September 2014 - .

Thursday 25 September 2014

Vitamin Untuk Si Comel

Thursday, September 25, 2014 1
Vitamin Untuk Si Comel
Assalammualaikum / Selamat Sejahtera 
Hello mummy and daddy anak bulus semua .. apa khabar anak2 bulus anda dirumah ? diharap semuanya sehak2 belako !
Anak-anak bulus Jaja so far semua sehak2 .. Lulu , Oyo dan Omi tu .. cuma Omi tu asik batuk dan bersin jer .. kesian dia .. berair hidung .. so , nanti nak kene bawak g vet .. cian dieee !
Ok , arini Jaja nak tanya pada korang semua .. selain daripada makanan harian .. ada x korang bagi anak bulus korang makanan sampingan lain / vitamin ? Vitamin ? Vitamin apa yee Jaja ?
Jaja bagi Multi-Vitamin Paste ni untuk anak-anak bulus Jaja .. boleh di dapati di petshop terpilih terutamanya di Pet Micasa (Sek 15 , Shah Alam , Balakong dan Bangi) . Harga RM 19 utk ahli biasa dan RM 17 utk VIP .. nak jadi VIP senang je , daftar RM 18 utk 3 tahun . Boleh pegi ke Pet Micasa yg berdekatan utk keterangan lanjut .
Berbalik pada cerita vitamin kita tadi , fungsi utama vitamin ini dalam kehidupan harian anak bulus anda adalah seperti memberikan kesihatan yang sempurna untuk anak bulus . Antara kebaikan yang terdapat di dalam vitamin ini adalah :-
Vitamin E adalah antioksidan yang membantu melindungi daripada kerosakan sel . 
Vitamin B pula adalah untuk memberikan kesan positif ke atas metabolisme anak bulus .
 Biotine dimasukkan untuk memastikan bulu kucing kekal berkilat. 
Produk ini juga mengandungi Taurina, yang penting untuk kucing . Tubuh mereka tidak menghasilkan Taurina dalam kuantiti yang mencukupi ,  jadi ia perlu dimasukkan ke dalam bahan makanan utk memastikan anak bulus kita mendapat zat Taurina yg mencukup . Taurina adalah penting untuk penglihatan dan menyokong fungsi jantung. 
Tahap semula jadi Omega 3 dan Omega 6 asid lemak dalam minyak yang terkandung dalam pes, dan kemasukan zink, menggalakkan kecantikan, kesejahteraan, dan mencantikkan & mengekalkan kecantikan bulu . Omega 3 adalah anti-radang dan meningkatkan peredaran oksigen ke otak . Omega 6 pula mempunyai kesan hormon yang meningkatkan kualiti bulu kucing anda dan kulit . Zink merupakan elemen surih yang penting dan sangat diperlukan bagi proses gugur itu. 
Gabungan vitamin, asid lemak dan zink boleh menyokong pembangunan, kecantikan dan kesejahteraan haiwan kesayangan anda. 
  • Delicious Paste Vitamin sesuai untuk semua kucing 
  • Ideal untuk pembiakan atau pertunjukan kucing
  • Dengan 12 vitamin penting : Untuk menyokong kesejahteraan keseluruhan kucing dan menguatkan sistem imun 
  • Dengan Taurina : Untuk penglihatan yang baik dan fungsi jantung yang sihat 
  • Dengan Omega-3 & Omega-6 asid lemak, zink dan biotine: Untuk kulit yang sihat dan bulu lembut seperti sutera 
  • Tiada gula tambahan 
  • Untuk mengukuhkan pertahanan semula jadi badan 
  • Snek lazat dalam bentuk cecair 
  • Sila ambil perhatian: Gimpet Multi-Vitamin kuantiti pemberian perlulah kurang daripada 10% daripada pemakanan harian kucing , kerana kandungan vitamin D3 yang lebih tinggi (berbanding dengan melengkapkan makanan).
Antara kandungan vitamin di dalam Multi-Vitamin GIMPET Paste
Ingredients:
Vegetable by-products, oils and fats (30.8%, fish oil 8.6%), yeasts.
Perhatian :-
Kerap sangat Jaja tengok .. ramai owner yg suka bagi anak bulus makan terus dari tiub ! bagi anak bulus jilat2 tiub tu . Nampak memang comel . Tapi ! tahukah anda bahawa bakteria yang berada di dalam mulut dan lidah kucing akan terlekat disitu ? dan menyebabkan bakteria itu membiak di sekitar permukaan tiub . Ini boleh mengakibatkan penyakit berjangkit sekiranya salah seekor kucing anda menghidapi penyakit .
Walaupun korang cuma ada seekor kucing dan tidak berkongsi tiub dengan kucing yang lain , rasanya lebih elok jika korang calitkan paste tersebut di atas sudu @ di jari .. lebih terjamin kebersihan paste itu tadi .
Sekian terima kasih
SELAMAT MENCUBA !


Monday 22 September 2014

WetFood HomeMade

Monday, September 22, 2014 3
WetFood HomeMade
Assalammualaikum
Jaja perhatikan , di kelab-kelab kucing masih lagi ada yang mencari cara-cara membuat wet food sendiri di rumah . Yelah , kalau hari-hari kita nak bagi makanan wet food dalam tin / pek tu .. memang kopak ler .. Sebab mahal kan .. so , kalau nak jimat .. Jom kita try buat .. Jaja da try dah buat aritu .. memang menjadi dan anak bulus sangat suka !
Cara-caranya adalah seperti yang berikut :-
1. Anda boleh guna ikan seperti ikan kembung , ikan sardin , ikan mambong atau yang bersesuaian . Macam Jaja , Jaja gunakan ikan Mambong . Cuci ikan sehingga bersih termasuklah buang insang dan isi perut ye ! * Saya gunakan 10 ekor ikan (untuk 3 ekor kucing)
2. Rebus ikan tadi dalam 10-15 minit sehingga betul-betul masak bersama hirisan lobak merah (carrot) dipotong bulat . * Saya gunakan sebatang carrot 
3. Selepas ikan sudah betul-betul masak , asingkan dan buang tulang serta kepala ikan . Masukkan isi ikan sahaja ke dalam pengisar . Jangan lupa masukkan sedikit air ke dalam pengisar . Gunakan air rebusan ikan tadi . Kisar sehingga lumat . 
4.  Sementara mengisar isi ikan , basuh bayam sehingga bersih dan rebuskan bersama carrot * 5 helai daun bayam
5. Selepas isi ikan sudah lumat dikisar , masukkan isi ikan ke dalam kuali .
6. Ambil carrot dan bayam yang sudah direbus dan masukkan ke dalam pengisar . Kisar sehingga lumat ! Gunakan air rebusan ikan itu juga *Pastikan kuantiti sayur tidak terlalu banyak , khuatir rasa ikan akan berkurangan .
7. Selepas itu , campurkan kisaran carrot dan bayam tadi bersama dengan isi ikan di dalam kuali . Gaul sehingga sebati (api kecil) .
8. Selepas isi ikan , carrot dan bayam sudah sebati . Masukkan agar-agar serbuk 2 paket dan agar-agar kering sedikit . * Pastikan kuantiti agar-agar tidak kurang / terlebih .
9. Kacau sehingga sebati .
10. Tutup api dan tuangkan di dalam bekas makanan BPA Free / periuk . Tunggu sehingga 1 jam .. Sekiranya , isi ikan kelihatan lembik dan tidak keras seperti agar-agar . Anda boleh tuangkan semula di dalam kuali dan tambahkan lagi kuantiti agar-agar .
11. Selepas 1 jam , apabila agar-agar sudah sejuk dan kelihatan keras . Simpan di dalam peti ais . Kerana , sekiranya tidak diletakkan di dalam peti ais makanan tersebut akan busuk .
12. Esoknya , sedia untuk dihidang untuk anak-anak bulus !
P/S : Pastikan anak bulus anda menghabiskan makanan tersebut apabila ia dihidangkan . Kalau terdedah , bakteria , semut , lalat akan kerumun dan menyebabkan anak bulus mendapat penyakit . Sekiranya , makanan tersebut tidak habis . Buang selepas melihat mereka sudah kenyang .
Wetfood yang saya buat bertahan untuk seminggu , sila perhatikan juga keadaan makanan kucing setiap hari . Khuatir ditumbuhi kulat dan sebagainya .
Nota Kaki : Jaja gunakan air rebusan ikan semasa proses mengisar adalah untuk mengekalkan lagi rasa ikan itu . Kalau guna air masak atau air kosong , khuatir rasa ikan tersebut akan hilang .

SELAMAT MENCUBA

Saturday 20 September 2014

Wet Food Untuk Si Anak Bulus

Saturday, September 20, 2014 5
Wet Food Untuk Si Anak Bulus

Assalammualaikum
Apa itu wet food ?? wet food dikenali sebagai makanan basah .. bukan kering macam biskut2 makanan mereka yang selalu tu ye .. makanan basah kebiasaannya terdapat didalam tin @ pek macam yang selalu korang nampak kat kedai2 haiwan @ supermarket .
Macam Jaja , baru-baru mula membela anak bulus ni .. xtau nak bagi wet food ape .. yela , xde pengalaman bela Pure Persian kan .. survey punya survey , Jaja tengok ramai owner bagi wet food ni pada baby bulus ..
So , Jaja pon try beli .. beli 2 tin je .. sebab takot gak dorang xnak makan ... mcm owner yg memang kucing dia suka makan ni .. beli 2 3 kotak .. perrghh..stock sebulan tu .. so satu tin ni RM 3.90 .. murah je kan ? kalo beli sikit le.. kalo beli byk xtau le bape .. ngatkan mahal sangat sebab tengok packinging die exclusive kott..hitam gold gini .. Jaja beli kat Petsmore.com
Royale ni banyak perisa .. yg ni ayam , baby bulus Jaja memang suka gila la ... beli pelahap sampai habis .. hihi .. sedap la kot gamaknye kan ..
Tapi , kalau macam nak kerap je bagi wet food instant ni .. xmampu leee .. so , Jaja buat sendiri wet food ..  J.I.M.A.T
Kebaikan :-
1. Makanan basah mempunyai kandungan air yang lebih banyak berbanding makanan kibbles yang kerap kita berikan . So sangat sesuai utk kucing anda yang kurang minum air . 
2. Makanan basah juga mempunyai kandungan karbohidrat yang rendah , jadi kalau si bulus anda makan dengan banyak wetfood pun jangan risau . Xkan menyebabkan obesiti yang terlampau .
3. Makanan basah juga sebenarnya adalah makanan yang segar dan ianya baik untuk kesihatan anak bulus anda .
4. Akhir sekali , makanan basah adalah seakan-akan sama dan serupa dengan makanan asal kucing anda diluar sana . Kalau kucing anda hidup diluar (kucing liar) , dorang makan cicak , ikan , burung , katak camtu la kan...lebih kurang sama lah tu .. makanan segar ! ngeee .. ade okey kucing makan katak ! penah nampak
Keburukan :-
1. Kalau terlebih daripada sukatan utk size tubuh seseorang kucing , ia akan menyebabkan kucing mengalami cirit-birit . Sebab terlalu banyak kandungan air di dalam badan .
2. Makanan basah perlu dihabiskan segera , tidak boleh biar berminggu-minggu @ berbulan ye ! kalau biarkan camtu je tanpa diletakkan dalam peti ais bakteria , semut lalat bagai semua tu boleh hingga dan akan menyebabkan anak bulus anda sakit !
3. Kalau terlalu lama letak dalam peti ais juga , zat dan nutrien akan hilang begitu sahaja . Silap-silap peti ais yang sihat ! terlebih nutrien !
P/S : So , kesimpualannya . Makanan basah ni hanya sesuai bagi sekali-sekala sahaja .. Macam Jaja selangkan 3 @ 4 hari macam tu .. Kadang-kadang pagi bagi makanan basah , petang bagi makanan kering . dan selalu perhatikan najis dia . Kalau dia cirit , stop bagi makanan basah ye . Kalau ada sesiapa yg anak bulus dia x makan kibbles langsung tu , try bagi wet food .. kadang2 anak bulus kita ni suka tukar2 selera

Friday 19 September 2014

Makanan Yang Bagus Untuk Si Comel Anda

Friday, September 19, 2014 10
Makanan Yang Bagus Untuk Si Comel Anda
Assalammualaikum
Pada entri kali ini , Jaja nak sharekan beberapa jenis makanan yang sihat untuk kucing anda ! Jaja tahu mungkin yang ramai yang sudah sedia maklum dengan jenis makanan yang sihat untuk si comel anda . Yela , nak bela kucing bukan boleh saje2..mestikah kena ada ilmu jugak kan ? kalau tak nanti , kesian kucing ... tuan tahu bela je , jadi pape kat kucing .. dah xtahu nk buat apa !
Ok , bagi anda yang baru sahaja memelihara kucing ! Jaja percaya entri ini sangat membantu .. Perkara pertama yang perlu titik beratkan disini adalah soal pemakanan si comel anda .. brand apa yang sedang anda semua berikan pada si comel ??

Whiskas ? Friskies ? SmartHeart ? Pro-Diet ? No !!! makanan-makanan ni mempunyai kandungan garam yang sangat tinggi ! Kenapa bagi makanan murah ? sebab x mampu ? urmm ... lebih baik berhabis sikit sekarang daripada berhabis banyak di kemudian hari .. Jaja tengok aritu kawan facebook Jaja , habis beratus-ratus sebab rawat kucing dia yang terkena batu karang . Tahu macam mana boleh terkena batu karang ? Ianya disebabkan oleh sikap tuan kucing nak jimat je even dah tahu makanan-makanan komersial tu akan memudaratkan kesihatan si comel .. nak jimat punya cerita , akhirnya beratus ringgit yang dilaburkan utk merawat si comel . Akhirnya si comel mati sebab lambat diberikan rawatan ..

Pada yang x tahu , xpa .. janganlah rasa serba salah ! Cepat , segeralah tukar brand utk si comel di rumah tu .. kesian dorang , dorang sakit .. tp xtahu macam mana cara nak bgtahu kan ..
Jadi katakan tidak pada brand-brand dibawah ni ! :-
Jaja nak tanye , berapa ramai kat sini yang check dulu ingredient belakang sebelum beli makanan kucing tu ? Jaja percaya , ramai di antara korang yg malas baca ingredient kat belakang tu ! macam Jaja jugak suatu ketika dahulu .. hihi .. tengok bahagian depan je , ha ni perisa ikan , ayam , seafood terus grab .. xbaca pon kat belakang .. ape isi kandungan dan sampingannya .. tah2 ade ba alip ba ya ke kan...bg si bulus kita makan .. lepas tu , kita pulak bergelumang dengan dia..aiyarrkk..nauzubillah...

Ok , balik ni ... pegi la memana kedai @ pasaraya .. g tengok makanan yg Jaja blacklistkan di atas .. ada tulis x by product ? pasti ada kan .. tahu apa itu by product ? Chicken , Poultry @ Lamb By product tu adalah BAHAGIAN ANGGOTA BADAN BINATANG TERSEBUT YANG TIDAK DIMAKAN OLEH MANUSIA .. sebagai contoh kalau CHICKEN BY PRODUCT , bahagian yang kita tidak makan adalah seperti KEPALA AYAM , KAKI , TULANG , PARUH dan sebagainya . Silap-silap bulu ayam pon ada kot !

Kesian ke x kesian lepas dah tahu ? si comel kita makan benda2 yang x berkhasiat ! memang la lepas makan tu si comel kenyang , sebab apa ? sebab adanya gandum , soy , jagung bebagai tu ! tu yang membuatkan dorang kenyang . tapi sekadar kenyang jela .. x berkhasiat ! sama je konsep nye , korang makan ikan ayam bagai .. dah habis .. korang bagi rangka or tulang temulang je kat si comel .. kesian kan ? sedih je rasa !

Tapi , daripada info yang Jaja dapat daripada vet .. kalau dah memang x mampu sangat2 .. nak bg jugak makanan yg kandungan garamnya tinggi ni .. pastikan si comel minum banyak air .. tu je ! tp , macam mana kan .. xkan kita nk paksa2 dia minum atau nk sumbat mulut dia.. hurmm :(

So , marilah sama-sama kita tukar pemakanan si comel daripada commercial food kepada premium food .. Antara premium food yg kebiasaannya korang boleh dapatkan di petshop @ vet adalah seperti Royal Canin , Blackwood , Evo , Orijen , Equilibrio .. Jaja guna Royal Canin , selalunya harga untuk setiap makanan adalah berbeza mengikut tempat dan seller . Macam kat tempat Jaja ade yg RM30/kg , RM29/kg , RM27/kg , RM26/kg .. bergantung .. mula2 memang xtahu kat mana yang paling murah .. tapi bila dah membeli 2 3x mesti kita dah tahu tempat mana yang paling murah kan .. kalau nak murah beli yang repack .. repack tu maknanya yg bukan dalam bungkusan plastik lawo le...dia bungkus balik dalam plastik lutsinar biasa .. macam nie ..

Xde le lawoo kan .. heee...xpo..janji si comel kita kenyang dan berkhasiat ! Orijen pon boleh tahan jugak lah mahalnya .. yang paling murah dalam premium food ni adalah Blackwood , sebab tu ramai yang makan Blackwood kot ? Xkisahlah , janji premium ! Vet pula ramai yang suggestkan Royal

Canin(RC) .. Sebab tu Jaja ajar baby2 bulus Jaja makan RC .. :)
Mula-mula kan Jaja bela si Lulu , so Jaja bagi dia makan Persian 32 Kitten , elok la dia makan .. selang beberapa hari tu Abg Mus bagi si Oyo .. pelik , 2 hari Oyo x makan .. ingatkan dia sakit .. Jaja pon pegi la petshop .. padanla ! rupanya , xsesuai bagi Persian 32 Kitten untuk baby bulus 2 bulan .. sebab besar sangat ... Jaja pon tukar , bagi Mother&BabyCat .. kecik sikit sizenye .. baru la si Oyo nak makan .. heee .. comel je .. Selang seminggu dapat si Omi .. Omi pon Jaja bagi Persian 32 .. Alhamdulillah , semuanya senang ! xmeragam pon .. bila semua da besar .. dalam 4 bulan ke atas , semua makan Persian 32 .. jimat sket .. beli yang besar ...
Selain daripada bagi makanan dry food / kibbles ni .. Jaja pon bagi wet food jugak .. Wet food akan Jaja sharekan pada entri yang akan datang ok .. ! Wet Food dalam tin pon bagi , wet food yang buat sendiri pon bagi ! heee ... buat sendiri ? menarik ! nanti kita cuba sama-sama yaa ! :)

Others Premium Food :-





Thursday 18 September 2014

Hadiah Yang Sangat Bernilai

Thursday, September 18, 2014 1
Hadiah Yang Sangat Bernilai
Assalammualaikum
InshaAllah , esok 190914 .. Genap 3 tahun perkenalan Jaja & Abg Mus .. nampaknya , nexy year dah xsambut pada 19 Sept lagi .. hihih .. dah bertukar tarikh dah ! dah leh guna tarikh nikah .. ngeee... tiap-tiap tahun dapat hadiah .. best kan ! weee .. tahun lepas dapar gelang silver .. tahun ni pekata mintak benda yg hidup plak ! ngeh3...bleh jage sesama ..
So , Jaja decide nak mintak persian cat dari Abg Mus ... ngeee...cari punye cari punye cari .. xjumpe pon mengikut badjet .. last2 jumpa kucing siam .. xdpt bebulu kembang dan panjang sangat , ekor kembang sikit pon jadi la ... so , malam tu jugak Abg Mus kasi duit , kami amik kitten kat Cyberjaya .. atototo , comey kaler putih ! yg menarik hidung hitam nye tu ... hihi ... senang nak cari kalo hilang nanti .. wehuuu .. so , guna khidmat Wazeeee ler ! ngeeee~~ akhirnya sampai jugee ! memandangkan amik dia malam , makanan susu semua kelengkapan x beli lagi .. sian baby kitten ni ..
Abg Mus bagi nama dia Lulu ... hihi ! cecomell jer lah ! btw , Lulu ni betinaaa .. sangat hyperactive dan bising .. die bising kalo nk kite main dengan dia .. kalo kite tidur die x bising , cuma kalo die nmpak kite..kalo kite x layan die..die bising la...bila dah pegang , usap2 baru senyap...ngadeee tauu.. mata cantik lak tu .. kaler biru ! hihi.. ganas die ni..ape yg xpenah , jatuh terantuk semuanya sudah ! sabaq jelaaa ... dia lahir bulan 6 haritu .. so skarang dalam 3 bulan .. hihi
Esoknya , Jaja datang office Abg Mus .. Abg Mus kate nak keluar amik barang , ok then xpela .. Jaja dok depan office die sambil sembang2 ngan Ayie .. dalam setengah jam pastu Abg Mus kelam kabut keluar kereta soh Jaja amik barang .. Jaja bermalas-malasan bangun nk g angkat barang tu .. pastu Abg Mus suruh jugak2 cepat amik .. aiyo0o... yolah-yolah ! tiba-tibaaa !
"Uwarrghhhh....." terjerit makkk .. lantak la ade orang ke xde orang ke .. xpeduli dah , orang sekeliling tengok kot masa tu .. ngeee .. mana x nye , kalau dah buka2 pintu kereta ! nampak baby bulus comey wane kelabu ni atas seat kereta ! gggrrr....
Comelkan ?? yg si kenit ni pon ... jugak Abg Mus yang bg nama .. Abg Mus bagi nama Oreo .. Jaja lebih suke panggil die Oyo ... cecomel je kan .. :) di lahir bulan 7 dan dia anak teruna .. so sekarang umur dia 2 bulan .. bila letak dengan Lulu .. ok , dorang x bergaduh pun .. cuma si Lulu suka sangat membuli si Oyo ni ..sian die .. kalau bergurau , pasti kalah ! ye la dia kan kenit ! Jaja bagi dia makan Royal Canin baby kitten .. xpe..bab makanan dan diet sampingan akan Jaja kongsikan dalam next entry ..
Kriteria Oyo ni sangat manja , suka baring atas dada dan dalam selimut .. kalau Jaja bawak masuk dalam bilik .. baring sama2 atas katil , bila dia tengah syiok main sorang2..Jaja nyorok .. pastu die dok meow-meow cari Jaja .. haha.. keluar masuk dia dalam selimut cari Jaja .. bila Jaja kuar , dia nampak terus gigit kaki Jaja ... heee
Selang beberapa hari , 1 minggu .. tengah Jaja golek2 layan movie .. Abg Mus kata nk tanye 'something' .. hohemmgeee .. ni yang takot nak dengar ni .. something2 bagai .. ggrrr.. pastu Abg Mus tanya kalau nak bagi Oyo lagi sorang bini nak x ... mampu x .. ngeee... so , Jaja nk tengok dulu la camne rupanye kan .. kot2 xberkenan .. sekali tengok dah terpikat hokey .. ade iras2 MaineCoon .. bulu banyak2 kat leher nye tuu ... hiii .. Jaja pon cakap la nak .. Jaja pon g opis Abg Mus terus .. dah petang camtu baru la Abg Mus balik .. bawak si comey nie !
Nama dia kali ni Jaja yang pilih ! heee.. Jaja bagi nama dia Nomie .. nama manjaaa Omi ! hihi .. betina .. 2bulan jugee..si gadiss ! sekarang dah ada 3 ekor baby bulus ... eiii .. comel-comel ! geramm je tengok semua ni ! hihih ... Omi ni pun manja juga , tp dia xbyk bunyi .. kalo letak dalam sangkar tu dia xde pon bising2 mintak nk keluar .. kalo Oyo dia bising , nyaring je suara dia jerit nk keluar dari sangkar... hihi.. Omi masih takut2 lagi dengan kucing yg sedia ada .. lebih2 lagi dengan Lulu .. sbb Lulu tu hyperactive terlebih sangat .. takot Omi .. sekarang Omi tengah nak berjinak-jinak dengan Oyo .. heee..
Terima Kasih Abg ! cukup-cukup la ada 3 ekor ni ye ... jangan hadiah kan lagi dah .. nanti tunggu anak2 dorang je lepas nie .. ngee... kalo ade yg tawar sampai beribu pon Jaja xjual dan xkan bg si comel nie .. bukan sebab cantik sahaja .. tp sebab sentimental value .. si pemberinya .. tunang saya... :')
Siapa sini pencinta kucing ? ngeeee ~ sharing2 lah ye !

Friday 5 September 2014

Make-Up Artist (MUA)

Friday, September 05, 2014 2
Make-Up Artist (MUA)
Assalammualaikum
Selain daripada photographer , make-up artist juga adalah orang yang sangat penting dalam menjayakan majlis perkahwinan kita ! make-up artist (MUA) atau dikenali sebagai mak andam .. heee , kalau xde MUA ... muka kita xkan cantik dan berseri2 lah dimajlis perkahwinan nanti .. 
Bagi mereka yang suka akan solekan yang simple2 , maybe boleh mekap sendiri kot ... bagi mereka yg suka mekap yg tebal2 , cantik2 , kot2 nk suruh MUA buat muka macam Siti Nurhaliza ke , Erra Fazira ke .. hihih .. kene la guna khidmat MUA !
Bonus bagi mereka yang berkebolehan mekap sendiri ! ngeeee ~ seronok la dapat touch up muka sendiri ye dak ? tp , kalau Jaja .. even pandai make up sendiri , Jaja still akan gunakan khidmat MUA .. bukan apa , time tu kan kita 'raja' ... hihihi... dilayan macam raja lah ! *sila muntah
Wokeyhh ! so , MUA utk wedding Jaja nanti .. setelah di teliti hasil kerja ke semua senarai MUA yang Jaja ada .. Jaja dengan sebulat suara dan berbesar hati utk memilih NaNa Bella sebagai MUA utk wedding Jaja ... dari Akad Nikah , Malam Berinai , Resepsi & Bertandang .. semuanya Jaja gunakan khidmat Kak Nana ni ... Harap2 semuanya berjalan ngan lancar .. 
MUA yang Jaja senaraikan x kurang juga hebat nya , semua ada hasil karya yg baik megikut kreativiti masing2 .. ^_^
maaf ye kalau Jaja dah ye2 tanye quotation tapi tak gunakan khidmat korang , as long as Jaja xbuat payment utk lock date (deposit) korang bleh je buka tarikh tu utk orang lain ..
Kat bawah ni hasil air tangan yg marvelouuuss dari Kak Nana ! jom cuci mata
Allaaa...banyak sangat la gambar pengantin , xlarat nak share .. kalau sesiapa yang nak tengok @ nk guna servis Kak Nana nie .. jom ke SINI
psst...btw , Kak Nana ni orang Pahang ... Jaja sangat bernasib baiklah sebab Kak Nana boleh turun ke Perak semata-mata nak mekap Jaja .. terima kasih sangat2 Kak Nana !! :) mmuuaaacchhh !
Harga yang di tawarkan oleh Kak Nana juga sangat reasonable .. :) hasil tangan pun sangat menyenangkan .. Untuk solekan , Jaja sangat menitik beratkan bahagian kening & shading di bahagian hidung .. kalau seseorang MUA itu pandai melakarkan kening , automatik nanti pengantin akan kelihatan cantik dan berseri ! heeee ~ Jaja berani cakap mcm tu sebab , muka Jaja ni dah pelbagai jenis MUA yg conteng masa join modelling tu .. dari MUA yang pandai melakarkan kening sampailah dari yang langsung x pandai melakarkan kening ... bila tengok hasil kerja mereka yg pandai melakarkan kening , sangat superb ! cantikk ! berbanding daripada MUA yg xpandai melakarkan kening ..
Macam Jaja ? chaiih , lagi la langsung xpandai nk lukis2 kening ni .. Jaja kalau boleh xnak kening yg tebal sangat , nak nipis je .. baru cantik... kan3.. :) nak kening nipis xsemestinya kene cukur kening , kadang2 ade juga MUA yg tau guna teknik gam ... so , nanti kening tu kelihatan nipis cam cukur je ! ^_^
Okey , cukup sampai disini ! harap2 semua sesi conteng2 muka Jaja nanti berjalan dengan lancar .. 100% kepercayaan diberikan pada Kak Nana sorang je nanti utk buatkan Jaja kelihatan seperti Ratu ... hiiii ..

P/S : bagi Jaja , Jaja sangat berpuas hati dengan hasil kerja Kak Nana , korang pula bagaimana ? heee.. taste orang berbeza2 kan .. :)

Thursday 4 September 2014

Offical Photographer

Thursday, September 04, 2014 0
Offical Photographer
Assalammualaikum
Photographer ! Photographer adalah orang yang sangat penting untuk merakam detik-detik indah yang sangat bermakna di majlis korang tu nanti ! Jadi , pencarian photographer bukanlah boleh dipandang enteng ! kalau xde photographer , xde la gambar .. kalau xde gambar xde la kenang-kenangan dimasa akan datang ! heeee..
Xsemestinya kene hired photographer yang mahal-mahal .. ikut kemampuan masing2 lah kan .. kalau xde bajet nak hired photographer , pon xpe .. its okey .. guna camera biasa , upah sedara mara..cuci 4R kat kedai gambar pon boleh .. xyah guna album2 sticky mockup bagai ..janji ade gambar kan ..
So , selepas buat penilaian .. mencari-cari photographer . Makanya , terjumpalah seorang photographer yang sangat awesome .. Banyak photographer2 awesome yang Jaja survey , sedang mencari2 dan meng'usha' terjumpalah MdNoor Photography sangat awesome berbanding photographer2 yg awesome ..
Terima kasih untuk abang2 photog yang terlibat dalam pemberian quotation . Memandangkan Abg Mus juga photographer , makanya ... Jaja cuma mencari photographer utk shoot & burn sahaja .. utk album , sticky ke custom ke photobook ke semua Abg Mus yang settlekan .. buat sendiri jee.. hiii..bukan kedekut .. cuma jimat ... mana boleh jimat kita jimat .. mana boleh cut cost , kita cut cost ... 
Sekali lagi terima kasih Jaja ucapkan buat photog2 yang dah Jaja tanye kan harga semua ya...kesemua hasil2 kerja korang memang terbaik .. tp , bergantung pada budjet Jaja juga sebenarnya... :) harap2 kita dapat berkerjasama pula di event akan datang yaa.. new born ke , aqiqah ke , beday anak ke...heee.. :) InshaAllah , jangan la kecik hati lak Jaja xpilih korang jadi OP .. sebab sesetengah , yang Jaja survey tu .. member2 Jaja juge .. yg penah shoot Jaja mase time modelling juga .. bukan ape , takut nanti korang kecik ati .. sebab Jaja beriya2 tanya harga .. tapi x amik ... sorry yee... bajet cipot jeee ! :D

Sorry kalau Jaja x pm sorang2 utk bgtahu yang Jaja xjadi guna servis korang .. sebab banyak sangat photog yg Jaja tanye .. sampai ade yang terlupa dah ..kot2 korang tunggu jawapan Jaja lame sangat ke kan ... InshaAllah ade lain rezeki utk korang ..
Btw , jangan lupa dtg wedding Jaja .. nak amik gambar byk2 pon boleh .. heee.. buat port-folio ye ? janji x ganggu OP .. aicehhh .. dah bajet retis sangat dah ni ! :p
Kat bawah ni antara gambar2 yang dishoot oleh MdNoor Photography 
dan banyak lagi artwork di SINI .. sesiapa yang berminat boleh la roger2 abang photog ni ye .. mane tau nak book untuk majlis korang tahun depan !
harap-harap semua urusan dipermudahkan , dan berjalan dengan lancar dari A-Z .
Amin !
dan InshaAllah , lokasi outdoor kami adalah di sini . Semoga cuaca juga baik2lah hendaknya

Kellie's Castle

p/s : ppsssttt .. Abg Mus pon photog juge , sesiapa yg bajet nye cipot2 cam Jaja leh roger Jaja yeee..nanti Jaja inform Abg Mus ... kot2 bleh jadi OP korang kee.. :)

Monday 1 September 2014

Warna Tema Majlis

Monday, September 01, 2014 2
Warna Tema Majlis
Assalammualaikum
Hari ini kita akan bincangkan warna-warna tema untuk majlis pernikahan / persandingan Jaja dan korang semua .. So , macam mana ngan pemilihan warna utk majlis korang ? Dah dibincangkan dengan pasangan & family masing2 ..? Apa ? belom ? eh , majlis korang dah dekat ke atau lambat lagi ni ? Jaja ritu setahun sebelum majlis dah bincang nak kaler ape .. hihi.. nampak x semnagat yg x menyempat tu !
Bukan apa , kita ni kadang2 nak warna Peach kononnya , tapi bila da 2 3 bulan .. Tengok orang pakai Purple , dah berkenan Purple plak ... tu kena bincang betul2 dapatkan kata2 sepakat .. Ingat , pemilihan warna pakaian sangat penting !! Penting !! Kena bincang betul2 , dapatkan sokongan dari pasangan terutamanya .. Kalau awak suka biru , pasangan suka pink ... xleh jadik , nanti kalau amik warna yg pasangan x suka dah masam je muka dia .. xberkenan ! 
Pemilihan warna sekarang dah x kisah , bukan macam dulu .. Kalau biru pekat , kene combine dengan biru cair .. Hijau pekat combine dengan hijau cair .. No no no .. sekarang dah xkisah .. Warna Merah + Kuning ada , Biru + Kuning ada , Hijau + Pink ada , Purple + Biru ... macam2 lah ! kontra kaler ! actually cantik jugak kaler kontra .. Jaja teringin sebenarnya nak pakai warna Merah + Kuning .. heee.. tapi , Abg Mus kan x berapa nak cerah , so .. nanti nampak x lawo la hubby sayeeee... hihihi ..
Contoh warna kuning + merah 
Utk wedding kami ni , yang banyak mencetuskan idea cumalah Jaja sorang .. contoh macam tema , design baju , warna baju family , jenis2 hantaran , warna hantaran , makeup , dll.. Abg Mus cuma keluarkan duit sahaja ... dan sikit2 je .. mcm Photographer & Videographer ..hihi , tp bukan la semua 100% Jaja yg putuskan ... Jaja akan minta pendapat & pandangan Abg Mus juga ... Ingat !! semua keputusan perlu berbincang , jangan pandai2 buat sendiri ya ..
So , selepas berbincang .. Tema untuk majlis kami adalah warna .. 
1. Pernikahan
Cream & Red Chili 
2. Majlis Resepsi 
Baby Blue + Purple
3. Malam Berinai
Maroon + Gold
4. Majlis Bertandang
Champange + Emerald Green
Lengkap keempat-empat warna untuk majlis kami nanti .. Design baju ? errrr... rahsia boleyy ?? ngeee... xsuprise la kalo tunjuk design awal2 ...kan kan kan ? salah satu sebab lain pula adalah , takut nanti design yg Jaja nak x sama ... bila dah siap nanti .. :p so , utk design baju akan Jaja kongsikan lepas majlis nanti ye ..
Jaja teringin sangat nak guna design sorang designer ni , capital Z .. tapi ... mahal sangat sepasang RM 1600 .. dah la nak guna 4 pasang baju .. jadi makanya , xkan nak perabih RM 6400 hanya untuk baju ? ya , memang masa mula2 nk proceed je ! tapi , selamat la balik kg , jumpa satu butik ni ... lepas student IKM .. Jaja tunjuk deisgn yg Jaja nak , dia cakap boleh buat . InshaAllah ... moga semua baju2 dapat disiapkan mengikut citarasa Jaja ... dan design yg Jaja nak .. harga serendah RM 500 / sepasang ! heee... tengok , lebih dari 50% jimat kan ...
Baju Pengantin Lelaki , Perempuan , Veil , Kasut sekali lah semua tu .. murah kan ? yelah , dekat kampung .. kalau jual sepasang RM 1600 memang xlaku le jawabnya ... btw , RM 500 / sepasang tu untuk baju baru yee .. kita orang 1st pakai .. ngeee..
Nanti bila dah selesai semua , kalau ade sesiapa yang berminat dengan hasil kerja designer Jaja tu..ececeehh... Jaja akan berikan nombor telefon utk korang semua guna servis dia kalau berkenan di hati !

** Gambar cuma hiasan ye ..