatkan buah zuriat
Di mana nak dapatkan buah zuriat? Nak beli buah zuriat di mana? Ia hanya boleh didapati di Jabal Uhud, Jabal Rahmah dan gua Hirak. Di situ saja yang ada buah nie. Harganya sekitar 25 sen sebiji. Kalau nak, kenalah minta tolong kepada sesiapa yang hendak mengerjakan haji atau umrah untuk belikan. Atau anda boleh layari blog ini ~ HerbaZuriat, di situ ada pengedar buah zuriat.
Kaedah dan Cara Makan Buah Zuriat
Terdapat beberapa cara makan buah zuriat yang di sarankan oleh mereka-mereka yang telah mencubanya iaitu :-
Cara Pertama
Caranya ialah dengan menggunakan sudu lalu di ketuk-ketuk pada sekitar dinding buah zuriat (tak perlu di belah) bagi melembutkan kulitnya, seolah-olah seperti kita sagat/kikis buah ini menjadi serbuk dan di makan begitu sahaja ataupun di campur bersama susu.
Cara Kedua
Oleh kerana buah ini juga di gelar buah adam dan buah hawa, maka ada yang merebus dua biji buah ini sekali gus. Selepas direbus, buah zuriat ini kemudiannya dibelah menjadi dua bahagian bagai pinang dibelah dua (hehe), dan admin ingatkan sekali lagi bahawa buah ini keras dan memerlukan keupayaan yang kuat untuk membelahnya. Rebus biji dan isirungnya sekali,sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. Anda di sarankan di minum selama 44hari atau sehingga mengandung. Diminum oleh suami isteri dan boleh direbus berulangkali sehinggalah air rebusan itu bertukar warna menjadi putih kembali baru di ganti dengan buah zuriat yang baru.

Buah zuriat - Khasiat buah zuriat
Tips-tips
1. Sebelum minum air rebusan, bacalah bismillah diikuti petikan ayat 38 daripada al Imran sebanyak 3 kali: “RABBI HABLEE MINLADUNKA ZURIATUN TOIYIBBAN INNAKA SAMEE U-DOA”. Maksud Ayat: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” ayat 38, surah Ali-Imran.
2. Air rebusan buah zuriat boleh diminum pada bila-bila masa sahaja, malah buah ini juga kalau dia gosok-gosok ke sendi-sendi kita yang sakit, Insya Allah akan menyembuhkan lenguh dan terasa kelegaannya.
Jadi kepada suami isteri yang ingin mudah mendapakan zuriat bolehla mencubanya nanti. Admin ucapkan, Selamat mencuba dan doakan semoga berjaya memperolehi cahaya mata. 

Nota Kaki : Tapi kesemuanya bergantung juga dengan Izin Allah SWT

Sunday, 6 January 2013

Segmen : Saya Blogger Negeri .......

Sunday, January 06, 2013 18
Segmen : Saya Blogger Negeri .......
Assalammualaikum
wahh..menariknya segmen ni ! apa lagi .. jom la joinn segmen dari Apit nie ! sila tekan banner 'paddle pop' diatas utk join ye ! Jaja tag semua Followers Jaja utk join !
Jaja ekceli dari Perak ... tapi , Jaja mula active berblogging sejak Jaja stay kat Shah Alam , Selangor ! So,decide punya decide ! Jaja nk letak..Blogger dari Selangor..sebab sepanjang masa Jaja ada disini .. cuti sem je balik Perak !!! So , Jaja Blogger dari Selangor !
Ape yang menarik disekitar tempat Jaja tinggal nie ? errr..yang paling Jaja sukaaaa... Ayam Penyet Wong Solo ! nyummy sedap ~ selalu lepak situ !! tempat menarik utk meluangkan masa seisi keluarga adalah di I-city Shah Alam & di Wet World ~ itu lah tempat yang dekat !
kalau nak shopping boleh ke Sunway Pyramid..dekat dengan Sunway Lagoon ! boleh bermandi-mandi dan bersuka ria ! errrr...tu je kot ! ngeeee..xtau nk cite ape dah !
Kalo tengok wayang selalu lepak Space U 8 ! hihihi..kalau tengok bola .. mana lagi kalau bukan Stadium Malawati Shah Alam !! kalau dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus and da geng plak mana lagi kalau bukan Masjid Negeri Shah Alam dan Dataran Kemerdekaan Shah Alam ! ffuuhhh

Saturday, 5 January 2013

Siswi UM Dipercayai Hilang !

Saturday, January 05, 2013 7
Siswi UM Dipercayai Hilang !
Assalammualaikum
diceritakan bahawa pelajar di atas telah hilang beberapa hari yang lalu..untuk mendapatkan kesahihan cerita tersebut..Jaja telah pon direct msg dengan nombor yang tertera dan call pihak berwajib..dan call pihak UM juga ! nampaknya mmg berita kehilangan siswi ini adalah SAHIH ! dan bukan sekadar cerita sahaja...sehingga ke hari ini , siswi ini masih belom ditemui lagi !! semoga Allah memelihara nya..
di atas adalah no Lecturer dia dan bukan no ibu seperti yang diberikan didalam maklumat sebelum ini . Diharap pihak yg bertanggujawab lebih berhati-hati selepas ini dalam memberikan details yg benar ! Utk mendapatkan maklumat lanjut atau korang2 ade maklumat tentang siswi ni..boleh segera contact Dr Adib ye...
kali ni kalau dapat berita2 cmni...Jaja kene terus tanya pihak berwajib sebab xmau jadi kes mcm aritu ! berita palsu dihebah-hebahkan .. Jaja yg dipersalahkan =.= !
 kat bawah ni details mengenai siswi yang hilang tu
SILA HEBAHKAN !!!

Berikut adalah maklumat mengenai seorang mahasiswi Universiti Malaya Kuala Lumpur yang sehingga kini masih tidak ditemui dan tidak dapat dihubungi ahli keluarganya : 

Nama : Siti Shahira Zakaria
Jurusan : Pelajar Tahun 1 FSKTM Universiti Malaya
Kediaman : Penghuni Kolej Kediaman Ketiga Universiti Malaya


Kronologi kes : Kakak kepada Siti Shahira Zakaria telah menghantarnya pulang ke Kolej Kediaman Ketiga UM kira-kira dalam jam 9 malam. Sesampai sahaja di kolej, beliau meminta kakaknya membawanya ke Mesin Atm (Bank Islam) di UM. Namun disebabkan kekalutan kerana ingin menyediakan persiapan persekolahan anak, kakaknya meminta beliau pergi sendri ke sana.
Dan pada mlm 3/1/2013, kakak beliau datang ke bilik untuk berjumpa dengan adiknya kerana telefon bimbitnya tidak dijawab berkali-kali. Ahli sebiliknya juga mengatakan bahawa beliau tidak pulang sejak sekian lama. Keadaan menjadi semakin cemas, tetapi ade orang yang ternampak kelibatnya pada pagi 2/1/2013 di surau kolej. Pada malam 3/1/2013, 'spot check' telah dilakukan di setiap blok perempuan kolej oleh pihak kolej dan soal selidik dilakukan terhadap rakan dan rakan sebilik beliau. Dan semalam (4/1/2013), satu sesi solat hajat telah dilakukan di masjid IPG. Sehingga kini, beliau msih dalam pencarian. Pihak atasan (HEP) sudah dimaklumkan dan kawalan di UM sedang diperketatkan.

Mohon bantuan semua pihak !


Kisah Benar Seorang Tukang Gunting Yang Menyeramkan

Saturday, January 05, 2013 9
Kisah Benar Seorang Tukang Gunting Yang Menyeramkan

Assalammualaikum
Pada awal kurun ke19, ada sebuah kedai gunting rambut. kedai ini dimiliki oleh seorang lelaki. Setiap hari tokey kedai ini akan duduk di hadapan kedainya dan bertanya kepada orang yang lalu lalang, "Mahu potong kepala?". Kebanyakkan yang terdengar hanya akan tersenyum. Sesiapa yang menjawap, "Tak lah, saya nak potong rambut" akan terselamat.

Tetapi bagi mereka yang menjawap "Ya" dan menganggap si tukang gunting rambut bergurau akan menerima nasib malang. Sesudah disiapkan di atas kerusi gunting rambut, dipakaikan kain alas untuk mengelakkan rambut jatuh di atas baju, si tukang gunting akan menyuntikkan ubat Anesthesia secara rahsia kepada mangsa. Ubat ini akan menyebabkan mangsa menjadi kebas/lumpuh dan tidak merasa sebarang kesakitan. Tukang gunting akan perlahan-lahan menghiris bahagian atas kepala mangsa hingga menampakkan otak.
Mangsa yang tidak boleh bergerak tidak akan merasa apa-apa. Tidah boleh menjerit dan hanya mampu melihat di cermin dirinya diseksa oleh tukang gunting yang kejam itu. Mangsa juga boleh mendengar dengan jelas bunyi hirisan pisau di kepalanya dan bunyi tukang gunting rambut mengoyakkan lapisan kulit kepalanya dengan perlahan-lahan dan ia kedengaran seperti mengoyak kain.
Sehinggalah sebahagian daripada tengkorak sudah dipotong dan menampakkan otak, barulah kesan Anesthesia tadi beransur-ansur hilang. Dan kesakitan akan mula terasa. Pada saat itu tukang gunting akan merentap otak mangsa dengan kuat dan mangsa akan mati dalam kesakitan yang amat sangat.
Tukang gunting rambut biasanya akan mengambil gambar mangsa sebagai kenang-kenangan.