Malam LailatulQadar Ke?? - .

Tuesday 14 August 2012

Malam LailatulQadar Ke??


Assalammualaikum
.
.
.
.
.

Malam Lailatul Qadar ?? bilaa?? haaaa..tengok lirik kat bawah nie..


10 akhir Ramadhan
dikurniakan Lailatul Qadar
malam yang terbaik
diumpamakan seribu bulan ♥

~Kemuliaan Ramadhan = In-team Ft. UNIC

Pagi tadi..selak2 je langsir bilik Jaja...angin sejuk menerpa masuk terus ke dalam bilik..bila Jaja tengok dekat luar sayu jer.. :)
matarhari naik .. tapi,xpanas..mendung je..
Subhanallah..malam tadi ke "Malam 1000 Bulan"
kalau betul..
untung siapa yg beribadah malam tadi..
Alhamdulillah..kepada yg berjumpa dengan Malam LailatulQadar..

Jaja ada cerita nk share ngan koang.. :)
nenek Jaja cerita..arwah ayah dia..baru balik dari masjid..dalam kol 5 pagi..lepas imsak la kot..
pastu kan..alaa..dlu2..kat kampung...kena lalu denai2..
masa tu arwah ayah nenek Jaja tu ckp..
dalam denai or hutan tu..pokok2 semua tumbang..mcm baru lepas ribut..

lepas tu..keesokkan hari nya..arwah ayah nenek Jaja tu lalu balik kat denai2 tu..
tp,elok je..macam tadek ape yg berlaku..
huuu~
kata orang..kalau malam LailatulQadar ni..
pokok2,semua kehidupan akan tunduk menyembah bumi..
seakan2 meraikan malaikat yg turun.. :)
Allahuallam..


Ok..kat sini Jaja ade terjumpa  2 3 point mengenai Malam LailatulQadar..
ciri-ciri Malam LailatulQadar adalah seperti :

  • kebiasaan seranggan yang bebunyi akan senyap pada malam tu
  • suasana malam tu rasa macam suam-suam kuku
  • hati manusia yang bangun pada malam tu akan rasa tenang
  • malam itu terang
  • pada keesokkan hari langit akan mendung disebabkan malaikat2 sedang naik semula ke langit

Allahuallam

*Teruskan mencari Malam LailatulQadar... :) malam2 yg ganjil :)

Sejarah Lailatul Qadar

Wujudnya Lailatul Qadar apabila Rasulullah berdoa kepada Allah setelah melihat kehebatan seorang lelaki Bani Israil yang sentiasa menghunuskan pedang (berperang) membela agama Allah selama 1000 bulan (lebih kurang 83 tahun). Disebabkan terpegun akan kehebatan lelaki itu lalu baginda berdoa :
"Ya Tuhanku, Engkau jadikanlah umatku lebih pendek umurnya dan lebih sedikit amalnya (amal yang sedikit, tetapi ganjarannya besar."
Kemudian Allah memakbulkan doa baginda dengan memberikan Lailatul Qadar kepada umat Nabi Muhammad S.A.W yang mana jika seseorang menghidupkan satu malam itu sahaja, ganjarannya lebih baik dari lelaki Bani Israil yang berjihad selama 1000 bulan itu.

4 comments:

unsecretostory said...

Subhanallah . Sangat beruntung siapa yang dapat :)

Aliff said...

harap jaja jumpe malam itu yeah..

Kekzamanis said...

Sama2 kita berusaha mencari malam tersebut.. =)

haryati said...

bertuahnya sapa yg beribadat pada mlm tersebut...byk kelebihan dia kan...