Set Berpantang Spa & Ma - .

Tuesday, 11 August 2015

Set Berpantang Spa & Ma

Assalammualaikum


Memandangkan kurang dari sebulan Jaja akan bersalin , so tiba la masa Jaja utk beli semua keperluan2 yang diperlukan oleh ibu dan baby . Bila dah survey punya survey .. set bersalin pilihan Jaja adalah SPA & MA . Mentang-menatang la duta nya selebriti , terus grab ni ye ? haha.. itu salah satu sebab .. chaih , berjaya marketing strategy dia .. plus ! packaging dia menarik dan nampak mewah membuatkan produk tersebut kelihatan betul-betul berkesan dan boleh dipercayai . Chaih ! lagi sekali aku terpedaya !

Sebelum bercerita lebih lanjut , Jaja nak bgtahu harganya . Harga utk satu set bersalin ni adalah RM 330 .. kena pandai nego , nego punya nego .. ada la dalam 2 3 kedai .. Jaja dapat dalam RM 300 .. last sekali Jaja pegi Tesco Sek 13 tu .. x nego pun..just tanya harga .. tup-tup dia bgtahu harga RM 270 after less.. uik ? guess what , harga sebelum RM 299 .. bukan RM 330... Jaja pelik , dah la Jaja da grab yg harga RM 270 tu... mula la Jaja pikir yg Jaja beli tu lopek punya .. -.-' haha..

Tak puas hati , Jaja pegi la satu kedai baby shoppe yg ade jual benda yg sama ni , Jaja tengok kat tempat harga ada stiker .. oohh ! okey , RM 299 tu pada firasat Jaja adalah harga sebelum GST .. dah GST , terus lekat boh harga baru .. mungkin kedai yg jual RM 270 tu nak habiskan stok...x naik harga bagai.. fuuhh ~ selamat .. banyak tu save .. dekat RM 60 .. >.< Alhamdulillah , rezeki :)

Ok , let's proceed to their product .. dalam set ni ada 11 items yg menarik .. macam-macam ada .. antaranya adalah :-

11 produk premium iaitu : 

MAKAN - 
1. Virgin Coconut Oil
2. Gamat Emulsion
3. Jamu Ratu Dara
 

SAPUAN -
4. Pilis Herba
5. Shape-Up Lotion
6. Minyak Seri Herba
 

PAKAI -
7. Tungku Herba
8. Bengkung Ratu
 

MADIAN -
9. Lulur Frangipan
10. Herba Mandian Spa
11. Feminine Wash

Haaa..siap ada manual lagi camne cara-cara nak guna produk-produk dorang ni .. Bila waktu sesuai nak amik , berapa banyak perlu diambil dan sebagainya . So , xyah pening-pening nak pikir bila waktu sesuai nak guna produk dorang 

Virgin Coconut Oil
  • Meningkatkan sistem pertahanan badan
  • Melancarkan sistem penghadaman dan mengelakkan sembelit
  • Mengatasi masalah keputihan ketika hamil
  • Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental
  • Meningkatkan pertumbuhan sel kulit, rambut dan badan
  • Mengurangkan kesan penuaan dan kedutan pada kulit
  • Menghilangkan parut jerawat dan kesan regangan bagi wanita yang hamil
  • Meningkatkan fungsi kelenjar tiroid
  • Meningkatkan kadar metabolisma badan
  • Mengatasi masalah kulit berjerawat, berminyak dan kering
  • Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik
    Sebagai agen pelincir dalam hubungan suami isteri

Gamat Emulsion
  • Membantu menyembuh luka-luka pembedahan dan memulihkan fungsi sistem peranakan
  • Mengembalikan tenaga dan megelakkan keletihan
  • Memperbaiki sel-sel yang rosak
  • Melegakan lemah badan selepas bersalin atau sakit
  • Memperbaiki tekstur kulit supaya lebih licin

Jamu Ratu Dara
  • Sangat berkesan untuk merapatkan dan menghangatkan bahagian keintiman wanita persis perawan.
  • Mengembalikan tenaga batin wanita
  • Merawat keputihan dengan sangat berkesan
  • Melancarkan perjalanan haid
  • Membantu mengatasi sengugut ketika haid
  • Membantu proses kitaran haid kembali kepada normal.
  • Membantu mengeluarkan sisa-sisa darah haid yang tidak lawas.
  • Sangat berkesan untuk membuang angin dalam badan
  • Membantu mengatasi sakit urat
  • Membantu menghilangkan lesu dan letih badan
  • Memulihkan kembali tenaga
  • Membantu melancarkan peredaran darah
  • Membantu membuang toksin dalam badan
  • Mengecut dan menguatkan rahim bagi wanita lepas bersalin
  • Membantu memperbanyakkan air susu ibu
  • Membantu memulihkan dalaman wanita yang keguguran
  • Meningkatkan kesuburan wanita
  • Membantu mendapatkan zuriat
  • Melawaskan pembuangan air besar dan kecil
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Membantu mencegah barah payudara dan rahim
  • Membantu mecantikkan kulit dan menjadikan muka segar kemerah-merahan
  • Seri awet muda

Pilis Herba
  • Mengelakkan angin masuk ke dalam kepala
  • Membuang angin
  • Melegakan sakit kepala
  • Melancarkan peredaran darah
  • Mengurangkan gelap mata yang dialami kebanyakan ibu selepas bersalin
  • Mengurangkan keletihan

Shape-Up Lotion
  • Melancarkan peredaran darah yang tersumbat
  • Membakar lemak dan melangsingkan badan
  • Membuang angin dalam badan
  •  Melegakan sakit otot dan sendi
  • Mengatasi kembung perut
  • Mengatasi selulit
  • Sangat sesuai untuk ibu selepas bersalin

Minyak Seri Herba
  • Melegakan sakit sendi dan tulang
  • Mengatasi masalah kekejangan otot
  • Melancarkan peredaran darah
  • Membantu membuang angin di dalam badan
  • Mengurangkan regangan pada kulit selepas bersalin
  • Mengatasi kembung perut

Tungku Herba
  • Mengempiskan dan membuang angin dalam perut selepas bersalin
  •  Mencairkan ketulan darah dan melancarkan perjalanan darah
  • Melegakan sakit sendi dan sengal pada tubuh
  • Mengecutkan rahim dan urat yang kembang selepas bersalin
  • Memanaskan badan dan melonggarkan otot tegang

Bengkung Ratu
  • Mengembalikan bentuk badan asal
  • Mengempiskan perut
  • Merapatkan kembali tulang pinggul selepas bersalin

Lulur Fragipani
  • Mencantikkan kulit supaya lebih halus, gebu dan cerah
  • Menanggalkan sel-sel kulit mati pada tubuh
  • Memperbaiki tekstur kulit
  •  Menghilangkan selulit
  • Memutihkan bahagian tersembunyi seperti di lutut, siku dan celah lengan
  • Melembapkan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar matahari
  • Menghindari bau badan dan peluh berbau

Herba Mandian Spa
  • Mengurangkan angin dan membuang toksin dalam badan
  • Melancarkan peredaran darah
  • Membantu melegakan sendi dan saraf yang tegang
  • Mencegah bakteria dan kulat
  • Menyingkirkan sel-sel kulit mati pada tubuh
  • Mengatasi masalah keputihan
  • Memecahkan lemak
  • Menegangkan otot dalaman vagina
  • Mewangikan dan menyegarkan badan serta menghilangkan bau hanyir
  • Mengurangkan stress
  • Mengembalikan tenaga

Feminine Wash
  • Membasmi kulat serta kuman bagi mengelakkan keputihan
  • Mempercepatkan pemulihan luka selepas bersalin
  • Menghilangkan kegatalan
  • Mencegah jangkitan kuman
  • Melicinkan dan memelihara kulit
  • Mengharumkan serta menyegarkan bahagian Miss V
  • Menyelesaikan masalah kelembapan
  • Merapatkan Miss V

Rasanya , dah lengkap .. full info Jaja sertakan dekat sini . Bagi Jaja , pilihan ni memang terhebat sebab semua ada kat dalam ni .. tak payah dah pening-pening kepala nak mencari beli itu ini dekat mana . Kalau berminat , dapatkan di toko-toko jamu berhampiran .. ! Doakan Jaja selamat bersalin ye dan dapat bersalin secara normal dengan mudah..InshaAllah ! :)