Di Sebalik Perkahwinan Ustaz Don - .

Thursday 30 August 2012

Di Sebalik Perkahwinan Ustaz Don


Assalammualaikum
.
.
.
.
.
sementara menunggu detik 12 malam..Jaja nak share ngan koang tentang majlis perkahwinan Ustaz Don..
Jaja jumpa perkongsian ni di FB..pastu terus msg tuan empunya page meminta izin copy paste utk dimuatkan didalam blog Jaja ni ..
Alhamdulillah..sudah m'dapatkan keizinan drpd Nadia Zahari..
Terima Kasih..

credit to Nadia Zahari Photography & Artmosphere Photography--> Jempot LIKE semua..

semoga perkongsian ini membawa 1001 erti buat kita semua.. :) jika ada sesetengah point yang kita terlepas pandang sebelum ni.. Jom tengok !

Salam, disini saya ingin share pengalaman saya dan rakan saya Artmosphere Photography berbual dengan Ustaz Don tentang majlis perkahwinannya :)

1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.

2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.

3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.

4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.

5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.

6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.

7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.

8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.

Semoga masjid yang dibina akan berkekalan hingga ke akhirat hayat ! 
Semoga mereka bahagia..Amin..

3 comments:

Unknown said...

sweet ja depa ni.. Semoga depa berkekalan hngga ke akhirnya... Boleh jadi icon untuk sapa2 yg nak buat terlalu grand..lebih baik ikut syariat kan..

nenot said...

sweetnye :)...

Kak iman said...

subahanallah