.

Thursday, 19 June 2014

Pencarian Dropship

Thursday, June 19, 2014 0
Pencarian Dropship
Assalammualaikum
Hai semua , sebenarnya Jaja tengah mencari dropship untuk online business Jaja .. Untuk penjualan perfume ..
Apa itu dropship ? nak terang secara details , bahasa baku bagai takot nanti ada yang x paham .. Jaja terangkan simple je yer ... Dropship adalah perniagaan yang dijalankan orang ketiga tanpa menggunakan sebarang modal atau pun menyimpan stok barangan . Anda semua hanya perlu promote perfume Jaja . Tak kira lah melalui Instagram , Twitter , Facebook , Blog dan sebagainya . Sekiranya anda ada customer , dah deal semua ngan customer . Anda cuma perlu bank kan sahaja duit pada Jaja , dan segala proses pengeposan akan dilakukan sendiri oleh saya .
Fahami gambar dibawah :-
Sebagai contoh , Jaja akan tolak harga Perfume A pada kadar RM 10 .. anda boleh jual mengikut pada harga market iaitu dari RM10-RM50 .. sekiranya anda jual pada harga RM40 .. anda cuma perlu bank in RM10 sahaja pada Jaja .. RM 30 baki tersebut sudah menjadi duit anda sendiri . Selepas anda melakukan proses transaksi , anda diminta untuk mengemukakan bukti pembayaran pada Jaja. Selepas itu Jaja akan melakukan pengeposan dan apabila Jaja dapat trackking no . Anda perlu berikan trackking no itu kepada customer anda sebagai rujukan !
Sekiranya , anda mencapai target iaitu dapat menjual 10 botol dalam masa sebulan . Jaja akan bagi reward , iaitu sebotol perfume . 
Oh ye , tiada sebarang penyingkiran sekiranya anda tidak mencapai target . Tak pe , tak capai target usaha lagi dan teruskan usaha . Kita tolong antara satu sama lain .
So , sesiapa yang berminat boleh lah segera Whatsapp Jaja untuk jadi agen dropship 017-3216469 (Jaja)
Terima Kasih
Boleh follow Instagram Jaja jugak
Facebook

Wednesday, 11 June 2014

Giveaway Cash RM350 by Emas Putih

Wednesday, June 11, 2014 2
Giveaway Cash RM350 by Emas Putih

Tuesday, 10 June 2014

Al-Fatihah buat Allahyarham Al Fadhil Ustaz Ahmad Mustafa Bin Haji Mohd Sidin

Tuesday, June 10, 2014 0
Al-Fatihah buat Allahyarham Al Fadhil Ustaz Ahmad Mustafa Bin Haji Mohd Sidin
Assalammualaikum
Innalillahiwainnalillahirojiunnn...
Dukacitanya dimaklumkan Al Fadhil Ustaz Ahmad Mustafa Hj Mohd Sidin, Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam telah kembali ke rahmatullah pada hari ini 9 Jun 2014 pukul 9.07 malam tadi. Jenazah akan dimandi dan dikafankan malam ini juga di Masjid Negeri Shah Alam.Marilah sama-sama kita mendoakan agar roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan aulia dan solihin. Al fatihah..
** Credit to : Mestica
Berita semalam , sudah pasti ramai yang terkejut dengan perkhabaran berita yang sangat menduka-citakan terutama sekali buat keluarga dan seluruh penduduk Shah Alam .. Jaja tahu tentang berita pemergian ustaz semalam dalam pukul 10 lebey macam tu .. rupa2nya dah ramai yang update kt FB ... hurmm ... jelan ketara kesedihan di wajah tunang Jaja... :'(
Teringat dalam beberapa bulan yang lepas , Jaja follow Abg Mus .. Khamis malam Jumaat .. utk sama2 baca Yassin di Masjid Negeri Shah Alam .. lepas habis je baca , Jaja tanya Abg Mus .. siapa ye .. lead baca Yassin tadi .. Abg Mus bgtahu .. Imam Besar Masjid Negeri ... hurrmm .... bila teringat tentang peristiwa tu , jadi sayu je .. sebab teringat gelagat terkial2 nak follow Allahyarham Ustaz baca Yassin time tu ... :')
Photo: Jenazah Imam Besar Selangor, Allahyarham Ahmad Mustafa Mohd Sidin Al Murqi di tempatkan diruang tengah dewan bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham sebelum di kebumikan pada pagi ini. -Foto Roslin Mat Tahir
 Berita Lanjut: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ImamBesarMasjidShahAlammeninggaldunia/Article
Imam Besar Masjid Shah Alam meninggal dunia
Jenazah Imam Besar Selangor, Allahyarham Ahmad Mustafa Mohd Sidin Al Murqi di tempatkan diruang tengah dewan bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham sebelum di kebumikan pada pagi ini.
Pagi tadi , cuaca mendung sangat dan hujan juga turun membasahi bumi Shah Alam seakan-akan turut sama bersedih di atas pemergian Allahyarham Ustaz Mustafa ... :') Ramadhan kian hampir , pasti ramai yang terasa kehilangan sangat ... lebih2 lagi di waktu Terawikh nanti .... :')
Selalunyaa...beliau lah yang berada di hadapan .. mengimamkan makmum yg lain ... tapi hari ini ... beliau masih ada lagi di hadapan ... tapi ....  makmum2 yg menyolatkan beliau pula... Ya Allah .. 
** Untuk pengetahuan semua , Allahyarham mengadu sesak nafas pada 4 Jun yang lalu dan dimasukkan ke Hospital Selayang , sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Koronari  (CCU) IJN .

Allahyarham lahir pada 26 Disember 1974.
al-FatihahAllahyarham mendapat pendidikan awal Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu, Selangor dan Markas Tahfil Al-Quran Wal Qiraat Masjid Negeri (MARTAH)
Kemudian menyambung pelajaran untuk Diploma Tahfiz Al-Quran wal Qiraat (Darul Quran, Malaysia) dan Ijazah Tahassus Qiraat (University Al-Azhar, Mesir).
Warga Media Selangorkini mengucapkan takziah kepada keluarga dan didoakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan para Anbia dan Solehin.
Al-Fatihah….
Sedikit sedutan Solat Terawih bersama Allahyarham

Semoga roh Allahyarham sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah SWT ...