November 2013 - .

Wednesday 6 November 2013

INFO - MimaLand .

Wednesday, November 06, 2013 0
INFO - MimaLand .
Assalammualaikum
Korang penah dengar MimaLand ? pasti ada yang xtahu pon apa itu MimaLand kan ?? Jaja pon baru tahu lepas ade yg tweet 10 tempat paling berhantu di Malaysia...huhu..dengar perkataan "Land" tu pon dah takot dowh..ngeeee~ MimaLand ni...alaa..Taman Tema Air gituu..cam Sunway Lagoon..Lost World of Tambun,Bukit Merah,Gambang dan sebagainya lah ! Jom kita baca serba sedikit tentang MimaLand ni..
Mimaland ialah sebuah taman rekreasi di Gombak, Selangor, Malaysia. Ia dibuka pada tahun 1975. Pada 1994 taman tersebut telah ditutup disebabkan oleh tanah runtuh berbahaya. Mimaland mula dibina dalam tahun 1971. Nama Mimaland itu sebenarnya adalah merupakan singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Mimaland dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak berhampiran dengan Kuala Lumpur. Pembinaan Mimaland dilakukan dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat.
Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah 'taman haiwan prasejarah' yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan dan menjadi tumpuan bagi beberapa penggambaran filem tempatan, seperti Filem Mekanik (1983). Pada tahun 1984 satu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara telah dilancarkan sebagai satu lagi tarikan terbaru Mimaland. Ia turut menawarkan papan luncur air gergasi yang tinggi dan menjadi kegemaran para pengjung.
Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan 'giant maze', serta kawasan untuk merentas rimba. Setelah bertahun-tahun Mimaland beroperasi, berlaku satu kemalangan di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun.
Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya. Selepas kerja-kerja penambahbaikan dilakukan Mimaland kembali dibuka kepada orang ramai. Bagaimanapun, satu kejadian kecil tanah runtuh telah menyebabkan berlakunya kerosakan pada dinding kolam renang yang sama pada Mei 1994. Kejadian ini menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut menyebabkan kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.
** Pintu Masuk MimaLand yg dulu nya meriah dengan pelbagai gaya pengunjung bergambar dihadapannya .
Beberapa pihak termasuk agensi kerajaan kemudiannya telah menyeret pihak pengurusan Mimaland ke mahkamah di atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah. Sepanjang perbicaraan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994. Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.
Permainan air yg sangat digemari pengunjung dahulunya kini terbiar begitu sahaja .
Permainan air .. suatu ketika dahulu .


**Merupakan pejabat dimana MimaLand sedang beroperasi suatu ketika dahulu
**Perhentian bas yang dahulunya penuh sesak dengan orang ramai yang menunggu bas
**Jalan ke MimaLand yg dahulunya sibuk . Kini sepi dan menyeramkan
Credit to - Wikipedia

Monday 4 November 2013

Oh My Blog !

Monday, November 04, 2013 1
Oh My Blog !
Assalammualaikum
Hai semua....rindu nyaaa.... :') 
dah lama x meluahkan perasaan dekat blog ni ... bukan apa ... ritu Jaja tersangatlah busy .. 
Al-Maklum la...baru keje kan..then macam dah lama sangat xbukak blog nie..
sebab paling utama nyaa.. dekat office tu x bleh nk berblogging .. dia dah block sesiap website2 mana yg xleh nk dibukak ! especially FACEBOOK ! takot keje x siap letteewww ! hehehhe..

Skrang Jaja dah pon pindah tempat keje baru ! weehuuu..tp bukan itu yg nk diceritakan disini hokey !
alhamdulillah ! kat tempat keje baru dapat pon Jaja nk berblogging..sbb dia langsung x block pape website ..
so FB ke , twitter ke bagai2 ke..semua leh surf kat sini..

disebabkan dah lama xberblogging..since bulan 7 ritu ..bila Jaja nk bukak balik Jaja punya blog..tup2 xboleh ..eh..pelik la plak kan..blog yg www.jajasutera.com tu dah cannot found ! homaiiiiii !! camne nk buatkan..

agak pelik sedikit disitu ..so then , Jaja pon pkir2 balik..ngat kene hack ke ape kan..tp,ellehh...nk kene hack benda..bukan famous blogger pon ade org nk hack kan..rupa2nya bila pkir2 balik..maybe sebab Jaja punya domain tu dah expired..Jaja x renew domain Jaja tu... :(  alaa...sayangnya...nape Jaja xdpt reminder..kalau nk ingat mmg xingatlah kan..

sedih laaa gini..sebab Jaja difahamkan , once kita da register domain tu .. kalau dah expired..dah xleh nk pakai dah domain tuu..hurmm..terpaksa lah nampaknya dok guna domain biasa ni..T_____T jajasutera.blogspot.com

Dari bulan 7-11 ~ wahhh..lame tu...bermacam2 cerita lah kot yg nk diceritakan..seminggu pon belom bleh siap kalo nk dok cite..huh..xpela...nampaknya nanti2 lah Jaja pkir balik nk starting dari cite yg mana satu ! ngeee..~

oh ! btw..congrate lah ye utk team Pahang sbb berjaya meraih Piala Malaysia..sob3...walaupun agak sedih sedikit ! sebab Kelate kaloohh..xpela..next year pulun lagi keyh !Jangan gadoh2..kalah menang adat pertandingan ! hokeh bye !