Assalammualaikum
.
.
.
.
.
Petikan dari Berita Harian Sisipan Hip 30 October 2012
"Siapa sangka lagu paduan suara Shaheizy Sam dan Yana Samsudin berjudul Begini Caranya yang dimuatkan dalam filem lakonan mereka, Aku Ada, Kau Ada muncul antara 30 lagu yang tersenarai ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 27. Lagu dan lirik ciptaan Ajai itu bakal bertanding pada minggu kedua bersama 11 lagu lain. Pastinya berita itu bukan saja menggembirakan si penyanyi, tetapi juga peminat dua pelakon berkenaan. Tentunya mereka juga tidak sabar untuk melihat artis kesayangan beraksi pada pertandingan tahunan berprestij itu selepas berhempas-pulas mengundi lagu berkenaan di laman web Muzik-Muzik. Namun berita gembira itu akhirnya bersulam duka apabila Pengurus Primeworks Studios Sdn Bhd, Muhamad Sufian Che Isa, mengesahkan dua pelakon itu tidak akan menyanyikan lagu mereka pada peringkat separuh akhir.
"Pihak kami sudah dimaklumkan Sam dan Yana tidak akan menyampaikan lagu itu. Tempat mereka akan digantikan dengan komposer lagu itu sendiri, Ajai, dan Marsha. Mereka tidak dapat menyertai pertandingan ini kerana tidak mendapat pelepasan daripada pihak pengurusan ( MiG Online )"; terang Sufian ketika ditemui pada majlis pengumuman 30 lagu yang layak ke separuh akhir pertandingan itu serta undian angka giliran di Damansara Perdana, semalam.
Hadir sama, barisan komposer dan penyanyi yang bertanding, antaranya Aizat, Shila Amzah, Tam Spider, Black, Hazama, Mojo, Drama Band, One Nation Emcess, Jimmy Palikat, Sofazr, Hyper Act, Diandra Arjunaidi dan Aina Tasneem. Walaupun pertukaran penyanyi menjadi perkara biasa bagi program ini, namun tidakkah tindakan itu akan mengecewakan peminat yang mengundi memandangkan faktor populariti juga menjadi penyebab mengapa nama mereka tersenarai ke Lagu tanpa penyanyi. Begini Caranya layak ke separuh akhir, tetapi Sam dan Yana gagal dapat pelepasan MIG peringkat terbabit. Menjawab persoalan itu, Sufian berkata, semua itu berbalik kepada objektif asal program.
Tolong Jaja click
v
v
v
v
v
No comments:
Post a Comment