Bangloku Runtuh ! - .

Friday 19 October 2012

Bangloku Runtuh !

Assalammualaikum
.
.
.
.
.
semalam..dalam pukol 8 lebih..mak call..sembang2 ngan mak..sambil2 tu mak Jaja tengah tengok TV3 .. ape lagi .. Jaja  ? i'm sorry .. Kami Boikot Buletin Utama TV3 ! <-- boleh click sini 
utk LIKE !
 temberang banyak  ! haha..

tiba2...mak kata ada banglo runtuh kat sek 7 ! Ya Allah..banglo mana ni ... jangan la banglo Jaja plissss !!
kata kt sec 7...cari punya cari..xsure banglo mana..
tup2 pagi tadi..ade yg cakap banglo sec 7 tu dekat kolej kediaman budak2 Uitm !! uwaaaaaaaaa!
betol la banglo Jaja tu...

Jaja ngat banglo tu still kat seksyen 2 lagi area dia..
rupa-rupanya dah masuk area seksyen 7..
sebab Shah Alam ni kan kawasan dia cmtu..kompiuss !

errk..banglo Jaja ?
sebenarnya..Jaja stay kat seksyen 7 , Shah Alam nie..
jadi..tiap2 hari Jaja akan guna jalan tu utk kemana-mana..Jaja pon selalu la usha2 banglo kat tepi jalan tu ~
mcam dah terjatuh cinta jugak la kat banglo tu ...
cantikk..

tiap kali lalu..musti nk usha..pastu mula la pasang angan2..nak letak katil kt situ,almari kat situ..
hahah..lawok2 !!
meh2..usha berita pasal banglo runtuh tu..
dah lari topik dah nie..

btw semalam , masa Jaja nk pegi tengok movie .. Jaja tserempak ngan ambulance & polis bagai..
Jaja rasa..masa tu..agaknya pekerja2 yang tertimbus tu baru di jumpai lah agaknya..
sebab ambulance kelam-kabut gila ! yela..lama kot t'timbus..bjam2 lama-nya..
mau x sesak nafas orang tu !
ade yg putus kaki..yg maut pon ade tau.. :'(
ni artikel nya..

[DIKEMAS KINI, JAM 12 TENGAH MALAM] SHAH ALAM - Seorang pekerja ubah suai rumah maut manakala lima yang lain selamat dalam kejadian konkrit banglo di Seksyen 7 di sini, yang masih dalam proses pengubahsuaian, runtuh kira-kira jam 4.30 petang tadi.
Bagaimanapun seorang daripada lima mangsa yang selamat terputus kaki dan telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan.
Kesemua mangsa merupakan pekerja dari Indonesia, berusia dalam lingkungan 30-an.
Kejadian berlaku di Jalan JED, 7/5, Seksyen 7, berhadapan dengan Kolej Kediaman Jati, Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Mangsa dikeluarkan secara berperingkat sejak jam 4.50 petang tadi dengan bantuan bomba. Kerja-kerja mencari dan menyelamat masih diteruskan.
Sementara itu, laporan Bernama dipetik berkata, polis mengesahkan mangsa sebenar kejadian runtuhan bumbung konkrit sebuah banglo hanya melibatkan enam pekerja binaan warga Indonesia.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob berkata, pada mulanya, pihaknya mendapat maklumat terdapat lapan pekerja terperangkap dalam kejadian itu tetapi kemudian dimaklumkan rakan sekerja mereka dikenali sebagai Supardi bahawa hanya enam mangsa yang terlibat.
Mangsa terakhir dikenali sebagai Kasmuji berjaya diselamatkan pada 10.15 malam dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.
Dalam kejadian petang tadi, seorang buruh binaan yang dikenali sebagai Totok Mochamad Anthony maut.
Mayat mangsa dikeluarkan pasukan penyelamat kira-kira 6.24 petang dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk bedah siasat.
Empat lagi pekerja binaan berusia lingkungan 30-an yang dikenali sebagai Afifin, Waras, Kabir dan Ghadami, yang putus kaki kanan, turut dihantar ke hospital itu.
Polis menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada kira-kira 4.29 petang berhubung kejadian di banglo No. 15, Jalan Jed 7/5A, Seksyen 7, milik seorang ahli perniagaan.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Othman Abdullah berkata, operasi menyelamat dihentikan pada 10.45 malam selepas mangsa keenam dibawa keluar dari runtuhan.
Beliau berkata, pihaknya menggunakan kren dengan kekuatan 40 tan bagi mengangkat runtuhan konkrit selain membuat terowong secara manual untuk menyalur bantuan gas oksigen kepada mangsa terakhir sebelum dibawa keluar.
"Konkrit agak berat termasuk dengan timbunan batu dan bomba terpaksa memotong beberapa bahagian runtuhan dalam keadaan sempit, kren pertama yang kita gunakan ialah bagi kekuatan 10 tan dan tidak membantu," katanya.
Beliau berkata, pihak bomba memanggil mangsa namun tidak disahut dan tiada sebarang tindak balas bagi mengesahkan masih ada yang terperangkap di bawah runtuhan itu.
Othman juga berkata, kerja pembersihan di kawasan runtuhan itu akan diteruskan sepanjang malam ini.
Operasi menyelamat, yang bermula kira-kira 5 petang, diteruskan walaupun hujan lebat bermula 9 malam.
Selain itu, khidmat anjing pengesan Unit K9, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor digunakan sepanjang operasi tersebut.
Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, ketika kejadian beliau sedang membaca akhbar dan mendengar bunyi dentuman kuat dari arah depan rumahnya.
“Mula-mula saya lihat tidak serius, hanya debu sahaja kelihatan. Tetapi setelah melihat bumbung rumah tersebut runtuh.
“Saya terus hubungi bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk maklumkan kejadian,” katanya ketika ditemui  di lokasi kejadian.
glurrp..ade orang mati kat situ..
kalo Jaja....bbrrr...xde nye nak duduk kt banglo tu !!
huuuu ~ taak0o0wttt !!

sekarang musim hujan..lebat gile kat Shah Alam ni..
mungkin itu salah satu faktor banglo ni runtuh agaknya..
Allahualam..

kejadian banglo runtuh ni xde kene-mengena ngan mana-mana parti politik ye !
ntah pape je dorang ni..
komen xguna otak..banglo yg runtuh..parti politik yg dipersalahkan..
haha..dunia2..


Jom Join GIVEAWAY Jaja !!
v
v
v
Click Sini Pliiisssss ! Muuah :*
  SINI , SINI , SINI , SINI , SINI , SINI ,SINI , SINI  


Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof

11 comments:

Anisa Anuar said...

dh lama construction nye... saya pun study sana jgk

dEdEQ dE wIshEs said...

EEH .. BANGLO RUNTUH LA .. HAHA .. MUKE CAM XBERSALAH JE .. SABAR ERK KAK JAJA .. XDE REZEKI NK DPTKN BGLO TU

Unknown said...

lawa gak tengok tu,tapi sayang dah runtuh..tak da rezeki laa jaja nak berangan camtu kena cari banglo lain :P

Jaja Sutera said...

@Anisa Anuar

yep..mmg dah lama..yg ni tgh ubah suai je..sob3

Jaja Sutera said...

@dEdEQ dE wIshEs

hehe..xde la sampai nk dpatkan banglo ni..just berangan je..ngeeee

Jaja Sutera said...

@NURUL ◕‿◕

banglo sebelah die plak la..tp,kalo sama runtuh jugak..
mmg...mmg xboleh berangan dah !

Maria Menado~ said...

tragedi lah kak jaja... ishk. takot nak duduk situ la.

Reena Sidek said...

semalam tak tengok tv... baru tengok berita ni pagi tadi...

Azza Afdzal said...

banglo pun boleh runtuh..kalau saya cnfm xberani nak duduk dalam tu lagi hihi

Sammy Winchester said...

haha~saya pown duk UiTM S.A gak.. tapi jarang kuar dari kolej mawar~
--_____--

hee~

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

ada dengar berita ne mlm td... xpe bnyak lg banglo yg cntik lg untuk jaja