Persiapan Ibu Bersalin Ke Hospital - .

Friday 14 August 2015

Persiapan Ibu Bersalin Ke Hospital

Assalammualaikum



Alhamdulillah , kandungan dah nak masuk 37 minggu hari Isnin ni .. :) so , tinggal lagi beberapa minggu utk melahirkan putera/puteri ibu ni ...  ibu pun google dan tanya pendapat orang .. apa yang perlu dibawa masa nak masuk hospital nanti .. yela , 1st baby kan .. jadi macam xtahu , apa benda yg perlu dan tak perlu dibawa .. ok , jom kita sama2 tengok .. 


KELENGKAPAN UNTUK SI IBU

1. Pakaian untuk keluar hospital . 
Bawa 1/2 pasang dah cukup . Sebab sepanjang kat hospital nanti kita akan diberikan uniform khas utk pesakit .

2. Sweater & Stokin
Sejurus selepas bersalin , suhu badan kita akan berubah jadi sediakan peralatan yg boleh "menghangatkan" badan .

3. Kain Batik
Boleh pakai masa nak keluar wad nanti . Tengah sakit-sakit , xkan nak pakai seluar . Jadi , kain batik adalah pilihan terbaik dan selesa 

4. Selipar
Pastikan yg sesuai dan tidak "botak" ye..jap lagi x pasal2 jatuh sebab licin . Boleh digunakan semasa didalam wad atau masuk bilik air

5. Tudung 
Sehelai / 2 helai sudah memadai . Prefer tudung sarung je , senang .. xpayah nak pening2 kepala nak lilit . 

6. Tuala
Untuk mandi

7. Nursing Bra *cadangan

8. Panties

10. Maternity Pad
Khas utk ibu lepas bersalin . Sebab maternity pad lebih lembut , xmacam pad biasa . Jadi , ini bertujuan utk menjaga jahitan juga supaya tidak terbuka dengan mudah . Takut kalau guna pad biasa , keras .. jahitan akan terbuka

11. Peralatan Mandi
Walaupun lepas bersalin , kebersihan kena jaga . Sebelum masuk Labor Room kena bersih dan "buang" apa yang patut . Malu kat doktor ! hehe 
Ex : Berus gigi , pencuci muka , pencukur , sabun , shampu dan sebagainya

12. Penjagaan Diri
Bedak , sikat , getah rambut , deodorant dan sebagainya .

13. Mintak Angin
In case kalau ada pape masalah kesihatan selepas atau sebelum bersalin 

14. Buku Laporan Mengandung
Jangan lupa !!!! pihak hospital sangat perlukan utk rujukan . Kalau terlupa , memang kena marah . Bila dah kena marah , nak bersalin pun tak de mood nanti . Prepare semua dokumen letak dalam file , senang nanti grab 1 file tu je terus bawa g hospital . Sebab nanti lepas settle , nak keluar hospital segala macam dokumen dan bil kita nak letak jugak dalam file tu . 


 SENARAI UNTUK BAYI ( DI LABOR ROOM)

1. Baju Baby
Prefer yang berbutang di hadapan dan berlengan panjang . Sebab dalam labor room tu sejuk , sian baby .. 

2. Mittens and Socks
Sarung tangan dan stokin

3. Receiving Blanket / bedung

4. Pampers

5. Barut

6. Tuala Mandi Baby (Hooded) 

7. Toiletries


SENARAI UNTUK BAYI  ( DI DALAM WAD)

1. Baju Baby
Dalam 4 5 helai sudah memadai . Itu sekiranya kelahiran normal dan bayi tak de masalah kuning . Kalau czer atau bayi/ibu ada masalah kesihatan . 4 5 helai tak cukup . Mungkin boleh sediakan awal-awal dalam kereta . So , suami takkan kelam kabut mencari . 

2. Barut

3. Bedung / Receiving Blanket / Napkin
Ini utk "balut" baby .. sejuk , sejuk , sejuk !

4. Selimut utk baby 
Jika perlu , xpun boleh guna semula barang di no (3)

5. Topi baby
Melindungi kepala dan telinga baby yg baru lahir

6. Mittens & Socks
2 3 pasang sudah memadai . Nak bawak lebih pun tak de masalah . Ala , kecik konet aje . Xberat pun kalau bawak banyak !

7. Pampers 
Bawak lebih , kalau boleh bawak je sebungkus tu ! senang cite

8. Baby Wipe dan Cot Sheet

9. Tuala Mandi Baby

10. Tuala Kecil
Untuk lap air susu  / air liur baby / muntah

11. Toiletries 
Shampoo , mandian , minyak rambut , bedak , losyen

12. Ubat-ubatan
Minyak-minyak utk baby . Seperti mintak telon , vicks , nappy cream dan sebagainya yg diperlukan

13. Bantal baby

BARANG-BARANG LAIN *Additional

1. Air Zam-zam atau Air Selusuh
2. Al-Quran @ Yassin - boleh baca utk kurangkan rasa gementar
3. Air Masak
4. Buah Kurma
5. Makanan
6. Minuman - milo/horlicks/etc
7. Tisu
8. Plastik baju kotor
9. Plastik letak uri
10. Handphone 

Setakat ni , 90% Jaja dah pack . lagi 10% tengah prepare lagi . 
Doakan Jaja dan bayi selamat . :)

Lailahaillah anta subabhanaka inni kuntum minal zolimin ...

Kalau ada point-point yg tertinggal , boleh komen ye . Perkongsian bersama ^_^


No comments: