Sedia Untuk Di Pos !! - .

Monday 1 October 2012

Sedia Untuk Di Pos !!

Assalammualaikum
.
.
.
.
.
TAHNIAH buat semua pemenang ~ 
seperti yang sedia maklum..Jaja adalah sponsor utk PESERTA TEMPAT PERTAMA dan TOP REFERRAL 

Tempat Pertama  (Shawl)

Top Refferal (Hair Ban,Earring,Eye Shadow,Brooch,Necklace)

Alhamdulillah..sangat senang b'kerjasama dgn dorang semua..sekejap je dah boleh dapat semua details !
hope semua para pemenang dapat menuntut hadiah dengan sponsor masing !

memandangkan hadiah yang Jaja nk pos kepada para pemenang..bernilai TIDAK LEBIH dari RM 50 ..
makanya , Jaja tidak menggunakan khidmat POS LAJU @ POS EXPRESS !
Jaja akan menggunakan khidmat POS BIASA sahaja..
Jaja juga tidak menggunakan khidmat INSURANCE yang ditawarkan oleh pihak POS MALAYSIA ~

Jadi,sekali lagi diingatkan..
TIADA GANTI RUGI yang akan dilakukan sekiranya barang anda tidak sampai kepada anda ..
ini kerana , banyak kebarangkalian boleh berlaku sekiranya kita tidak menggunakan khidmat POS LAJU ~

kalau kita guna POS LAJU...kita boleh detect siapa yang received barang tersebut dengan menggunakan khidmat Track&Trace ~
tapi kalau POS BIASA .. posmen akan masukkan sahaja kiriman di dalam peti surat !

Jadi sekiranya barangan yang dikirimkan oleh sponsor TIDAK SAMPAI ke tangan anda . Maka , itu bukan lagi kesalahan sponsor ! Sebab .. sponsor dah send menggunakan alamat yang telah anda berikan ~

JIKA TIDAK SAMPAI
-barangan mungkin hilang semasa proses utk m'agihkan barangan mengikut negeri
-barangan mungkin diletakkan di peti surat yang salah
-posmen mungkin tidak m'jumpai alamat kediaman yang diberikan ~

oleh itu , tindakan Jaja .. Jaja akan meletakkan no telefon anda di bawah alamat utk memudahkan orang yang menjumpai bungkusan barangan tersebut memulangkannya kepada anda ! 

ok SKEMA sudah ~
harap semua paham ye.. ^_^

Alhamdulillah..semua barangan GIVEAWAY Ramadhan sudah sampai kepada pemenang..cuma seorang pemenang tidak mendapat hadiah tersebut . Manakala , seorang pemenang mengalami kerosakkan
 barangan semasa proses pengeposan .

Pernah jadi kat Jaja...posmen letak sampul surat yg BUKAN alamat Jaja dalam peti surat umah Jaja ~ agaknye dia cari umah xjumpa ~ dia main letak je ! fuuhh ~

dan Jaja juga 2 3x menang GIVEAWAY .. sponsor juga TIDAK menggunakan khidmat POS LAJU kerana barangan tidak melebihi RM 50 . Tapi,alhamdulillah..kesemua GIVEAWAY sampai dengan selamat pada Jaja !! ^_^

*barangan pula TIDAK DIJAMIN sampai esok ! sebab ni BUKAN POS LAJU !

8 comments:

Unknown said...

fara dah ready pack-2 barang dah , siap dengan nota lagi . Tapi pemenang nya tak muncul-2 lagi

Jaja Sutera said...

@Farra Izzaty

hehehe...ruginya kalau tade yg tuntut !

Unknown said...

wah! tahniah buat pemenang:)

Maria Menado~ said...

sonoknya dapat hadiah! hehe..

Unknown said...

tahniah kpd yg berjaya....

misz uzmy said...

waahh untungla sape yg menang tu...

✉ ¥ana Fauzi ✉ said...

Untung laaa , untung laa , heeee

Unknown said...

nak hadiah jugak