Assalammualaikum
Pada awal kurun ke19, ada sebuah kedai gunting rambut. kedai ini dimiliki oleh seorang lelaki. Setiap hari tokey kedai ini akan duduk di hadapan kedainya dan bertanya kepada orang yang lalu lalang, "Mahu potong kepala?". Kebanyakkan yang terdengar hanya akan tersenyum. Sesiapa yang menjawap, "Tak lah, saya nak potong rambut" akan terselamat.
Tetapi bagi mereka yang menjawap "Ya" dan menganggap si tukang gunting rambut bergurau akan menerima nasib malang. Sesudah disiapkan di atas kerusi gunting rambut, dipakaikan kain alas untuk mengelakkan rambut jatuh di atas baju, si tukang gunting akan menyuntikkan ubat Anesthesia secara rahsia kepada mangsa. Ubat ini akan menyebabkan mangsa menjadi kebas/lumpuh dan tidak merasa sebarang kesakitan. Tukang gunting akan perlahan-lahan menghiris bahagian atas kepala mangsa hingga menampakkan otak.
Mangsa yang tidak boleh bergerak tidak akan merasa apa-apa. Tidah boleh menjerit dan hanya mampu melihat di cermin dirinya diseksa oleh tukang gunting yang kejam itu. Mangsa juga boleh mendengar dengan jelas bunyi hirisan pisau di kepalanya dan bunyi tukang gunting rambut mengoyakkan lapisan kulit kepalanya dengan perlahan-lahan dan ia kedengaran seperti mengoyak kain.
Sehinggalah sebahagian daripada tengkorak sudah dipotong dan menampakkan otak, barulah kesan Anesthesia tadi beransur-ansur hilang. Dan kesakitan akan mula terasa. Pada saat itu tukang gunting akan merentap otak mangsa dengan kuat dan mangsa akan mati dalam kesakitan yang amat sangat.
Tukang gunting rambut biasanya akan mengambil gambar mangsa sebagai kenang-kenangan.
9 comments:
citer ni pernah dijadikan filem... nama filem tu tak tahu la.. tak ingat.. sbb sya pegi tgk sendiri filem ni ditayangkan... daging manusia tu dijadikan daging burger..
www.papablogger.my
eeewww...seramnya....
ya Allah, seramnyaa. nasib kat Malaysia takdak. :3
bongok betul ==
ni yang takut nak potong rambut ni.huhu
gile serammmmm!!!
seramnya..knp dengan tukang gunting tu? Dia sakit jiwa ke ?
ehh.rasa takut pulak nak ptong rmbut kt kedai.. :)
Post a Comment