August 2015 - .

Friday, 14 August 2015

Persiapan Ibu Bersalin Ke Hospital

Friday, August 14, 2015 0
Persiapan Ibu Bersalin Ke Hospital
Assalammualaikum



Alhamdulillah , kandungan dah nak masuk 37 minggu hari Isnin ni .. :) so , tinggal lagi beberapa minggu utk melahirkan putera/puteri ibu ni ...  ibu pun google dan tanya pendapat orang .. apa yang perlu dibawa masa nak masuk hospital nanti .. yela , 1st baby kan .. jadi macam xtahu , apa benda yg perlu dan tak perlu dibawa .. ok , jom kita sama2 tengok .. 


KELENGKAPAN UNTUK SI IBU

1. Pakaian untuk keluar hospital . 
Bawa 1/2 pasang dah cukup . Sebab sepanjang kat hospital nanti kita akan diberikan uniform khas utk pesakit .

2. Sweater & Stokin
Sejurus selepas bersalin , suhu badan kita akan berubah jadi sediakan peralatan yg boleh "menghangatkan" badan .

3. Kain Batik
Boleh pakai masa nak keluar wad nanti . Tengah sakit-sakit , xkan nak pakai seluar . Jadi , kain batik adalah pilihan terbaik dan selesa 

4. Selipar
Pastikan yg sesuai dan tidak "botak" ye..jap lagi x pasal2 jatuh sebab licin . Boleh digunakan semasa didalam wad atau masuk bilik air

5. Tudung 
Sehelai / 2 helai sudah memadai . Prefer tudung sarung je , senang .. xpayah nak pening2 kepala nak lilit . 

6. Tuala
Untuk mandi

7. Nursing Bra *cadangan

8. Panties

10. Maternity Pad
Khas utk ibu lepas bersalin . Sebab maternity pad lebih lembut , xmacam pad biasa . Jadi , ini bertujuan utk menjaga jahitan juga supaya tidak terbuka dengan mudah . Takut kalau guna pad biasa , keras .. jahitan akan terbuka

11. Peralatan Mandi
Walaupun lepas bersalin , kebersihan kena jaga . Sebelum masuk Labor Room kena bersih dan "buang" apa yang patut . Malu kat doktor ! hehe 
Ex : Berus gigi , pencuci muka , pencukur , sabun , shampu dan sebagainya

12. Penjagaan Diri
Bedak , sikat , getah rambut , deodorant dan sebagainya .

13. Mintak Angin
In case kalau ada pape masalah kesihatan selepas atau sebelum bersalin 

14. Buku Laporan Mengandung
Jangan lupa !!!! pihak hospital sangat perlukan utk rujukan . Kalau terlupa , memang kena marah . Bila dah kena marah , nak bersalin pun tak de mood nanti . Prepare semua dokumen letak dalam file , senang nanti grab 1 file tu je terus bawa g hospital . Sebab nanti lepas settle , nak keluar hospital segala macam dokumen dan bil kita nak letak jugak dalam file tu . 


 SENARAI UNTUK BAYI ( DI LABOR ROOM)

1. Baju Baby
Prefer yang berbutang di hadapan dan berlengan panjang . Sebab dalam labor room tu sejuk , sian baby .. 

2. Mittens and Socks
Sarung tangan dan stokin

3. Receiving Blanket / bedung

4. Pampers

5. Barut

6. Tuala Mandi Baby (Hooded) 

7. Toiletries


SENARAI UNTUK BAYI  ( DI DALAM WAD)

1. Baju Baby
Dalam 4 5 helai sudah memadai . Itu sekiranya kelahiran normal dan bayi tak de masalah kuning . Kalau czer atau bayi/ibu ada masalah kesihatan . 4 5 helai tak cukup . Mungkin boleh sediakan awal-awal dalam kereta . So , suami takkan kelam kabut mencari . 

2. Barut

3. Bedung / Receiving Blanket / Napkin
Ini utk "balut" baby .. sejuk , sejuk , sejuk !

4. Selimut utk baby 
Jika perlu , xpun boleh guna semula barang di no (3)

5. Topi baby
Melindungi kepala dan telinga baby yg baru lahir

6. Mittens & Socks
2 3 pasang sudah memadai . Nak bawak lebih pun tak de masalah . Ala , kecik konet aje . Xberat pun kalau bawak banyak !

7. Pampers 
Bawak lebih , kalau boleh bawak je sebungkus tu ! senang cite

8. Baby Wipe dan Cot Sheet

9. Tuala Mandi Baby

10. Tuala Kecil
Untuk lap air susu  / air liur baby / muntah

11. Toiletries 
Shampoo , mandian , minyak rambut , bedak , losyen

12. Ubat-ubatan
Minyak-minyak utk baby . Seperti mintak telon , vicks , nappy cream dan sebagainya yg diperlukan

13. Bantal baby

BARANG-BARANG LAIN *Additional

1. Air Zam-zam atau Air Selusuh
2. Al-Quran @ Yassin - boleh baca utk kurangkan rasa gementar
3. Air Masak
4. Buah Kurma
5. Makanan
6. Minuman - milo/horlicks/etc
7. Tisu
8. Plastik baju kotor
9. Plastik letak uri
10. Handphone 

Setakat ni , 90% Jaja dah pack . lagi 10% tengah prepare lagi . 
Doakan Jaja dan bayi selamat . :)

Lailahaillah anta subabhanaka inni kuntum minal zolimin ...

Kalau ada point-point yg tertinggal , boleh komen ye . Perkongsian bersama ^_^


Tuesday, 11 August 2015

Set Berpantang Spa & Ma

Tuesday, August 11, 2015 1
Set Berpantang Spa & Ma
Assalammualaikum


Memandangkan kurang dari sebulan Jaja akan bersalin , so tiba la masa Jaja utk beli semua keperluan2 yang diperlukan oleh ibu dan baby . Bila dah survey punya survey .. set bersalin pilihan Jaja adalah SPA & MA . Mentang-menatang la duta nya selebriti , terus grab ni ye ? haha.. itu salah satu sebab .. chaih , berjaya marketing strategy dia .. plus ! packaging dia menarik dan nampak mewah membuatkan produk tersebut kelihatan betul-betul berkesan dan boleh dipercayai . Chaih ! lagi sekali aku terpedaya !

Sebelum bercerita lebih lanjut , Jaja nak bgtahu harganya . Harga utk satu set bersalin ni adalah RM 330 .. kena pandai nego , nego punya nego .. ada la dalam 2 3 kedai .. Jaja dapat dalam RM 300 .. last sekali Jaja pegi Tesco Sek 13 tu .. x nego pun..just tanya harga .. tup-tup dia bgtahu harga RM 270 after less.. uik ? guess what , harga sebelum RM 299 .. bukan RM 330... Jaja pelik , dah la Jaja da grab yg harga RM 270 tu... mula la Jaja pikir yg Jaja beli tu lopek punya .. -.-' haha..

Tak puas hati , Jaja pegi la satu kedai baby shoppe yg ade jual benda yg sama ni , Jaja tengok kat tempat harga ada stiker .. oohh ! okey , RM 299 tu pada firasat Jaja adalah harga sebelum GST .. dah GST , terus lekat boh harga baru .. mungkin kedai yg jual RM 270 tu nak habiskan stok...x naik harga bagai.. fuuhh ~ selamat .. banyak tu save .. dekat RM 60 .. >.< Alhamdulillah , rezeki :)

Ok , let's proceed to their product .. dalam set ni ada 11 items yg menarik .. macam-macam ada .. antaranya adalah :-

11 produk premium iaitu : 

MAKAN - 
1. Virgin Coconut Oil
2. Gamat Emulsion
3. Jamu Ratu Dara
 

SAPUAN -
4. Pilis Herba
5. Shape-Up Lotion
6. Minyak Seri Herba
 

PAKAI -
7. Tungku Herba
8. Bengkung Ratu
 

MADIAN -
9. Lulur Frangipan
10. Herba Mandian Spa
11. Feminine Wash

Haaa..siap ada manual lagi camne cara-cara nak guna produk-produk dorang ni .. Bila waktu sesuai nak amik , berapa banyak perlu diambil dan sebagainya . So , xyah pening-pening nak pikir bila waktu sesuai nak guna produk dorang 

Virgin Coconut Oil
  • Meningkatkan sistem pertahanan badan
  • Melancarkan sistem penghadaman dan mengelakkan sembelit
  • Mengatasi masalah keputihan ketika hamil
  • Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental
  • Meningkatkan pertumbuhan sel kulit, rambut dan badan
  • Mengurangkan kesan penuaan dan kedutan pada kulit
  • Menghilangkan parut jerawat dan kesan regangan bagi wanita yang hamil
  • Meningkatkan fungsi kelenjar tiroid
  • Meningkatkan kadar metabolisma badan
  • Mengatasi masalah kulit berjerawat, berminyak dan kering
  • Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik
    Sebagai agen pelincir dalam hubungan suami isteri

Gamat Emulsion
  • Membantu menyembuh luka-luka pembedahan dan memulihkan fungsi sistem peranakan
  • Mengembalikan tenaga dan megelakkan keletihan
  • Memperbaiki sel-sel yang rosak
  • Melegakan lemah badan selepas bersalin atau sakit
  • Memperbaiki tekstur kulit supaya lebih licin

Jamu Ratu Dara
  • Sangat berkesan untuk merapatkan dan menghangatkan bahagian keintiman wanita persis perawan.
  • Mengembalikan tenaga batin wanita
  • Merawat keputihan dengan sangat berkesan
  • Melancarkan perjalanan haid
  • Membantu mengatasi sengugut ketika haid
  • Membantu proses kitaran haid kembali kepada normal.
  • Membantu mengeluarkan sisa-sisa darah haid yang tidak lawas.
  • Sangat berkesan untuk membuang angin dalam badan
  • Membantu mengatasi sakit urat
  • Membantu menghilangkan lesu dan letih badan
  • Memulihkan kembali tenaga
  • Membantu melancarkan peredaran darah
  • Membantu membuang toksin dalam badan
  • Mengecut dan menguatkan rahim bagi wanita lepas bersalin
  • Membantu memperbanyakkan air susu ibu
  • Membantu memulihkan dalaman wanita yang keguguran
  • Meningkatkan kesuburan wanita
  • Membantu mendapatkan zuriat
  • Melawaskan pembuangan air besar dan kecil
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Membantu mencegah barah payudara dan rahim
  • Membantu mecantikkan kulit dan menjadikan muka segar kemerah-merahan
  • Seri awet muda

Pilis Herba
  • Mengelakkan angin masuk ke dalam kepala
  • Membuang angin
  • Melegakan sakit kepala
  • Melancarkan peredaran darah
  • Mengurangkan gelap mata yang dialami kebanyakan ibu selepas bersalin
  • Mengurangkan keletihan

Shape-Up Lotion
  • Melancarkan peredaran darah yang tersumbat
  • Membakar lemak dan melangsingkan badan
  • Membuang angin dalam badan
  •  Melegakan sakit otot dan sendi
  • Mengatasi kembung perut
  • Mengatasi selulit
  • Sangat sesuai untuk ibu selepas bersalin

Minyak Seri Herba
  • Melegakan sakit sendi dan tulang
  • Mengatasi masalah kekejangan otot
  • Melancarkan peredaran darah
  • Membantu membuang angin di dalam badan
  • Mengurangkan regangan pada kulit selepas bersalin
  • Mengatasi kembung perut

Tungku Herba
  • Mengempiskan dan membuang angin dalam perut selepas bersalin
  •  Mencairkan ketulan darah dan melancarkan perjalanan darah
  • Melegakan sakit sendi dan sengal pada tubuh
  • Mengecutkan rahim dan urat yang kembang selepas bersalin
  • Memanaskan badan dan melonggarkan otot tegang

Bengkung Ratu
  • Mengembalikan bentuk badan asal
  • Mengempiskan perut
  • Merapatkan kembali tulang pinggul selepas bersalin

Lulur Fragipani
  • Mencantikkan kulit supaya lebih halus, gebu dan cerah
  • Menanggalkan sel-sel kulit mati pada tubuh
  • Memperbaiki tekstur kulit
  •  Menghilangkan selulit
  • Memutihkan bahagian tersembunyi seperti di lutut, siku dan celah lengan
  • Melembapkan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar matahari
  • Menghindari bau badan dan peluh berbau

Herba Mandian Spa
  • Mengurangkan angin dan membuang toksin dalam badan
  • Melancarkan peredaran darah
  • Membantu melegakan sendi dan saraf yang tegang
  • Mencegah bakteria dan kulat
  • Menyingkirkan sel-sel kulit mati pada tubuh
  • Mengatasi masalah keputihan
  • Memecahkan lemak
  • Menegangkan otot dalaman vagina
  • Mewangikan dan menyegarkan badan serta menghilangkan bau hanyir
  • Mengurangkan stress
  • Mengembalikan tenaga

Feminine Wash
  • Membasmi kulat serta kuman bagi mengelakkan keputihan
  • Mempercepatkan pemulihan luka selepas bersalin
  • Menghilangkan kegatalan
  • Mencegah jangkitan kuman
  • Melicinkan dan memelihara kulit
  • Mengharumkan serta menyegarkan bahagian Miss V
  • Menyelesaikan masalah kelembapan
  • Merapatkan Miss V

Rasanya , dah lengkap .. full info Jaja sertakan dekat sini . Bagi Jaja , pilihan ni memang terhebat sebab semua ada kat dalam ni .. tak payah dah pening-pening kepala nak mencari beli itu ini dekat mana . Kalau berminat , dapatkan di toko-toko jamu berhampiran .. ! Doakan Jaja selamat bersalin ye dan dapat bersalin secara normal dengan mudah..InshaAllah ! :)










Wednesday, 5 August 2015

Menaiki Flight Semasa Hamil ??

Wednesday, August 05, 2015 1
Menaiki Flight Semasa Hamil ??
Assalammualaikum

Masa Jaja bagitahu orang yg Jaja akan naik flight ke Bali , ramai yg macam kurang setuju .. dan ramai juga yg cakap x boleh .. sebab masa nak naik tu dah masuk 33 minggu .. biar betul ? huwaa... tiket dah beli , semua da ready .. tinggal nak pegi je .. T__T risau jugak la ... hari-hari risau pasal tu 

sampai la tiba masa nya Jaja pegi wat check up dekat klinik .. dan Jaja minta surat kebenaran utk travel .. actually , sebelum tu Jaja dah try tanye doc mengenai travel tu .. doc cakap , buat masa ni kandungan awak ok dan kalau nak travel xde masalah .. nanti try datang 2 3 hari sebelum nak travel tu utk doc check lagi sekali

alhamdulillah , dengar doc cakap camtu lega sikit .. tp takut juga lak xlepas on dat day kan .. bila tiba masa nya , sehari sebelum fly Jaja buat check up dan doc sahkan kandungan sihat dan boleh travel .. bila da dapat surat doc , happy memang x terkata lah citenye kan .. pluss , this is my 1st time ! nak naik flight..haha..eksited die lain macam sikit la cite die !

bila Jaja pos gambar surat kebenaran tu kat istagram , ada juge yang cakap juga xboleh .. ggrrr... sebelum booking ticket flight tu .. Jaja ade buat research mengenai kandungan yg dibenarkan utk naik flight .. hoho .. bukannya xde buat..so kat bawah ni ade sikit info utk preggy mom yg nak naik flight


Air Asia
*Kehamilan sehingga 27minggu, kami membenarkannya tanpa surat doktor dengan syarat penumpang kena sign surat  yang mana ada 3 copy, satu masa nak boarding, satu bagi dekat flight attendant & satu lagi copy kita pegang. Bila masa nak sign? Masa tengah check in @ masa tunggu nak boarding.
*Perempuan hamil dari 28 minggu sehingga 34 minggu penumpang kena bawak surat dari doktor yang mengesahkan usia kehamilan & anda tiada complication untuk penerbangan. Yang ni pun kena sign surat Limited Liability Statement
*Kehamilan dari 35minggu ke atas tidak dibenarkan menaiki flight. 


Malaysia Airlines
*Penumpang hamil normal boleh menaiki pesawat sehingga usia kehamilan 35minggu
*Surat keterangan doktor harus di bawa untuk mengesahkan bahawa penumpang tiada komplikasi untuk berada dalam pesawat bergantung pada tarikh kelahiran yang di jangkakan.
*MAS tidak membenarkan penerbangan bagi penumpang hamil pada bulan terakhir kehamilan sehingga tujuh hari sebelum tarikh melahirkan di jangkakan.

dan alhamdulillah , dah selamat dah pun Jaja nak flight aritu .. ngee .. sampai kat ticketing just inform yg kita pregnant .. nanti dia akan suruh kita isi dan sign borang .. borang tu nanti bawa , bg masa nak masuk depature hall tu .. 

bila nak balik ke Malaysia aritu , tiba kat ticketing .. ingatkan x perlu bagitau dorang yang kita pregnant...tp , tiba-tiba dia tanya kt kakak ipar Jaja .. "perempuan tu hamil ya..?" -.-' hehe..so , sama juga process nye kena isi borang dan sign ..

then settle ...

sepanjang perjalanan dalam flight tu .. baby okey .. dan keadaan Jaja pun ok .. xde sakit-sakit pun .. xmuntah dan xde alahan .. heee... nanti Jaja sharekan pengalaman naik flight yee..bukan senang orang nak share 1st experience .. haha.. malu konon..chaih !

*btw , pihak penerbangan ni .. takut kalau kita terberanak dalam flight..nanti dorang kene tanggung itu ini .. takut juga kita saman dorang kot..kalau terjadi pape pada ibu dan baby .. dengarnya dulu , ada orang pernah deliver dalam flight..terr...tiap tahun pihak penerbangan bagi tiket penerbangan free buat ibu dan baby .. perghh ! bestnyeee !!!

Contoh surat kebenar tu camni 





Tuesday, 4 August 2015

Syawal 1436H

Tuesday, August 04, 2015 2
Syawal 1436H
Assalammualaikum

Belum terlambat lagi kan Jaja nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir dan Batin 
Alhamdulillah , tahun ni .. Jaja dapat sambut berdua dengan suami .. :) keluarga kecil kami ..
Memandangkan raya tahun ni , family belah suami Jaja ajak pergi bercuti ke Bali .. Jaja dan Abg Mus decide last2 puasa dah balik kampung belah Jaja .. Sampai raya pertama .. Tengah hari raya pertama  kena balik Shah Alam sebabnya keluarga sini xkenal-kenal lagi ngan  Jaja .. xpe.. kena bertolak-ansur laah ye dok 

Agak sedih jugak , sebab raya tahun ni raya pertama Jaja tak leh nak berkepit bawah ketiak mak dari pagi sampai raya yg ke 3 4 5 6 7 .. hurmm .. yela , dah kene follow montot suami .. hehe.. raya tahun ni da start bagi duit2 raya dah..walaupun x banyak , janji bermakna kan :)

Ni gambar-gambar raya kami .. tahun ni beli baju raya kat Pudore .. xleh dah nak berkebaya ketat dh.. hahaa.. mak boyot la katekan :p 

InshaAllah , tahun depan bertiga plak .. mood raya tahun ni belum habis lagi , Jaja dah pikir warna tema tahun depan dah .. tahun ni tema kami Cappuccino ... dengan mak2 Jaja sekali pakai warna cam kami .. >.<

Mak terlebih eksited , katenya tahun depan warna apa .. nak tempah awal2..nak sama kaler ngan cucu.. -.-' hehe..mak2..InshaAllah , semoga dipermudahkan segalanya..Amin..