Hikmah Di Sebalik Wudhuk - .

Friday 27 July 2012

Hikmah Di Sebalik Wudhuk





Assalammualaikum
.
.
.
.
.

Pernah x koang sume fikir,apa sebenanya rahsia disebalik wudhuk yang kita ambil setiap kali ingin mendirikan solat?
maybe ade sstengah pihak yang beranggapan mengambil wudhuk cumalah syarat wajib bagi melaksanakan ibadah solat.
Hakikatnya,ada rasa yang tersembunyi tau ! di sebalik rukun wudhuk tersebut !

Dalam satu riwayat diceritakan,ketika Rasulullah sedang duduk bersama para sahabat,lalu ditanya salah seorang darinya :

"Ya Rasulullah,bagaimana mungkin diakhirat kelak engkau akan mengenali para umatmu sedangkan pada ketika itu ramai sekali manusia
daripada umat Nabi Adam a.s hinggalah pada umatmu?"


Maka dijawab oleh Rasulullah :


"Di akhirat kelak,Allah memberiku penglihatan untuk aku melihat umatku.Ada yang berwarna putih dan ada yang berwarna hitam.
Yang putih itulah umatku ! Dan kisahkan juga,orang-orang yang rajin berwudhuk,tubuh badannya akan bersinar di akhirat kelak !"

Berikut adalah rahsia di sebalik berwudhuk !

Berkumur
Membersihkan dosa mulut dan lidah yang banyak mengumpat dan menyebut perkara yang sia-sia

Membasuh tangan Kanan
Mencatat amalan kebaikan dan memudahkan perhitungan di akhirat nanti

Membasuh tangan kiri
Hindari daripada tercatat amalan keburukan dan memudahkan perhitungan di akhirat kelak

Membasuh muka
Wajah akan berseri dengan cahaya ketenangan di akhirat kelak

Membasuh telinga
Membersihkan telinga daripada mendengar perkataan yang sia-sia dan melalaikan

Membasuh kepala/dahi
Melindungi daripada terik matahari di padang Masyar dan memohon rahmat serta kasih sayang Allah SWT.

Membasuh kaki kanan
Memohon menetapkan kaki di atas titian Siratul Mustaqim dan memudahkan merentasi titian tersebut.

Membasuh kaki kiri
Memohon jangan gelincirkan kaki ke dalam api neraka semasa menyeberangi titian Siratul Mustaqim kelak !


Doa Selepas Berwudhuk

"Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah,tidak ada yang menyekutukan-Nya dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad
itu pesuruh Allah.Ya Allah jadikanlah aku orang yang bertaubat dan jadikanlah aku orang yang menjaga kebersihan serta
jadikanlah aku daripada hamba-Mu yang soleh dan solehah"

8 comments:

dya nasir said...

thanks 4 sharing..:D

yusuflaili(Goku) said...

Besar makna sebenar disebalik mengambil wudhuk.

Natasha said...

nice sharing =)

chibi neko said...

thank you for sharing

Jaja Sutera said...

@dyabunga

welcome syg.. :)

Jaja Sutera said...

@yusuflaili(Goku)

yep..mungkin ada lagi yg kita xtau kan..

Jaja Sutera said...

@Natasha

hhee..thank you !

Jaja Sutera said...

@chibi neko

welcome.. ^_^