Pengurangan Balik Pinjaman MARA - .

Tuesday 1 July 2014

Pengurangan Balik Pinjaman MARA

Assalammualaikum
Ahhh .. sudah , kita lupakan entry yang sebelum ini ! selagi entry tu ada kat home page nie .. selagi tu ase seram sejuk meremang segala benda tengok ! hahaa ... ok , actually kali ni Jaja nk share cite pasal pinjaman mara ! ada sesiapa sini yang dah buat pinjaman mara , bakal buat pinjaman mara , nak bayar , nak pengurangan ? dan sebagainya .. Ok memang betul sini tempatnya ! Entry ini sangat membantu anda semua .. Tapi sebelum tu , Jaja nak ucapkan ribuan terima kasih pada pihak MARA .. sebab meluluskan pengurangan balik pinjaman MARA ... pada mula nya ingatkan tak dapat dah pengurangan .. yelah sebab dah tunggu lama kot ! setengah tahun ~ bukan sekejap .. tp lama ... hehe.. dengar kata senior yg berpengalaman , kalau nak cepat .. dapat je result lepas graduate tu , sediakan dokumen dan terus pegi pejabat MARA kat KL nuu .. memandangkan Jaja da start keje , kekangan amsa unutk g ke KL tu ... jadinya , Jaja cuma pos sahaja !
Ok .. disini ada cara dan tips2 nya yaaa... 
1. Kalau nak tahu berapa jumlah pinjaman yang anda semua sudah lakukan , sila klik di SINI .. kadang2 kalau entry ni dah terlalu lama..makan tahun .. mungkin dah xleh open .. don't worry .. korang type je kat google tu .. e-baki MARA .. nanti dia akan keluar .
So dah tengok berapa jutaa korang pinjam ? hehehe .. ok.. next kita proceed utk step ke 2 
2. Sekarang korang kena bukak plak e-Conversion untuk apply borang pengurangan bayaran balik pinjaman tersebut . Ini khidmat atas talian , so memudahkan kerja dan mempercepatkan juga . Tapi , kadang2 website ni sangat slow . Jadi , sabar itu penting
3. Masukkan no kad pengenalan & no akaun pinjaman MARA . Mana nak dapat no akaun pinjaman MARA ? ingat masa mula2 nk apply dulu , korang ade dapat bagai2 surat perjanjian kan .. kat situ ada .. kalau xde .. korang bleh tengok balik kat e-baki tadi (Step 1)
4. Dekat website e-Conversion tu ( SINI ), pihak MARA dah bagitahu cara-cara , panduan dan syarat untuk pengurangan pinjaman ini . Korang cuma perlu klik link dan baca panduan tu , fahamkan betul2 supaya semuanya jelas .
5. Bila dah faham betul2 terus proced dan isi semua maklumat yang diminta . Untuk pengetahuan korang semua , lepas korang lengkapkan segala bagai maklumat tu . Korang kene print , cari la button print atau apa yang ada . Kalau x de button print , macam Jaja dulu .. Jaja Print Screen .. dan paste kat Paint .. crop cantik2 terus print !
6. Oh ya , korang kene pos terus segala borang dan dokumen dalam masa 30 hari dari tarikh korang hantar permohonan online tu .. Please ! jangan buat kerja last minute dan lambat bertindak ! nanti menyesal x sudah plak kalo kene reject kan ..
7. Dokumen yang perlu korang pos adalah seperti yang tertera dibawah :
i) Borang permohonan e-Conversion (yang korang isi online tadi)
ii) Salinan sijil Diploma/Ijazah/Sarjana/PhD/Professional dan lain-lain (yang berkaitan)
iii) Salinan transkip rasmi
Additional :- macam Jaja , sebab nak sangat dapat pengurangan .. takot kene reject .. Jaja bagi sekali IC Jaja , surat beranak , IC mak , surat perjanjian MARA dan dokumen lain yg berkaitan . 
8. Dan segala dokumen yang hendak dipos perlulah disahkan benar !! (tandangan dan cop) oleh Pegawai Kerajaan ataupun Badan Berkanun Kumpulan A dan B / Penghulu / Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK)/Sidang/Jaksa Pendamai (JP)/Wakil Rakyat/Pegawai-pegawai dalam Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman seperti Majistret/Peguam . Setiap pengesahan mestilah tertera Nama,Jawatan dan Jabatan . Macam Jaja ritu , Jaja minta cop dari PK Hem Sekolah Menengah depan rumah ni .. hehe
9. Hantarkan segala dokumen lengkap ke alamat yang tertera dibawah :-
Unit Conversion
Bahagian Kawalan Kredit 
Tingkat 3 . Ibu Pejabat MARA .
21 , Jalan Raja Laut .
50609 . Kuala Lumpur
10. Akhir sekali tunggu sehingga pengesahan dibuat dan boleh check e-Baki ... kene sabar menunggu yeeeee !!

Jaja dulu masa pos , guna Pos Express(Size A4) ... jangan guna pos biasa ye..takot nanti kalau hilang ke bagai ke .. xboleh check plak .. kalau Pos Express kan ade trackking number . Jaja pos lepas seminggu grad .. dapat je transkrip , photostat segala dokumen dan lengkapkan .. terus pos .. 
Jaja tunggu 4 bulan kot...xde pape respon .. setiap masa check e-Conversion & e-Baki .. tapi , xde respon .. pelik lah ! mungkin sistem down , so .. dengan perasaan tidak sabar .. Jaja terus call MARA di talian berikut.. 03-2691 5111 . Jaja bagi nombor yang senang contact ni haa..sebab kat website dia banyak nombor .. kadang2 susah nk tembus line .. so , korang try la yang mana boleh .
Bila call , dia cakap .. kena tunggu 6 bulan dari tarikh permohonan .. betul ke ni .. macam tak percaya ! :( risau pun ada kot .. malu pon ade sebab nampak sangat macam x menyempatkan ! hahaa .. last2 Jaja kata .. "xpela saya cuma nk check , pihak MARA ada dapat ke dokumen yang saya pos?" .. dia kata ada ! fuuhh !! Legaaaa ~~~~
So , untuk dua bulan yang berikutnya .. Jaja hampir lupaa .. hehe .. dan baru tadi , check e-Baki sebab nak buat payment ... macam biasa,payment akan Jaja buat tetiap bulan RM 100 .. duit mak okey..hehe..lepas kawen bayar sendiri .. hehe .. terima kasih maakkk...bila tengok e-Baki ... menjerit kowwt !!! pinjaman dah diluluskan .. yela dah sekian lama menunggu .. akhirnyaa...hehehhe
Jaja punya pinjaman RM 37,000.00++ la .. MARA potong .. sampai kena bayar CUMA !!!!!!!!!!!!!!!  RM 8,000.00++ sahaja ! terima kasih MARA !! :')

SABAR ITU INDAH 

6 comments:

Mime MF said...

byk tu pengurangan...sy still lg tunggu pengurangan dr mara..xckp 6 bln lg...lamanya..:P

Jaja Sutera said...

@Mime MF hehe..sabarr...berapa pinjam ? banyak x ?

Mime MF said...

RM73K++...TT_TT
Jaja, nak tny..sy dh dpt surat bayar balik pinjaman tau semalam...tgk xda pengurangan..adakah surat bayar balik sampai dulu sebelum surat pengurangan..cuak gak ni..tapi status pengurangan still on process..nak tny kepastian jaja sblm call HQ mara..

Jaja Sutera said...

@Mime MF

dah tengok ke bila tarikh surat bayaran balik tu dikeluarkan ?? sebab jaja punya surat bayaran balik tu sampai sebelum jaja buat pengurangan...

Mimie said...

byk tuh MARA kurgkan

Fiqzler said...

mcm mne eh mara calculate pengurangan tu?