Vitamin Untuk Si Comel - .

Thursday 25 September 2014

Vitamin Untuk Si Comel

Assalammualaikum / Selamat Sejahtera 
Hello mummy and daddy anak bulus semua .. apa khabar anak2 bulus anda dirumah ? diharap semuanya sehak2 belako !
Anak-anak bulus Jaja so far semua sehak2 .. Lulu , Oyo dan Omi tu .. cuma Omi tu asik batuk dan bersin jer .. kesian dia .. berair hidung .. so , nanti nak kene bawak g vet .. cian dieee !
Ok , arini Jaja nak tanya pada korang semua .. selain daripada makanan harian .. ada x korang bagi anak bulus korang makanan sampingan lain / vitamin ? Vitamin ? Vitamin apa yee Jaja ?
Jaja bagi Multi-Vitamin Paste ni untuk anak-anak bulus Jaja .. boleh di dapati di petshop terpilih terutamanya di Pet Micasa (Sek 15 , Shah Alam , Balakong dan Bangi) . Harga RM 19 utk ahli biasa dan RM 17 utk VIP .. nak jadi VIP senang je , daftar RM 18 utk 3 tahun . Boleh pegi ke Pet Micasa yg berdekatan utk keterangan lanjut .
Berbalik pada cerita vitamin kita tadi , fungsi utama vitamin ini dalam kehidupan harian anak bulus anda adalah seperti memberikan kesihatan yang sempurna untuk anak bulus . Antara kebaikan yang terdapat di dalam vitamin ini adalah :-
Vitamin E adalah antioksidan yang membantu melindungi daripada kerosakan sel . 
Vitamin B pula adalah untuk memberikan kesan positif ke atas metabolisme anak bulus .
 Biotine dimasukkan untuk memastikan bulu kucing kekal berkilat. 
Produk ini juga mengandungi Taurina, yang penting untuk kucing . Tubuh mereka tidak menghasilkan Taurina dalam kuantiti yang mencukupi ,  jadi ia perlu dimasukkan ke dalam bahan makanan utk memastikan anak bulus kita mendapat zat Taurina yg mencukup . Taurina adalah penting untuk penglihatan dan menyokong fungsi jantung. 
Tahap semula jadi Omega 3 dan Omega 6 asid lemak dalam minyak yang terkandung dalam pes, dan kemasukan zink, menggalakkan kecantikan, kesejahteraan, dan mencantikkan & mengekalkan kecantikan bulu . Omega 3 adalah anti-radang dan meningkatkan peredaran oksigen ke otak . Omega 6 pula mempunyai kesan hormon yang meningkatkan kualiti bulu kucing anda dan kulit . Zink merupakan elemen surih yang penting dan sangat diperlukan bagi proses gugur itu. 
Gabungan vitamin, asid lemak dan zink boleh menyokong pembangunan, kecantikan dan kesejahteraan haiwan kesayangan anda. 
  • Delicious Paste Vitamin sesuai untuk semua kucing 
  • Ideal untuk pembiakan atau pertunjukan kucing
  • Dengan 12 vitamin penting : Untuk menyokong kesejahteraan keseluruhan kucing dan menguatkan sistem imun 
  • Dengan Taurina : Untuk penglihatan yang baik dan fungsi jantung yang sihat 
  • Dengan Omega-3 & Omega-6 asid lemak, zink dan biotine: Untuk kulit yang sihat dan bulu lembut seperti sutera 
  • Tiada gula tambahan 
  • Untuk mengukuhkan pertahanan semula jadi badan 
  • Snek lazat dalam bentuk cecair 
  • Sila ambil perhatian: Gimpet Multi-Vitamin kuantiti pemberian perlulah kurang daripada 10% daripada pemakanan harian kucing , kerana kandungan vitamin D3 yang lebih tinggi (berbanding dengan melengkapkan makanan).
Antara kandungan vitamin di dalam Multi-Vitamin GIMPET Paste
Ingredients:
Vegetable by-products, oils and fats (30.8%, fish oil 8.6%), yeasts.
Perhatian :-
Kerap sangat Jaja tengok .. ramai owner yg suka bagi anak bulus makan terus dari tiub ! bagi anak bulus jilat2 tiub tu . Nampak memang comel . Tapi ! tahukah anda bahawa bakteria yang berada di dalam mulut dan lidah kucing akan terlekat disitu ? dan menyebabkan bakteria itu membiak di sekitar permukaan tiub . Ini boleh mengakibatkan penyakit berjangkit sekiranya salah seekor kucing anda menghidapi penyakit .
Walaupun korang cuma ada seekor kucing dan tidak berkongsi tiub dengan kucing yang lain , rasanya lebih elok jika korang calitkan paste tersebut di atas sudu @ di jari .. lebih terjamin kebersihan paste itu tadi .
Sekian terima kasih
SELAMAT MENCUBA !


1 comment:

mama eija said...

Salam Perkenalan sis...
Kucing pun perlu kan vitamin apatah lg kita manusia hihi... gebus nya kucing :) comelnya.. family sy juga antara pencinta kucing