Pesawat MAS (MH17) Terhempas di Ukraine - .

Friday, 18 July 2014

Pesawat MAS (MH17) Terhempas di Ukraine

Assalammualaikum
Pasti anda semua terkejut dengan berita yang menyedihkan ini . Masakan tidak , belum sampai setengah tahun kejadian buruk menimpa MH 370 . Kejadian buruk yang lain pula menimpa MH 17 . Sini ada serba sedikit info mengenai Pesawat Boeing yang terhempas .
Laporan awal dari sumber mengatakan ia ditembak jatuh oleh pejuang Ukraine yang Pro- Russia.Sumber dalaman DCA berkata, laporan awal memberitahu pesawat berkenaan hilang dari radar sebelum diberitakan terhempas.MAS mengesahkan pihaknya gagal menghubungi pesawat MH17 yang dijadualkan dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan Twitter MAS, kedudukan terakhir pesawat Boeing 777 itu dikesan berada di ruang udara Ukraine berhampiran sempadan Rusia.
Malaysia Airlines mengesahkan telah menerima laporan dari Pusat Kawalan Udara di Ukraine yang pesawat MH17 terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT)  dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia.

Pesawat Boeing 777 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (masa Amsterdam) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut dengan kejadian yang dilaporkan menimpa pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17.

Perdana Menteri menerusi akaun Twitternya berkata, kerajaan akan menyiasat segera kejadian tersebut.



Rakaman daripada salah seorang saksi :-
Pegawai kementerian kecemasan di Ukraine berkata anggota badan kira-kira 100 orang kelihatan bertaburan 15km dari tempat kejadian.
Sebelum itu, laporan mengatakan pesawat membawa 295 penumpang Malaysia terhempas di sempadan Ukraine-Russia, menurut laporan agensi berita Reuters lewat malam ini.
Reuters memetik laporan agensi berita Interfax menyebut, pesawat itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Laporan tersebut memetik sumber industri penerbangan, bagaimanapun usaha mengesahkan insiden masih sedang diusahakan pihak agensi.
Sementara itu syarikat penerbangan Malaysian Airlines (MAS) dalam akaun Twitter berkata mereka terputus hubungan dengan penerbangan MH17.
Lokasi terakhir menurut MAS adalah di ruang udara Ukraine.
Dalam pada itu, Najib tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan diberikan taklimat mengenai tragedi itu.
Najib dijangka mengadakan sidang media dalam masa terdekat. – 17 Julai, 2014.
MENYUSUL LAGI
SUMBER THEMALAYSIANINSIDER
Ini senarai anak kapal yang terlibat :-
Manakala , ini gambar yang disahkan oleh pihak Reuters
Sejauh mana kesahihan gambar-gambar di atas , sama-sama la kita tunggu berita lanjut daripada pihak media terutamanya TV3 . Sebab , ada sesetengah individu yang tidak bertanggujawab menggunakan gambar palsu & menyatakan itu adalah kapal terbang milik MAS .
Apa-apa pun janganlah kita lupa pada saudara kita di GAZA .. Serangan dilakukan lagi pada mereka selepas 3 jam insiden MH 17 .
Al-Fatihah untuk mangsa yang beragama Islam .. tidak lupa juga utk saudara kita di GAZA . Takziah untuk keluarga mangsa

No comments: