Assalammualaikum
.
.
.
.
.
Terlebih dahulu,marilah kita bersama2 menyedekahkan surah Al-Fatihah buat arwah adik Yasmin..
okeh..macam ni..semalam..masa Jaja tengah online2..tiba2 nampak pasal artikel ni di salah seorang blogger juga..mengenai kematian blogger 3 June 2012 (11.50 PM) yg lalu..
Actually,Jaja baru tau ttg nie...urm..setelah genap 100 hari pemergian beliau..takziah Jaja ucapkan kepada keluarga..even Jaja xkenal arwah..xpenah sembang ngan arwah.. :'( tetapi,sebagai sesama Muslim,blogger Jaja turut sedih dan b'simpati dengan apa yang menimpa arwah..
Oleh kerana sikap ketidak puasan hati Jaja nie..Jaja pon dari pagi sampai petang,petang sampai malam..wat research pasal arwah adik Yasmin..search punya search..hasilnya adalah seperti dibawah !
arwah Yasmin J Hunwick adalah salah seorang blogger muda yang bakal mengambil peperiksaan SPM pada tahun ini . Arwah merupa anak sulung kepada pasangan Encik Johan & Puan Sazlina . Arwah meninggal setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya di Langkawi .
berdarah kacukan Inggeris (England) + Melayu & seorang pemain piano juga.. :)
Sedikit video arwah bermain piano : Sumber Page Arwah
Nama Sebenar : Yasmin Johan Eusoffe
Nama Famous Samaran : Yasmin J Hunwick
Tarikh Lahir : 22.2.1995
Asal : Georgetown, Penang
Menetap : Langkawi, Kedah
Status : Yang pasti aku tak kahwin lagi.
Seorang yang : periang , tidak suka perkara remeh temeh , suka berkawan , agak kasar , open-minded , pendiam pada mulanya berkawan tapi akan menggila kemudian , pemain piano , catur , arimathical ,cheerleader.
Tinggi : 164 cm
Berat : 43.2kg
Ciri ciri Fizikal : sangat kurus , berdarah kacukan melayu-inggeris , berjerawat pasir -..-
Sebelum kemalangan menimpa arwah , arwah ada memuat naik gambar sebuah buku
7 Malam Pertama di Alam Kubur
dan
"tweet" di Twitter mengenai mimpi buruk yang beliau alami . Nampaknya arwah sudah b'sedia lebih awal sebelum ke alam barzakh..
berikut pula adalah artikel mengenai kemalangan yang menimpa arwah bersama 2 sahabat beliau
Keratan Akhbar Berita Harian (METRO) LANGKAWI: “Anak saya sempat menelefon ibunya sebelum kemalangan ngeri itu, namun panggilannya terputus selepas dirempuh van berkenaan.” Begitu kata Ridzuan Abdul Rahman, 41, bapa Nur Afipah Ainaa, 16, seorang daripada tiga pelajar yang maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah van pelancong dalam kemalangan di simpang lampu isyarat di Kampung Padang Gaung, Langkawi, semalam. Kejadian berlaku jam 12 tengah malam menyebabkan ketiga-tiga mangsa maut akibat parah di badan dan kepala selepas van terbabit gagal mengelak motosikal dinaiki mereka yang cuba melakukan pusingan U. Ridzuan berkata, Nur Afipah bersama rakannya, Nor Hazwani Mansor, 16, membonceng motosikal ditunggangi Yasmin Johari, 17, menghubungi isterinya, Rohana Abdul Hamid, 38, beberapa saat sebelum kejadian. “Selepas panggilan terputus, isteri saya cuba menghubunginya, namun gagal menyebabkan dia mengesyaki sesuatu yang tidak baik berlaku,” katanya. Menurutnya, perasaan itu ternyata benar selepas dimaklumkan abang kembar Nur Afipah, Mohd Afiq Akmal, 16, bahawa adiknya itu meninggal dunia selepas terbabit kemalangan. Ridzuan berkata, lebih memilukan apabila dia mengetahui kejadian menimpa Nur Afipah daripada Mohd Afiq Akmal sedangkan lokasi kemalangan berkenaan hanya 100 meter daripada rumah mereka di Taman Medan Berjaya di Langkawi. Katanya, apabila mendapat tahu anaknya maut dalam kemalangan itu, dia mengalirkan air mata sejurus mengenangkan hasrat arwah mahu menghadiahkan rumah kepada mereka beberapa jam sebelum kejadian. “Anak saya seorang periang dan terlalu rapat dengan kami termasuk kembar lelakinya yang belajar di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) di Kuala Lumpur. “Saya mempunyai dua anak dan selepas ketiadaannya, hanya tinggal anak lelaki yang sentiasa mengingatkan saya kepada arwah,” katanya. Jenazah Nur Afipah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Kuah, manakala dua rakannya masing-masing dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Penghulu dan Tanah Perkuburan Islam Masjid Kelibang, Langkawi.
Polis ambil keterangan dari pemandu vanPolis sudah mengambil keterangan daripada pemandu van pelancong berusia 38 tahun selepas kenderaan dipandunya terbabit kemalangan mengakibatkan kematian tiga remaja perempuan di persimpangan lampu isyarat Kampung Padang Gaung, di sini, semalam.Kejadian berlaku jam 12 tengah malam apabila motosikal dinaiki tiga remaja yang tidak memakai topi keledar terbabit cuba membuat pusingan U sebelum dirempuh van berkenaan yang gagal mengelak. Ketiga-tiga mangsa, Yasmin Johari, 17, serta Nor Hazwani Mansor dan Nur Afipah Ainaa Ridzuan, masing-masing berusia 16 tahun, disahkan mati di tempat kejadian akibat parah di badan dan kepala.Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Harith Kam Abdullah ketika dihubungi berkata, kejadian berlaku apabila motosikal dinaiki tiga remaja itu cuba membuat pusingan U di persimpangan lampu isyarat berkenaan.“Siasatan awal mendapati van pelancong terbabit dari Ulu Melaka menghala Kuah gagal mengelak motosikal dinaiki tiga remaja itu yang cuba melakukan pusingan U di persimpangan lampu isyarat sebelum merempuhnya.“Berikutan itu, ketiga-tiga mangsa yang parah di badan dan kepala disahkan maut di tempat kejadian, manakala pemandu van terbabit terselamat,” katanya.
Berikut adalah gambar sewaktu di tempat kejadian
Gambar di bawah tidak dinyatakan bahawa itu adalah Yasmin..so,xsure siapa yang terlantar di bawah ini
Kat atas ni pula perbualan rakan-rakan arwah seperti yang telah dinyatakan oleh ibu arwah , keadaan anaknya tidak seperti yang dinyatakan di atas! Raya 2011..Raya terakhir bersama arwah..siapa sangka...ianya adalah raya arwah yang terakhir Raya 2012...tanpa arwah di pagi raya
Seterusnya,adalah artikel english yang tidak ramai mengetahui mengenai kejadian yang berlaku sebelum arwah Yasmin keluar dari rumah .
arwah keluar rumah setelah bergaduh dengan ayahnya pada pukul 11 malam..dan terlibat dalam kemalangan pada pukul 11.50 malam.. :'(
bukan salah sesiapa .. ini kerana Allah lebih menyanyangi arwah.. diharap uncle Johan dapat menerima Qada' & Qadar...
Tapi,alhamudulillah..arwah sempat mengucap dua kalimah syahadah dibantu oleh Auty Zira beberapa saat sebelum arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir....
Sekarang blog arwah , diupdate oleh ibunya sendiri..dimana ibunya menceritakan kisah2 semasa hayat arwah Yasmin.. :') berkongsi suka duka mengenai anak sulungnya.. ibunya juga turut memaparkan entry2 yang berada di dalam draf (blog) arwah dimana entry tersebut xsempat di publish oleh arwah..
berikut adalah blog dan page arwah
Allahyarhamah Yasmin J Hunwick
22 February 1995 - 3 June 2012
Al-Fatihah
semoga roh arwah adik Yasmin dicucuri rahmat..
13 comments:
al-fatihah ~
Takziah pada keluarga arwah.. semoga roh arwah di tempatkan bersama-sama orang yang soleh dan solehah, amin.
Mekasih Jaja gan info ni. kita tak taw pun sebelum ni
@Ct Noraishah
sama2.. :) ye..Jaja pun baru tau..
Ya Allah sedihnya.. Teringat arwah sepupu saya yang juga meninggal pada usia 17 tahun sebelum menduduki SPM. Al-Fatihah untuk arwah..:( http://www.aimisyahirah.com/2011/07/pemergianmu-amat-merentap-tangkai-hati.html
:'( kesian dia.. tak sempat nak smbut hari raya tahun ni..
@✉ ¥ana Fauzi ✉
ha`ah..xsempat..siapa tahu kan..raya tahun lepas ..adalah raya terakhir arwah.. :(
alfatihah..iman meme penah baca spe arwan yasmin time 2 beberapa hri arwah meninggal.hari ni bru iman tau smeua nya dri blog jaja
al-fatihah.. sebak rasa baca.. mati tak kenal usia..
Al-Fatihah. Mengalir air mata saya tanpa sedar. Semoga Allah ampunkan dosa sepanjang hayat arwah. Semoga Allah bagi kita semua peluang untuk mengakhiri hidup kita dengan cara yang paling diredhaiNya. Aaminn.
yg dlm gambar kemalangan tu ,gmbar arwah yasmin ke??
Tak sangka. Fie ada baca berita nie dalam Metro rasa nya. Tak sangka arwah Yasmin. Moga-moga arwah ditempatkan dalam kalangan yang diredhai Allah
@am|rul semp0y
oh..xsure..sebab x dinyatakan dalam paper
astaghfirullahalazim :'(
rasa nak menitis air mata bila baca entri jaja ni..tapi apa-apa pun takziah buat keluarga2 mangsa
semoga rohnya d'tmptkan di sisi Allah
AL FATIHAH
Post a Comment