ARTIS | Aku Terima Nikahnya (Farid Kamil & Diana Danille) - .

Saturday, 3 November 2012

ARTIS | Aku Terima Nikahnya (Farid Kamil & Diana Danille)

Assalammualaikum
.
.
.
.
.
Alhamdulillah...Selepas 2 bulan mengikat tali pertunangan , FK & DD berjaya selamat diijabkabulkan pagi tadi 
3 November 2012 ! di Hotel Flamingo

Sob3x...FK sudah jadi milik orang laaainnn !! meranaaaa ... aceceeehhh ! Tahniah buat mereka berdua.. 
diharapkan jodoh mereka berkekalan hingga ke akhir hayat dan semoga rumahtangga mereka sentiasa diberkati oleh Allah SWT..

pertunangan mereka aritu berlangsung di kediaman DD dengan simple but elegance...DD pakai baju kurung je kot..tengok ni..
gambar tunang diana danielle farid kamil 6 gambar tunang diana danielle dan farid kamil
gambar tunang diana danielle farid kamil 2 gambar tunang diana danielle dan farid kamil
gambar tunang diana danielle farid kamil gambar tunang diana danielle dan farid kamil
gambar tunang diana danielle farid kamil 4 gambar tunang diana danielle dan farid kamil
simplekan baju bertunang dia..TAPI , bukan tu yg Jaja nk post rini ~ ngeee..
gambar pernikahan dorang pagi tadi lahh..
gambar yg sangat cantik..sebab pernikahan dorang dibuat di tepi tasik.. ^_^
ngan tok kadi2 pon dok tepi tasik ! heee..

*nampak mcm simple..xtau la mase majlis repsepsi nanti kan.. ^_^
Gambar Majlis Perkahwinan Farid Kamil Dan Diana Danielle
gambar nikah diana danielle\
gambar nikah diana danielle
http://speakerpecah.blogspot.com
FK - 31 tahun , DD - 21 tahun
huuuuu ~
umur tu cuma angka lahh ^_^

Gambar Majlis Perkahwinan Farid Kamil Dan Diana Danielle
Salah satu hantaran dari pihak Diana Danielle, mini bike 
Kawasaki KSR 1000

Sumber - beautifulnara , Astro Awani , OhBulan , yanmieonline.com !

Gambar Majlis Perkahwinan Farid Kamil Dan Diana Danielle
Tolong Jaja Click (lagi gambar maoo0)
v
v
v
v
SINI , SINI , SINI , SINI , SINI , SINI




Tag : Farid Kamil , Diana Danielle , Perkahwinan , Pertunangan , September , November , Flamingo Hotel



AMPANG: Dengan sekali lafaz nikah, aktres jelita Diana Danielle Danny Beeson akhirnya bergelar isteri kepada aktor dan pengarah filem, Farid Kamil Zahari dalam satu majlis yang diadakan di Flamingo by the Lake di sini, pagi Sabtu.
Pasangan itu dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama yang juga Pendaftar Kanan Perkahwinan Daerah Gombak, Daim Jajuli kira-kira pada pukul 9.12 pagi berwali hakim manakala dua rakan Farid, Ahmad Razif Hamzah dan Abdul Hamid Abdul Razak menjadi saksi.
Diana ditemani ibunya, Norsiah Ramli manakala ibu dan bapa pihak lelaki iaitu Datuk Dr Zahari Che Dan dan Datin Sharifah Bardah Idid Syed Abdyllah Idid turut hadir.
Majlis itu dihadiri kira-kira 300 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat, teman-teman rapat, rakan artis dan wakil media.
Diana, 21, menerima mas kahwin sebanyak RM10,000 dan wang hantaran bernilai RM20,000 nilai pelaburan emas.
Aktres berdarah kacukan itu mengenakan baju tradisional rona putih dan merah jambu rekaan Wanpa manakala Farid, 31, segak dengan sut putih rekaan Andy.
Pihak perempuan menerima lima dulang hantaran daripada pengantin lelaki yang berupa motosikal mini Kawasaki KSR 110, telekung dan Al Quran, cincin Tiffany & Co, wang hantaran dan sireh junjung.
Sementara pihak Farid pula mendapat tujuh dulang hantaran iaitu tepak sireh, sebentuk cincin dan dompet, sebuah album foto, sebuah motorsikal mini, produk kecantikan Hugo Boss, majalah Polo International dan manisan.
Antara selebriti yang menyerikan majlis adalah penerbit MIG David Teo, pelakon Yana Samsudin dan Iqram Dinzly.

4 comments:

Unknown said...

muda lagi kan dd..
saya yang berumur 23 blm kawen lg..=p

Jaja Sutera said...

@Herma Julianny

jodoh dia dah sampai dah .. hehhe..

F.A.R.A.H.W.A.H.E.D.A said...

one of the wedding yang Farah suka tengok... simple but nice! ^_^...

rasa tacing plaks tengok gambar-gambar event diaorang nih...

Unknown said...

Semoga perkahwinan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat :-)