Umat Islam Solat Di Dalam Gereja - .

Thursday 30 May 2013

Umat Islam Solat Di Dalam Gereja

Assalammualaikum
SEBUAH gereja di Scotland muncul sebagai gereja pertama di UK yang memberi peluang kepada umat Islam untuk berkongsi bangunan tersebut bagi menunaikan solat.
St John’s Episcopal Church di Aberdeen kini menerima beratus-ratus umat Islam menunaikan kewajipan lima kali sehari di gereja tersebut kerana masjid yang berdekatan, Masjid Jamek Syed Shah Mustafa terlalu kecil hinggakan jemaah terpaksa menunaikan solat di luar masjid.
Paderi gereja tersebut, Rev Isaac Poobalan, telah memberikan sebahagian daripada kawasan dewan gereja tersebut kepada Imam Besar, Ahmed Megharbi.
Ahmed mengimamkan solat di bahagian utama gereja (main chapel).
Poobalan berkata bahawa perkara tersebut adalah kewajipan beliau.
” Menunaikan solat adalah sesuatu yang baik. Tugas saya adalah untuk menggalakkan orang ramai supaya sentiasa berdoa. Saya dapati bahawa masjid tersebut menjadi terlalu sesak pada waktu-waktu tertentu. Apabila saya bertanyakan perkara ini kepada gereja, orang ramai memberi respon bahawa itu bukan masalah kami.
” Namun, saya menganggap perkara ini sebagai masalah bagi saya.
” Saya tidak sanggup lagi melihat umat Islam terpaksa menunaikan solat di kawasan luar masjid… ini kerana cuaca di luar amat sejuk,” katanya.
Poobalan menambah, beliau ingin meningkatkan usaha serta menjalinkan hubungan baik di antara penganut Kristian dan Islam di sana.
“Ini adalah satu perkara asas dan mudah. Tiada kaitan dengan agama – ini hanyalah satu keperluan manusia. Perbezaan agama tidak sepatutnya meluaskan jurang antara manusia.
” Pada mulanya apabila saya memberikan cadangan ini kepada imam, beliau juga ragu-ragu, kerana perkara seperti ini belum pernah terjadi.
“Namun, pihak masjid telah menerima cadangan tersebut dan hubungan antara masjid dan gereja ini menunjukkan kesan yang positif,” katanya.
Semenatra itu, Ahmed Megharbi menyatakan bahawa perkara ini adalah sesuatu yang istimewa dan sepatutnya tidak menjadi masalah jika diaplikasikan di seluruh negara tersebut. – Daily Mail UK

2 comments:

Farah Waheda Wahid said...

solat di mana2 pun boleh kan? janji urusan kita dengan Allah tertunai...

Unknown said...

Hebatnya!! Tapi, hati2 sbb mungkin ada agenda tersembunyi... :)