June 2014 - .

Thursday 19 June 2014

Pencarian Dropship

Thursday, June 19, 2014 0
Pencarian Dropship
Assalammualaikum
Hai semua , sebenarnya Jaja tengah mencari dropship untuk online business Jaja .. Untuk penjualan perfume ..
Apa itu dropship ? nak terang secara details , bahasa baku bagai takot nanti ada yang x paham .. Jaja terangkan simple je yer ... Dropship adalah perniagaan yang dijalankan orang ketiga tanpa menggunakan sebarang modal atau pun menyimpan stok barangan . Anda semua hanya perlu promote perfume Jaja . Tak kira lah melalui Instagram , Twitter , Facebook , Blog dan sebagainya . Sekiranya anda ada customer , dah deal semua ngan customer . Anda cuma perlu bank kan sahaja duit pada Jaja , dan segala proses pengeposan akan dilakukan sendiri oleh saya .
Fahami gambar dibawah :-
Sebagai contoh , Jaja akan tolak harga Perfume A pada kadar RM 10 .. anda boleh jual mengikut pada harga market iaitu dari RM10-RM50 .. sekiranya anda jual pada harga RM40 .. anda cuma perlu bank in RM10 sahaja pada Jaja .. RM 30 baki tersebut sudah menjadi duit anda sendiri . Selepas anda melakukan proses transaksi , anda diminta untuk mengemukakan bukti pembayaran pada Jaja. Selepas itu Jaja akan melakukan pengeposan dan apabila Jaja dapat trackking no . Anda perlu berikan trackking no itu kepada customer anda sebagai rujukan !
Sekiranya , anda mencapai target iaitu dapat menjual 10 botol dalam masa sebulan . Jaja akan bagi reward , iaitu sebotol perfume . 
Oh ye , tiada sebarang penyingkiran sekiranya anda tidak mencapai target . Tak pe , tak capai target usaha lagi dan teruskan usaha . Kita tolong antara satu sama lain .
So , sesiapa yang berminat boleh lah segera Whatsapp Jaja untuk jadi agen dropship 017-3216469 (Jaja)
Terima Kasih
Boleh follow Instagram Jaja jugak
Facebook

Wednesday 11 June 2014

Giveaway Cash RM350 by Emas Putih

Wednesday, June 11, 2014 2
Giveaway Cash RM350 by Emas Putih

Tuesday 10 June 2014

Al-Fatihah buat Allahyarham Al Fadhil Ustaz Ahmad Mustafa Bin Haji Mohd Sidin

Tuesday, June 10, 2014 0
Al-Fatihah buat Allahyarham Al Fadhil Ustaz Ahmad Mustafa Bin Haji Mohd Sidin
Assalammualaikum
Innalillahiwainnalillahirojiunnn...
Dukacitanya dimaklumkan Al Fadhil Ustaz Ahmad Mustafa Hj Mohd Sidin, Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam telah kembali ke rahmatullah pada hari ini 9 Jun 2014 pukul 9.07 malam tadi. Jenazah akan dimandi dan dikafankan malam ini juga di Masjid Negeri Shah Alam.Marilah sama-sama kita mendoakan agar roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan aulia dan solihin. Al fatihah..
** Credit to : Mestica
Berita semalam , sudah pasti ramai yang terkejut dengan perkhabaran berita yang sangat menduka-citakan terutama sekali buat keluarga dan seluruh penduduk Shah Alam .. Jaja tahu tentang berita pemergian ustaz semalam dalam pukul 10 lebey macam tu .. rupa2nya dah ramai yang update kt FB ... hurmm ... jelan ketara kesedihan di wajah tunang Jaja... :'(
Teringat dalam beberapa bulan yang lepas , Jaja follow Abg Mus .. Khamis malam Jumaat .. utk sama2 baca Yassin di Masjid Negeri Shah Alam .. lepas habis je baca , Jaja tanya Abg Mus .. siapa ye .. lead baca Yassin tadi .. Abg Mus bgtahu .. Imam Besar Masjid Negeri ... hurrmm .... bila teringat tentang peristiwa tu , jadi sayu je .. sebab teringat gelagat terkial2 nak follow Allahyarham Ustaz baca Yassin time tu ... :')
Photo: Jenazah Imam Besar Selangor, Allahyarham Ahmad Mustafa Mohd Sidin Al Murqi di tempatkan diruang tengah dewan bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham sebelum di kebumikan pada pagi ini. -Foto Roslin Mat Tahir
 Berita Lanjut: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ImamBesarMasjidShahAlammeninggaldunia/Article
Imam Besar Masjid Shah Alam meninggal dunia
Jenazah Imam Besar Selangor, Allahyarham Ahmad Mustafa Mohd Sidin Al Murqi di tempatkan diruang tengah dewan bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham sebelum di kebumikan pada pagi ini.
Pagi tadi , cuaca mendung sangat dan hujan juga turun membasahi bumi Shah Alam seakan-akan turut sama bersedih di atas pemergian Allahyarham Ustaz Mustafa ... :') Ramadhan kian hampir , pasti ramai yang terasa kehilangan sangat ... lebih2 lagi di waktu Terawikh nanti .... :')
Selalunyaa...beliau lah yang berada di hadapan .. mengimamkan makmum yg lain ... tapi hari ini ... beliau masih ada lagi di hadapan ... tapi ....  makmum2 yg menyolatkan beliau pula... Ya Allah .. 
** Untuk pengetahuan semua , Allahyarham mengadu sesak nafas pada 4 Jun yang lalu dan dimasukkan ke Hospital Selayang , sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Koronari  (CCU) IJN .

Allahyarham lahir pada 26 Disember 1974.
al-FatihahAllahyarham mendapat pendidikan awal Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu, Selangor dan Markas Tahfil Al-Quran Wal Qiraat Masjid Negeri (MARTAH)
Kemudian menyambung pelajaran untuk Diploma Tahfiz Al-Quran wal Qiraat (Darul Quran, Malaysia) dan Ijazah Tahassus Qiraat (University Al-Azhar, Mesir).
Warga Media Selangorkini mengucapkan takziah kepada keluarga dan didoakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan para Anbia dan Solehin.
Al-Fatihah….
Sedikit sedutan Solat Terawih bersama Allahyarham

Semoga roh Allahyarham sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah SWT ... 

Persiapan Perkahwinan

Tuesday, June 10, 2014 0
Persiapan Perkahwinan


Assalammualaikum
Pe habaq sumaa .. ohh menn .. kawan dah bising kenapa tak nak update pasal wedding dekat blog ... sob3... bukan xnak .. lama lagi nie..nanti dah nak dekat2 baru Jaja update..dalam bulan 8 ke..hehehe..boleh macam tu .. bebawak sabaq naaa...
Overall , untuk yang sebelah perempuan di Bidor .. alhamdulillah...setakat ni semua berjalan dengan lancar .. barang-barang pon dah beli sikit2 .. beli sikit2 xpe...xde la terasa banyak sangat kuar duit nya walaupun hakikat memang banyak duit yg kuar dan habis buat perbelanjaan perkahwinan nie ..
baju warna apa ? tema ? hantaran ? pelamin ... errrr..ala ... tak surprizeee lah kan kalau bgtahu awal2 ... errr... boleh camtu ? jenuh nak menahan perasaan ingin berkongsi di media sosial ni taoo .. tp Abg Mus yang tak bagi .. kalo Abg Mus xkisah .. agaknya dari A-Z dok cita leni ! ngeeee...~
So far , di sebelah Bidor utk baju pengantin , photographer , videographer , make up artist , photo & candybooth , bilik pengantin , pelamin , henna , door gift , bunga2 , segala jenis perabot bagai .. alhamdulillah dah settlleee..~
Untuk di Shah Alam pon sama , segala dewan , pelamin , baju , make up artist , photog , videographer , semua dah settle .. tinggal sket2 aje lagi .. xpe , tu Abg Mus dan family yg akan uruskan .. Jaja just touch up sesikit jee...
Actually , Jaja sangat x sabar untuk buat kad kawen , banner , button , bunting , mock up cheque , poster , frame dll ... hehe .. itu semua kerja Abg Mus .. Abg Mus leh design dan buat sendiri semuanya .. ehem ! nampak x save bajet sangat disitu .. :D
Abg Mus kata buat dalam bulan puasa nanti .. masa tu x busy sangat .. so Abg Mus boleh terus fokus dalam menyiapkan segala tugasan utk wedding kami nanti ..
Hope , dapat settle semuanya sebelum bulan 10 ! baru lah x tergesa2 .. :)
Nanti dah siap bagai .. Jaja sharekan dengan korang semua ok .. lepas da settle semua bab design-mendesign .. ingat nak terus beli barang hantaran .. lepas raya lah kot..kan ? dalam bulan 8 @ 9 .. hantaran ? biasa2 ajee lah .. sebabnya masa bertunang dulu dah bagi banyak barang .. utk nikah ni , barangan hantaran akan lebih kepada Islamic ... itu pun akan Jaja kongsikan dengan semuaa ! 
Wokey semua .. tunggu Jaja update utk next chapter about WeddingPreparationOfSaddiqAndJaja !

** segala komen negative x diperlukan ! thank you ~ loserrrrr ~ hehehe.. sakit hati pulak die bace blog kitee yer~ kekekke

Monday 2 June 2014

Review Product - Cashmere (Gold Double Stem Cell Serum)

Monday, June 02, 2014 0
Review Product - Cashmere (Gold Double Stem Cell Serum)
Assalammualaikum
Pernah dengar tak product ni ? xpenah ? ok .. xmustahil kalau x dengar sebab ni product terbaru di pasaran .
Terbaru..xkuar tv ? tak de iklan ? eh...siapa yg cakap ?? dah keluar tv dan majalah dah pon sayang .. :) 
buat apa anda guna product yang mahal2 dan bermacam2 jenis sedangkan anda boleh dapat 3 dalam 1 dengan menggunakan satu jenis product ni ~ Serum , Vitamin C dan Double Stem Cell ! jimat kan ? anda boleh dapat semua ni hanya didalam satu botol ! Ianya juga adalah 100% product bumiputera dan juga mempunyai kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia . dijamin selamat !
Perlancaran pun baru-baru ni dah dibuat ! cuma Jaja xberkesempatan je nak pegi...hehe..apa itu Gold Double Stem Cell Serum ? ok ... sini nak bagitahu dulu kelebihan dia ..

Mari Jaja kongsikan kehebatan lain mengenai produk Cashmere ni ... 
1- Tinggi anti-oksidan untuk melindungi kulit daripada kesan negatif luar seperti cahaya matahari , perubahan cuaca , pencemaran udara , asap rokok dan sebagainya .
2- Merangsang pembentukan kolagen kulit yang akan menjaga keanjalan , kekenyalan , kelenturan dan kehalusan kulit . (Anti-aging & Anti-Wrinkle)
3- Mencerahkan kulit tanpa kesan sampingan . Dengan adanya Vitamin C kulit akan kelihatan lebih cerah semulajadi dan mampu membuatkan kulit sentiasa kelihatan lembap
4- Menghilangkan bintik hitam
5- Menyamarkan kedutan , kantung mata (eyebag) dan lingkaran hitam bawah mata 
6- Melambatkan pembentukan garis-garis halus
7- Mencegah luka jerawat dan menutupnya rapat 
8- Mencegah kesan buruk sinar UV matahari yang terik

Bahan-bahan utama didalam product Gold Double Stem Cell Serum
1- Cucumber Extract
2- Kaempferia Root Extract
3- Green Tea Extract
4- Licorice Extract
5- Solar Vitis
6- Malus Domestica
7- Vitamin A,C,E
8- Hyaluronic Acid
9- Palmitoyl Tetrapeptide
10- Palmioyl Olgipeptide
Cara-cara Pemakaian Gold Double Stem Cell Serum
Cashmere Gold Double Stem Cell Serum adalah dalam bentuk cecair pekat di dalam botol premium yang berkapasiti 30ml

1- Sapukan dimuka sehari sekali pada setiap malam sebelum tidur
2- Cuci muka anda dengan bersih ketika anda bangun pada keesokkan harinya

Ia juga boleh digunakan di siang hari sebelum anda memakai foundation

1- Sapukan dimuka selepas anda mencuci muka ! sebelum anda memakai foundation yaa..pastikan tidak menggunakan toner sebelum @ selepas pemakain serum ini untuk membuatkan ia meresap ke dalam kulit
2- Tunggu sehingga kering dan mulakan memakai foundation seperti biasa . 
* satu botol , tahan sehingga 1 - 2 bulan bergantung pada kekerapan anda memakai serum ini

Testimoni .. Ibu kepada Datin Joy dan Mertua kepada Dato' Ray
Tanpa edit mahupun 360 camera yaa ...
Pasti ramai yang terganggu oleh cantikmu itu ..
Say whatt ???
Cashmeree !!!

** Harga untuk sebotol serum ini adalah RM 149 sahaja. Sesiapa yang berminat boleh la segera menghubungi Jaja untuk mendapatkan product ni .. COD area Shah Alam & Puncak Alam sahaja ..  luar dari kawasan tersebut Jaja akan pos menggunakan Pos Laju ..017-3216469 (Jaja) - Msg/Call/Whatsapp
CMD 050601

Big thanks untuk Dato'Ray & Datin Joy 
malaikat kecil mereka .. Aryyan Firdaus