Movie = Bujang Terlajak - .

Wednesday 25 January 2012

Movie = Bujang Terlajak



Assalammualaikum
.
.
.
.
.

Ok..1st Of All..biaq Jaja bgtau sapa barisan pelakon tok movie nie..
- Saiful Apek
-Johan Raja Lawak
-Nabil Raja Lawak

Tu diaa....dah nmpak nama depa nie kan..sah2 la cite ni lawak nak mampoiiihh...
actually,xrancang pon nk tgk movie..ngeeee...
kami nak jumpak adik kami...kami?Jaja n Mr.MA...heeee..
jumpa adik angkat kami.. Wan Soffiya..si comel tu...

sampai2 umah Pia..kami di jamu makan tengah hari 
macey suma yg menyediakan makanan tgh hari..
sedap...
Pia nk tau..abg tu nk tambah..tapi,malu !! >.<

lepas makan..kami xtau nak p mana2..
last2..bila abg turun isi minyak...
baru lah adik n akak bincang2..
kami nk p tengok movie ! yeyy...
selamat abg nk follow..ngeee...

so,kami p Mid Valley lah...
cari2 parking..teus p tgk tiket....
selamat lah cita Bujang Terlajak ni ada..
RM 13.00/ticket
5.00 PM 
dah beli....tunggu la tepi2 tu..nk tunggu hall no 12 bukak..
punya lah lama....arghhh !
nk bukak pon lamaa....

adik Jaja si Pia ni..nmpak je senyap..
tp,mata dia amboi...bukan men..dok merayap..
ehemm..adik ngat x pmpuan pakai baju polka dot tadi??
yg abg ckp seksi tu..hahahhah!!!!!

sambil2 tu..kita snap snap dulu...
ni ada la 2 3 keping gambaq kami..



okeh..dah pukul 5.00 ! 
jom masok hall 12..no 11,12,13 !
iklan punya lah lama... =.="
tunggu2 jgak thriller Azura..yg nk kuaq 2 feb nie..xdak plak...
konon nk tunjuk kat Mr.MA Jaja ni...iskk..

ok..cita dah start...sumpah..mmg lawak gila..
bleh men lawan2 gelak ngan adik..
abg yg mula2 nya cool..
akhirnya...gelak bagai nk tcabot anak tekak...
ahhahah...
sorry syg...dah xleh nk cover..sorry noh kalo tkejot saya gelak tadi..hahahha!!

part yg best dalam cite ni masa doang nyanyi lagu..
"Maafkan Kami"
jadi rapperz..ahha..mmg terbaek wo0ok!

so..kat bawah ni ada thriller cite Bujang Terlajak..
jempot tengok..sapa yg xtengok lg..bleh la serbu panggong wayang !
sekarang jugakk !!


Sinopsis

Bujang Telajak merupakan sebuah filem komedi arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen, mengisahkan tentang tiga orang rakan karib yang jatuh cinta dan bersaing antara satu sama lain untuk merebut perhatian seorang gadis. Saiful, Nabil dan Johan merupakan tiga orang ahli silap mata professional. Ketika sedang membuat rakaman penggambaran sebuah iklan, mereka telah terpesona dengan keayuan dan kecantikan model di dalam iklan tersebut iaitu Puteri (Fazura). Tiga sekawan itu mengekori Puteri sehingga mereka mengetahui bahawa Puteri merupakan seorang guru tadika dan juga model sambilan.

Bagi mengenali Puteri dengan lebih rapat, Saiful mencungkil rahsia untuk menambat hati Puteri daripada ayah Puteri yang buta, Haji Hashim. Dia diberitahu bahawa Puteri ingin berkahwin dengan seorang yang kurang upaya kerana Puteri percaya bahawa dia akan mendapat cinta sejati seperti yang dialami oleh ibunya. Oleh itu, Saiful mula menyamar sebagai seorang yang buta untuk menambat hati Puteri. Menyedari bahawa Saiful mengetahui rahsia bagi memenangi hati Puteri, Nabil dan Johan pula menyamar sebagai seorang yang pekak dan bisu untuk memikat Puteri. Sepanjang tempoh penyamaran itu, mereka menggunakan pelbagai helah untuk meraih kasih Puteri termasuk cuba menggagalkan rancangan antara satu sama lain.

No comments: