REVIEW PRODUCT | Vitamin C 1000 MG (Prolonged Release) - .

Thursday 8 November 2012

REVIEW PRODUCT | Vitamin C 1000 MG (Prolonged Release)

Assalammualaikum
.
.
.
.
.
kali ni pulak Jaja REVIEW product kesihatan pulak ! boleh ?
Jaja ni kan....xhabis2 nk review product2 yg berkaitan ngan jerawat !
heee..bukan ape..Jaja ni skrang da rase pantang gile kalo nampak sebijik jerawat pon tumbuh kat muka nie !
rase geramm !! 
tangan pulak x leh nak dok diam2 kalo ade jerawat ! asik nk picit !

so,Jaja pegi la ke farmasi...
Jaja tanye..ade x ubat yang boleh menghalang jerawat dari tumbuh di pipi yg tembam nie !
selain dari ubat sapu !

dia cakap xde..tapi boleh elakkan dengan mengambil makanan tambahan iaitu sejenis pil..
atau pun amalkan pengambilan vitamin c ..
b4 ni Jaja ade amik la vitamin C..tp,Jaja stop lepas guna product Dr.Haseennah ..
bila ubat yg Dr.Haseennah bekalkan tu dah habis..baru lah Jaja ingat nk amalkan balik..

Jaja pon pegi la ke Guardian ! dan hasilnya !
Jaja grab Vitamin C .. brand 21st Century !
Vitamin C - 1000 MG !
RM 59.95 ~ 120 tablets !
vitamin ni jenis yg telan lah..bukan jenis isap punya mcm vitamin champ zaman budak2 dulu tu..ngeee~

okey..kat bawah ni Jaja sertakan sekali..kebaikan yg boleh kita dapat jika mengambil vitamin C dalam kehidupan seharian !
oh ya..sebelum tu..Jaja nk bg sket info..
kalau sibijk Vitamin C 500 MG adalah sama dengan 7 biji buah oren sunkist !
makanya..kalau Vitamin C-1000 MG adalah sama kita mengambil 14 biji buah oren sunkist..
so dat...bagi sesape yg takot nk telan vitamin C..
ape lagi..korang bleh la try tok makan 7-14 biji buah oren sunkist !

VITAMIN C adalah vitamin yang paling dikenali dan paling banyak didokumentasikan dalam bidang sains pemakanan. Kepentingannya telah direkodkan dalam lebih daripada 3000 kajian yang dijalankan secara berasingan.

APA VITAMIN C BOLEH LAKUKAN UNTUK ANDA?

Kulit dan Kulit Muka - Fungsi Vitamin C yang terkenal adalah rumusan kolagen iaitu bahan protein yang mengikat sel-sel. Ia penting bagi pembaikan semula dan pertumbuhan tisu, sel, gusi, pembuluh darah, tulang dan gigi. Vitamin C mempercepatkan pemulihan luka, melecur dan gusi berdarah. Penyembuhan selepasa pembedahan adalah lebih cepat dengan pengambilan Vitamin C yang tinggi.
Antioksidan - Vitamin C merupakan antioksidan yang menolong mengeluarkan toksin dalam darah dan mempunyai kesan anti penuaan. Ia amat berguna bagi menentang jangkitan, menghalang serangan virus dan bakteria, mengurangkan kesan alergi. Bagi perokok Vitamin C menghapuskan keracunan nikotin.
Tindakan Kardiovaskular - Vitamin C mengurangkan pembekuan darah dan menolong menurunkan kolesterol dalam darah. Ia juga menolong menyerap zat besi dan meningkatkan hemoglobin dalam darah.

VITAMIN C BERFAEDAH UNTUK :

Memperbaiki kesihatan kulit muka.
Ekzema, dermatitis, masalah kulit.
Batuk, demam selsema, jangkitan.
Warga tua.
Mereka yang mengambil antibiotik dan menjalani perubatan.
Wanita yang mengambil pil perancang.
Perokok dan mereka yang mengambil alkohol.
Pesakit kencing manis.
Mengambil multivitamin untuk keperluan harian seperti SPECTRUM MULTIVITE atau CHILDREN'S VITAMINS meningkatkan kebaikan Vitamin C.

Jenis VITAMIN C keluaran 21st Century:

- CHEWABLE ORANGE FLAVORED TABLETS
Boleh didapati dalam sukatan 250mg, 500mg dan 1000mg dengan perisa asli oren tablet boleh kunyah.

- PROLONGED RELEASE
Prolonged-Release Vitamin C dalam sukatan 500mg dan 1000mg memastikan 12 jam kehadiran Vitamin C di dalam tubuh. Tambahan dengan Vitamin B-Complex.



ni jenis-jenis vitamin C (Chewable Orange)


Vitamin yg kat atas ni lebih murah berbanding vitamin C yang Jaja beli tu..

Jom join GIVEAWAY Jaja !!
click banner dibawah !
hadiah-hadiah menarik tauuu !!





2 comments:

Unknown said...

kalau terlebih makan pun x elok juga..=p

Unknown said...

jgn lupa nanti buat testimoni tau ! sebb now mmg banyak jenis vitamin c 100mg kat online shop.. sue pun xtahu mana yg bagus.. hu3