.

Friday, 24 November 2017

Buah Hati Pengarang Jantung

Friday, November 24, 2017 0
Buah Hati Pengarang Jantung
Assalammualaikum

Ya Allah dah lamanya lahai x update2 blog nih...dekat 3 tahun haa.. adeii..nampak tak ? bz nye jadi seorang ibu .. hahaha ..
last entry dulu Jaja share tentang tips bersalin2 bagai tu kan..lepas bersalin dah xde pape..senyap je..
so, jom lah kita starting berblogging ni dengan memperkenalkan 2 orang anak..yaa..dah ada 2 anak..aiyoo..

Oke..anak 1st Jaja namanya Irdeena Nur Raudhah , lahir pada September 2015 .. kalau la masih aktif berblogging aritu mesti kt blog ni penuh cerita pasal Raudhah ni haa.. sekarang dah umur 2tahun 2bulan dahh pun ..


Irdeena Nur Raudah
September 2015
Hospital Bersalin Razif, Klang

Anak kedua pulak lelaki .. Izz Muhammad Rayyan.. baru je 4 bulan lebih ..

Alhamdulillah..alhamdulillah.. Allah bagi nikmat jadi seorang ibu pada dua anak ni .. sepasang pulak tu .. bersyukur sangat2..
Izz Muhammad Rayyan
June 2017
Hospital Slim River, Perak

Bila buka je cerita tentang anak ni .. mula la teringat detik2 melahirkan ... haish .. setiap anak ada kenangan dan level sakit yg xboleh kita mak2 ni nak gambarkan . Teringat2 terkenang2 lagi sakitnya .. alah sakit2 pun .. tup2 dah kuar no 3 nanti ... haha .. cerita tentang pengalaman bersalin .. antara Raudhah dengan Rayyan ni .. yang paling sakit dan sakit lama masa melahirkan Rayyan .

Ramai orang akan cakap..alah anak 1st je yg sakit teruk .. anak 2nd dah mudah da bersalin . Siapa cakap ? masa lahirkan Raudhah pukul 7pg siap2 nurse nak tolak masuk LR dah .. alhamudulillah pukul 9 lbih dah bersalin .. sakit pun boleh tahan .. masa bersalinkan Rayyan , pukul 7pg masuk LR .. pukul 12 lebih baru bersalin .. Ya Allah .. xtau nak cakap.. memang sakit sangat masa nak lahirkan Rayyan .. xpe..mudah2an berkat susah lahirkan dia, mana la tahu jadi ustaz macam Pak Long dia nanti kan .. hehe

Masa tengah2 nak lahirkan Rayyan masa tu nurse suruh stop .. rupanya , leher Rayyan terbelit 2x dengan tali pusat .. Ya Allah, patut la sakitnya lain macam .. dah xberdaya dah masa tu .. so, konklusi yg Jaja dapat buat kat sini, mungkin lah time Rayyan ni terlalu sakit sebabnya dia tak boleh nk keluar walaupun laluan dah terbuka . Sebab tali pusat dah belit leher dia .. Alhamdulillah selamat xde perkara buruk yg jadi ..

Pengalaman bersalin ? dua2 dah rasa .. Swasta dah .. Kerajaan pun dah .. layanan dua2 pun tip top .. keselesaan pon dua2 tip top .. cuma swasta lebih best la sikit..sbb dlm bilik ada tv .. hhii ..xboring sgt .. pastu nurse akan jagakan bayi..bagi ibu rehat lama .. nurse hantar utk menyusu je .. pastu nurse amik balik .. masa tu suami ngan mak pun teman .. tido kat dalam bilik tu sekali .. berkampung la kami semua dalam ward ..

kalau kat kerajaan , lepas je bersalin .. masuk je ward .. nurse serahkan anak .. sampai la keluar hospital .. kita sendiri yg jaga .. dah la orang xbleh teman .. penat2 lemah2 jaga sendiri je anak .. bilik best .. ada 6 katil .. tp ada 2 orang patient je .. xramai plak yg bersalin masa tu .. raya kot... nasib la.. macam dapat ward 1st class tau !

masa Rayyan ni haritu .. kami cadang nak bersalin di Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ) .. tapi tak berkesempatan .. balik raya kat kampung.. terbesalin la kt sana .. padahal esok tu dah nak balik Shah Alam dah .. xpela janji semua selamat .. jimat la duit masa tu .. duit yg stand by utk bersalin di Hospital Islam Az-Zahra tu .. kami buat kenduri utk Aqiqah Rayyan ..kalau x mesti kena amik masa dulu kumpul duit buat aqiqah lak kan .. 

Next baby ?? hahha .. tunggu la lagi 3 4 tahun .. 2 ni pun da lelah ibu .. makan xkenyang, mandi x basah .. haiyaaa ... tp next rasa mcm nak bersalin kat sini ! 
standby jela .. rate sekarang pun dah 3k .. apetah lagi 3 4 tahun nanti ..x.x


next entry nanti Jaja review pengalaman bersalin dan kos di Hospital Bersalin Razif !

Friday, 14 August 2015

Persiapan Ibu Bersalin Ke Hospital

Friday, August 14, 2015 0
Persiapan Ibu Bersalin Ke Hospital
Assalammualaikum



Alhamdulillah , kandungan dah nak masuk 37 minggu hari Isnin ni .. :) so , tinggal lagi beberapa minggu utk melahirkan putera/puteri ibu ni ...  ibu pun google dan tanya pendapat orang .. apa yang perlu dibawa masa nak masuk hospital nanti .. yela , 1st baby kan .. jadi macam xtahu , apa benda yg perlu dan tak perlu dibawa .. ok , jom kita sama2 tengok .. 


KELENGKAPAN UNTUK SI IBU

1. Pakaian untuk keluar hospital . 
Bawa 1/2 pasang dah cukup . Sebab sepanjang kat hospital nanti kita akan diberikan uniform khas utk pesakit .

2. Sweater & Stokin
Sejurus selepas bersalin , suhu badan kita akan berubah jadi sediakan peralatan yg boleh "menghangatkan" badan .

3. Kain Batik
Boleh pakai masa nak keluar wad nanti . Tengah sakit-sakit , xkan nak pakai seluar . Jadi , kain batik adalah pilihan terbaik dan selesa 

4. Selipar
Pastikan yg sesuai dan tidak "botak" ye..jap lagi x pasal2 jatuh sebab licin . Boleh digunakan semasa didalam wad atau masuk bilik air

5. Tudung 
Sehelai / 2 helai sudah memadai . Prefer tudung sarung je , senang .. xpayah nak pening2 kepala nak lilit . 

6. Tuala
Untuk mandi

7. Nursing Bra *cadangan

8. Panties

10. Maternity Pad
Khas utk ibu lepas bersalin . Sebab maternity pad lebih lembut , xmacam pad biasa . Jadi , ini bertujuan utk menjaga jahitan juga supaya tidak terbuka dengan mudah . Takut kalau guna pad biasa , keras .. jahitan akan terbuka

11. Peralatan Mandi
Walaupun lepas bersalin , kebersihan kena jaga . Sebelum masuk Labor Room kena bersih dan "buang" apa yang patut . Malu kat doktor ! hehe 
Ex : Berus gigi , pencuci muka , pencukur , sabun , shampu dan sebagainya

12. Penjagaan Diri
Bedak , sikat , getah rambut , deodorant dan sebagainya .

13. Mintak Angin
In case kalau ada pape masalah kesihatan selepas atau sebelum bersalin 

14. Buku Laporan Mengandung
Jangan lupa !!!! pihak hospital sangat perlukan utk rujukan . Kalau terlupa , memang kena marah . Bila dah kena marah , nak bersalin pun tak de mood nanti . Prepare semua dokumen letak dalam file , senang nanti grab 1 file tu je terus bawa g hospital . Sebab nanti lepas settle , nak keluar hospital segala macam dokumen dan bil kita nak letak jugak dalam file tu . 


 SENARAI UNTUK BAYI ( DI LABOR ROOM)

1. Baju Baby
Prefer yang berbutang di hadapan dan berlengan panjang . Sebab dalam labor room tu sejuk , sian baby .. 

2. Mittens and Socks
Sarung tangan dan stokin

3. Receiving Blanket / bedung

4. Pampers

5. Barut

6. Tuala Mandi Baby (Hooded) 

7. Toiletries


SENARAI UNTUK BAYI  ( DI DALAM WAD)

1. Baju Baby
Dalam 4 5 helai sudah memadai . Itu sekiranya kelahiran normal dan bayi tak de masalah kuning . Kalau czer atau bayi/ibu ada masalah kesihatan . 4 5 helai tak cukup . Mungkin boleh sediakan awal-awal dalam kereta . So , suami takkan kelam kabut mencari . 

2. Barut

3. Bedung / Receiving Blanket / Napkin
Ini utk "balut" baby .. sejuk , sejuk , sejuk !

4. Selimut utk baby 
Jika perlu , xpun boleh guna semula barang di no (3)

5. Topi baby
Melindungi kepala dan telinga baby yg baru lahir

6. Mittens & Socks
2 3 pasang sudah memadai . Nak bawak lebih pun tak de masalah . Ala , kecik konet aje . Xberat pun kalau bawak banyak !

7. Pampers 
Bawak lebih , kalau boleh bawak je sebungkus tu ! senang cite

8. Baby Wipe dan Cot Sheet

9. Tuala Mandi Baby

10. Tuala Kecil
Untuk lap air susu  / air liur baby / muntah

11. Toiletries 
Shampoo , mandian , minyak rambut , bedak , losyen

12. Ubat-ubatan
Minyak-minyak utk baby . Seperti mintak telon , vicks , nappy cream dan sebagainya yg diperlukan

13. Bantal baby

BARANG-BARANG LAIN *Additional

1. Air Zam-zam atau Air Selusuh
2. Al-Quran @ Yassin - boleh baca utk kurangkan rasa gementar
3. Air Masak
4. Buah Kurma
5. Makanan
6. Minuman - milo/horlicks/etc
7. Tisu
8. Plastik baju kotor
9. Plastik letak uri
10. Handphone 

Setakat ni , 90% Jaja dah pack . lagi 10% tengah prepare lagi . 
Doakan Jaja dan bayi selamat . :)

Lailahaillah anta subabhanaka inni kuntum minal zolimin ...

Kalau ada point-point yg tertinggal , boleh komen ye . Perkongsian bersama ^_^


Tuesday, 11 August 2015

Set Berpantang Spa & Ma

Tuesday, August 11, 2015 1
Set Berpantang Spa & Ma
Assalammualaikum


Memandangkan kurang dari sebulan Jaja akan bersalin , so tiba la masa Jaja utk beli semua keperluan2 yang diperlukan oleh ibu dan baby . Bila dah survey punya survey .. set bersalin pilihan Jaja adalah SPA & MA . Mentang-menatang la duta nya selebriti , terus grab ni ye ? haha.. itu salah satu sebab .. chaih , berjaya marketing strategy dia .. plus ! packaging dia menarik dan nampak mewah membuatkan produk tersebut kelihatan betul-betul berkesan dan boleh dipercayai . Chaih ! lagi sekali aku terpedaya !

Sebelum bercerita lebih lanjut , Jaja nak bgtahu harganya . Harga utk satu set bersalin ni adalah RM 330 .. kena pandai nego , nego punya nego .. ada la dalam 2 3 kedai .. Jaja dapat dalam RM 300 .. last sekali Jaja pegi Tesco Sek 13 tu .. x nego pun..just tanya harga .. tup-tup dia bgtahu harga RM 270 after less.. uik ? guess what , harga sebelum RM 299 .. bukan RM 330... Jaja pelik , dah la Jaja da grab yg harga RM 270 tu... mula la Jaja pikir yg Jaja beli tu lopek punya .. -.-' haha..

Tak puas hati , Jaja pegi la satu kedai baby shoppe yg ade jual benda yg sama ni , Jaja tengok kat tempat harga ada stiker .. oohh ! okey , RM 299 tu pada firasat Jaja adalah harga sebelum GST .. dah GST , terus lekat boh harga baru .. mungkin kedai yg jual RM 270 tu nak habiskan stok...x naik harga bagai.. fuuhh ~ selamat .. banyak tu save .. dekat RM 60 .. >.< Alhamdulillah , rezeki :)

Ok , let's proceed to their product .. dalam set ni ada 11 items yg menarik .. macam-macam ada .. antaranya adalah :-

11 produk premium iaitu : 

MAKAN - 
1. Virgin Coconut Oil
2. Gamat Emulsion
3. Jamu Ratu Dara
 

SAPUAN -
4. Pilis Herba
5. Shape-Up Lotion
6. Minyak Seri Herba
 

PAKAI -
7. Tungku Herba
8. Bengkung Ratu
 

MADIAN -
9. Lulur Frangipan
10. Herba Mandian Spa
11. Feminine Wash

Haaa..siap ada manual lagi camne cara-cara nak guna produk-produk dorang ni .. Bila waktu sesuai nak amik , berapa banyak perlu diambil dan sebagainya . So , xyah pening-pening nak pikir bila waktu sesuai nak guna produk dorang 

Virgin Coconut Oil
  • Meningkatkan sistem pertahanan badan
  • Melancarkan sistem penghadaman dan mengelakkan sembelit
  • Mengatasi masalah keputihan ketika hamil
  • Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental
  • Meningkatkan pertumbuhan sel kulit, rambut dan badan
  • Mengurangkan kesan penuaan dan kedutan pada kulit
  • Menghilangkan parut jerawat dan kesan regangan bagi wanita yang hamil
  • Meningkatkan fungsi kelenjar tiroid
  • Meningkatkan kadar metabolisma badan
  • Mengatasi masalah kulit berjerawat, berminyak dan kering
  • Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik
    Sebagai agen pelincir dalam hubungan suami isteri

Gamat Emulsion
  • Membantu menyembuh luka-luka pembedahan dan memulihkan fungsi sistem peranakan
  • Mengembalikan tenaga dan megelakkan keletihan
  • Memperbaiki sel-sel yang rosak
  • Melegakan lemah badan selepas bersalin atau sakit
  • Memperbaiki tekstur kulit supaya lebih licin

Jamu Ratu Dara
  • Sangat berkesan untuk merapatkan dan menghangatkan bahagian keintiman wanita persis perawan.
  • Mengembalikan tenaga batin wanita
  • Merawat keputihan dengan sangat berkesan
  • Melancarkan perjalanan haid
  • Membantu mengatasi sengugut ketika haid
  • Membantu proses kitaran haid kembali kepada normal.
  • Membantu mengeluarkan sisa-sisa darah haid yang tidak lawas.
  • Sangat berkesan untuk membuang angin dalam badan
  • Membantu mengatasi sakit urat
  • Membantu menghilangkan lesu dan letih badan
  • Memulihkan kembali tenaga
  • Membantu melancarkan peredaran darah
  • Membantu membuang toksin dalam badan
  • Mengecut dan menguatkan rahim bagi wanita lepas bersalin
  • Membantu memperbanyakkan air susu ibu
  • Membantu memulihkan dalaman wanita yang keguguran
  • Meningkatkan kesuburan wanita
  • Membantu mendapatkan zuriat
  • Melawaskan pembuangan air besar dan kecil
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Membantu mencegah barah payudara dan rahim
  • Membantu mecantikkan kulit dan menjadikan muka segar kemerah-merahan
  • Seri awet muda

Pilis Herba
  • Mengelakkan angin masuk ke dalam kepala
  • Membuang angin
  • Melegakan sakit kepala
  • Melancarkan peredaran darah
  • Mengurangkan gelap mata yang dialami kebanyakan ibu selepas bersalin
  • Mengurangkan keletihan

Shape-Up Lotion
  • Melancarkan peredaran darah yang tersumbat
  • Membakar lemak dan melangsingkan badan
  • Membuang angin dalam badan
  •  Melegakan sakit otot dan sendi
  • Mengatasi kembung perut
  • Mengatasi selulit
  • Sangat sesuai untuk ibu selepas bersalin

Minyak Seri Herba
  • Melegakan sakit sendi dan tulang
  • Mengatasi masalah kekejangan otot
  • Melancarkan peredaran darah
  • Membantu membuang angin di dalam badan
  • Mengurangkan regangan pada kulit selepas bersalin
  • Mengatasi kembung perut

Tungku Herba
  • Mengempiskan dan membuang angin dalam perut selepas bersalin
  •  Mencairkan ketulan darah dan melancarkan perjalanan darah
  • Melegakan sakit sendi dan sengal pada tubuh
  • Mengecutkan rahim dan urat yang kembang selepas bersalin
  • Memanaskan badan dan melonggarkan otot tegang

Bengkung Ratu
  • Mengembalikan bentuk badan asal
  • Mengempiskan perut
  • Merapatkan kembali tulang pinggul selepas bersalin

Lulur Fragipani
  • Mencantikkan kulit supaya lebih halus, gebu dan cerah
  • Menanggalkan sel-sel kulit mati pada tubuh
  • Memperbaiki tekstur kulit
  •  Menghilangkan selulit
  • Memutihkan bahagian tersembunyi seperti di lutut, siku dan celah lengan
  • Melembapkan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar matahari
  • Menghindari bau badan dan peluh berbau

Herba Mandian Spa
  • Mengurangkan angin dan membuang toksin dalam badan
  • Melancarkan peredaran darah
  • Membantu melegakan sendi dan saraf yang tegang
  • Mencegah bakteria dan kulat
  • Menyingkirkan sel-sel kulit mati pada tubuh
  • Mengatasi masalah keputihan
  • Memecahkan lemak
  • Menegangkan otot dalaman vagina
  • Mewangikan dan menyegarkan badan serta menghilangkan bau hanyir
  • Mengurangkan stress
  • Mengembalikan tenaga

Feminine Wash
  • Membasmi kulat serta kuman bagi mengelakkan keputihan
  • Mempercepatkan pemulihan luka selepas bersalin
  • Menghilangkan kegatalan
  • Mencegah jangkitan kuman
  • Melicinkan dan memelihara kulit
  • Mengharumkan serta menyegarkan bahagian Miss V
  • Menyelesaikan masalah kelembapan
  • Merapatkan Miss V

Rasanya , dah lengkap .. full info Jaja sertakan dekat sini . Bagi Jaja , pilihan ni memang terhebat sebab semua ada kat dalam ni .. tak payah dah pening-pening kepala nak mencari beli itu ini dekat mana . Kalau berminat , dapatkan di toko-toko jamu berhampiran .. ! Doakan Jaja selamat bersalin ye dan dapat bersalin secara normal dengan mudah..InshaAllah ! :)