Al-Fatihah buat Allahyarham Al Fadhil Ustaz Ahmad Mustafa Bin Haji Mohd Sidin - .

Tuesday 10 June 2014

Al-Fatihah buat Allahyarham Al Fadhil Ustaz Ahmad Mustafa Bin Haji Mohd Sidin

Assalammualaikum
Innalillahiwainnalillahirojiunnn...
Dukacitanya dimaklumkan Al Fadhil Ustaz Ahmad Mustafa Hj Mohd Sidin, Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam telah kembali ke rahmatullah pada hari ini 9 Jun 2014 pukul 9.07 malam tadi. Jenazah akan dimandi dan dikafankan malam ini juga di Masjid Negeri Shah Alam.Marilah sama-sama kita mendoakan agar roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan aulia dan solihin. Al fatihah..
** Credit to : Mestica
Berita semalam , sudah pasti ramai yang terkejut dengan perkhabaran berita yang sangat menduka-citakan terutama sekali buat keluarga dan seluruh penduduk Shah Alam .. Jaja tahu tentang berita pemergian ustaz semalam dalam pukul 10 lebey macam tu .. rupa2nya dah ramai yang update kt FB ... hurmm ... jelan ketara kesedihan di wajah tunang Jaja... :'(
Teringat dalam beberapa bulan yang lepas , Jaja follow Abg Mus .. Khamis malam Jumaat .. utk sama2 baca Yassin di Masjid Negeri Shah Alam .. lepas habis je baca , Jaja tanya Abg Mus .. siapa ye .. lead baca Yassin tadi .. Abg Mus bgtahu .. Imam Besar Masjid Negeri ... hurrmm .... bila teringat tentang peristiwa tu , jadi sayu je .. sebab teringat gelagat terkial2 nak follow Allahyarham Ustaz baca Yassin time tu ... :')
Photo: Jenazah Imam Besar Selangor, Allahyarham Ahmad Mustafa Mohd Sidin Al Murqi di tempatkan diruang tengah dewan bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham sebelum di kebumikan pada pagi ini. -Foto Roslin Mat Tahir
 Berita Lanjut: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ImamBesarMasjidShahAlammeninggaldunia/Article
Imam Besar Masjid Shah Alam meninggal dunia
Jenazah Imam Besar Selangor, Allahyarham Ahmad Mustafa Mohd Sidin Al Murqi di tempatkan diruang tengah dewan bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham sebelum di kebumikan pada pagi ini.
Pagi tadi , cuaca mendung sangat dan hujan juga turun membasahi bumi Shah Alam seakan-akan turut sama bersedih di atas pemergian Allahyarham Ustaz Mustafa ... :') Ramadhan kian hampir , pasti ramai yang terasa kehilangan sangat ... lebih2 lagi di waktu Terawikh nanti .... :')
Selalunyaa...beliau lah yang berada di hadapan .. mengimamkan makmum yg lain ... tapi hari ini ... beliau masih ada lagi di hadapan ... tapi ....  makmum2 yg menyolatkan beliau pula... Ya Allah .. 
** Untuk pengetahuan semua , Allahyarham mengadu sesak nafas pada 4 Jun yang lalu dan dimasukkan ke Hospital Selayang , sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Koronari  (CCU) IJN .

Allahyarham lahir pada 26 Disember 1974.
al-FatihahAllahyarham mendapat pendidikan awal Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu, Selangor dan Markas Tahfil Al-Quran Wal Qiraat Masjid Negeri (MARTAH)
Kemudian menyambung pelajaran untuk Diploma Tahfiz Al-Quran wal Qiraat (Darul Quran, Malaysia) dan Ijazah Tahassus Qiraat (University Al-Azhar, Mesir).
Warga Media Selangorkini mengucapkan takziah kepada keluarga dan didoakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan para Anbia dan Solehin.
Al-Fatihah….
Sedikit sedutan Solat Terawih bersama Allahyarham

Semoga roh Allahyarham sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah SWT ... 

No comments: