Gerhana Bulan [Salah 1 Tanda Kiamat] - .

Sunday 11 December 2011

Gerhana Bulan [Salah 1 Tanda Kiamat]






Setiap kali bila tibanya gerhana maka akan mundar-mandirlah Rasulullah saw dalam keadaan khuatir yang amat sangat kerana kerisauan baginda saw terhadap fenomena yg berlaku. tergambar kerisauan di wajah baginda terutama kepada para umatnya..baginda risau dengan persoalan adakah umatnya tahu bahawa gerhana itu salah satu petanda berlakunya kiamat. Setiap kali tibanya gerhana Rasulullah saw akan cepat-cepat mendirikan solat gerhana agar gerhana itu cepat berlalu kerana jika Allah SWT mengkehendaki menahan / melanjutkan tempoh gerhana itu sehingga ke tempoh yg Dia tetapkan kemudian Dia arahkan ia (bumi/matahari/bulan) bergerak setentang dgn kebiasaan maka huru haralah umat manusia kerana tertutupnya pintu taubat...itulah petanda berlakunya kiamat dan ia juga merupakan petanda kiamat besar...kerana itulah Rasulullah saw melakukan solat sunat dan menggalakkan kita melakukan solat sunat gerhana kerana biar ia cepat berlalu jangan sampai kita berjumpa dgn hari tersebut walaupun kita pasti akan melaluinya. jika org yg meninggal pada hari lain ada orang talqinkan atau orang bimbing kita tetapi tidak pada hari tersebut...kerana itulah ia juga digelar hari yg penuh huru hara...jadi jangan lupa melakukan solat sunat gerhana dan mohon agar ia berlalu dengan cepat. Tak salah menghayati kecantikkannya tetapi jangan sampai kita terleka kerana alim ulama cukup bimbang akan fenomena ini..


Jadi sama-samalah kita renungkannya. Bukan sekadar keluar rumah dan tengok bulan, tapi hayatilah apa yang tersurat dan tersirat rahsia Allah itu. Semoga kita semua dirahmati Allah dan dimatikan dalam keadaan yang baik.

No comments: