September 2012 - .

Sunday, 30 September 2012

The Sultan Of Selangor's Cup 2012

Sunday, September 30, 2012 0
The Sultan Of Selangor's Cup 2012
Assalammualaikum
.
.
.
.
.
ape lagi kan kalau bukan BOLA SEPAK ! Ade sesape kat sini peminat no 1 bola sepak ? huu~ Jaja minat tengok je...mcm yg cakap aritu...bahasa bola 1 pon xfaham..hihi...kalau GOAL pon Jaja xde t'lompat2 nak menjerit bagaii..sian Abang Mus ~ Jaja xlompat2 ngan die ! kekekeke

yela..dah pakai tudungkan..xkan la nak tlompat2..tkinja2 .. =.=" lupa plak tudung yg melekat atas kepala nie..parah jadinya.. ^_^

actually ,  Mus dapat 4 keping tiket free ! dapat dari mana ? haihh..ntah la..x diberitahu plak..bila Mus ckp ade tiket free..ape lagi...nak la Jaja g tengok..da la lame x tengok bola..sejak b4 puasa aritu lagi ! kaannn~ so,lagi 2 keping tiket ? xde sape yg tuntut pon even da mention kat FB...so,kami bedua je la pegi..

Match malam tadi .. Selangor Veteran VS Singapore Veterans & Selangor Selection VS Singapore Selection . Sumpah deeerr..ramai gilaaaa ! Dari jauh lagi dah jem ! makk aaiii.. cmne ni ~ xsangka plak ramai gila game malam nie..maybe sebab ramai yg dapat tiket free kan.. so,kami perking kat tengah2 stadium tu..berjalan agak jauh jugak la utk sampai ke stadium..xpe..exercise !!

sampai2 je stadium..p beli makanan..masuk2 je...tu diaaaaaaaaaaaaa !! penuh gila baq ang !! sampai dah xde tempat nk duduk kot ! kami dok kat atas tangga je...mentang2 la tiket free..sob3..xpenah kami pegi b4 nie sampai dok atas tangga ! huuuu T_T

dorang kata Awie datang wat persembahan ! lagu Sejati tuuu ~ tapi Jaja xsempat pon nak tengok..sebab persembahan tu utk match veterans ~ Jaja sampai2 je match veterans dah habis ~ duduk2 je..ade persembahan pembukaan utk match selection..dari sekolah mane tah ~ huuu ! habis je psembahan yg blangsung kira2 20 minit tu .. maka perlawanan pon di jalankan ~

dipendekkan cerita ~ perlawanan separuh masa pertama habis ~ then , kuar pulak Ziana Zain ! wo0ho0aaa..menyanyii ! sangat sporting.. ^_^  nyanyi punya nyanyi..masuk la pula separuh masa kedua ! main punya main..sepak punya sepaak ! GOAL bagaiii ~ Singapore dikalahkan oleh Selangor ! 3 - 1 (!) weeeee..~ sangat seronok tengok semua orang happy !! 

macam2 gelagat Jaja tengok kat stadium malam tu..ada yang bawak segala botol susu anak..tidurkan anak..dodoi2..hehe..yg best..lelaki sampai dodoi anak...sempat melompat jerit gol !! hahaa..selamat xcampak anak dia ! happy punya pasal ~ budak tu xjaga pon ...huhu.. .. kat sebelah Jaja ni plak..wife die yg over terlebih .. tiap kali x goal je..laki dia jadi mangsa btepok tampar ! sian laki dia ... hahaha

lepas dah settle semua...para pemain bsalam2 ngan Singapore player..ade la 3 4 orang penyokong yg buat syiok atas padang ~ boleh plak berlari pergi dpatkan pemain Selangor..ape lagi..kene hambat la ngan Rela & Polis ! hahaha.. da settle penyampaian hadiah & piala .. kami semua pon balikkk ! weeeeeeeeee ~

sangat seronok lebih2 lagi dengan kehadiran Sultan kami ! Daulat Tuanku ! >.< 

rasa macam suka plak kat pemain nie !!
v
v
v
v
v
Amri Yahya !

boleh x ? diharap abang Mus xjeles ! whahhaa

SENARAI PEMENANG = GiveAway : From Sept to Nov by Jaja Sutera

Sunday, September 30, 2012 21
SENARAI PEMENANG = GiveAway : From Sept to Nov by Jaja Sutera
Assalammualaikum
.
.
.
.
.
sorry uols ~ lambat UPDATED senarai pemenang !
pegi tengok bola tadi ! huuuu

1st of all..Jaja nk ucapkan RIBUAN TERIMA KASIH pada korang yg sudi join GIVEAWAY Jaja..
terima kasih juga buat sponsor yg sudi menyemponsorkan hadiah2 wat para pemenang ~

Tanpa membuang masaaa...jom !
kita tengok nama2 pemenang !!

SIAPA YANG KENA !!!!!!

- PERHATIAN -
Didalam kurungan adalah nama sponsor masing2 .. sila menuntut hadiah daripada sponsor ~ :)

SENARAI PEMENANG 
v
v
v
v
v
1 . Shawl (Jaja Sutera)

2. Shawl (cincin permata)

3.Whitening Tomato Body Scrub (NurHazwani Abd Shukor)

4. Soft Masker (NurHazwani Abd Shukor)

5.Collagen Juice (Nurhazwani Abd Shukor)

6. Single Doodle (Aina Sofea)

7. Single Doodle (Aina Sofea)

8. Couple/Double Doodle (Aina Sofea)

9. Topup RM 10 (Nanie)

10. Topup RM 10 (Aizan Shazlin)

11. Topup RM 5 (Ana Diera)

12. Topup RM 5 (eiqa azra)

13. Tie Clip (monmon™)

14. Tie Clip (9.monmon™)

15. Fridge Magnet from Cameron Highlands (XxFaraizatii2NdxX)

16.  Fridge Magnet from Cameron Highlands (XxFaraizatii2NdxX)

17. Cute Brooch (CharlieAngleo)

18. Cute Brooch (CharlieAngleo)

19. Simple Header (deqjamucuxx)

20. Simple Header (deqjamucuxx)

21. Handmade Felt Craft (Dhia Johary)


TOP REFERRAL !
Sponsor (JajaSutera)


Fuuuhhh ~ banyak nye senarai pemenang ! loteh dennn !
diharap para pemenang dapat direct menuntut hadiah daripada sponsor ya ^_^
tahniah buat semua pemenang !
pada yang xde rezeki nak menang..xpe..
next time boleh join lagi !

PERHATIAN kepada SPONSOR !
sila check no & link pemenang anda ~
supaya TIADA KES PENIPUAN GIVEAWAY terjadi !

Utk mereka yang memenangi hadiah yang perlu dihantar dengan menggunakan khidmat POS..
sila berikan
- Nama
- Alamat
-No telefon
kepada SPONSOR !


TERIMA KASIH !!! ^_^






































Saturday, 29 September 2012

'Saya Follow Awak,Awak Follow Saya'

Saturday, September 29, 2012 1
 'Saya Follow Awak,Awak Follow Saya'
Assalammualaikum
.
.
.
.
.

jom join segmen nie !
click banner di atas utk join yer ~
baca details betul2... ^_^

follower Jaja ?
1018 !

Jaja tag semua followers utk join segmen nie !

Segmen : Cik Misya Nak Follow!

Saturday, September 29, 2012 2
Segmen : Cik Misya Nak Follow!
Assalammualaikum
.
.
.
.
.
adehhh..cmne Jaja boleh x perasan plak Cik Misya wat segmen nie..
sorry tuan tanah..lambat join pulak !
Jaja tag semua follower Jaja utk join segmen nie !
click banner di atas utk join !

Followers Jaja skrang ?
1018 !

Tujuan join segmen nie utok dapat banyak kenalan,followers 
seterusnya boleh btukar2 pendapat sesame blogger ! heeee




Customer is Always Right

Saturday, September 29, 2012 7
Customer is Always Right
Assalammualaikum
.
.
.
.
.
wahhh~bukan main lagi tajuk entry Jaja kali nie..omputehhh nookk !
korang penah dengar x pepatah ni ? Customer is Always Right ?
haaa..kebiasaannya tagline ni digunakan bila kita menjalankan sesuatu bisnes lah ! of kos kan ~
kalau ade customer yg complaint , even benda tu bukan salah kita@staff..tp,kesalahan customer..
it's still our fault ~
ini adalah utk kita maintence the quality level of our bisnes !
bila customer complaint..ringan2kan lah mulut utk ucapkan sorry , thanks you dan sebagainya..
jangan bila customer complaint..kita plak yg lebey2 naik hangin !

sekarang bukan nk cerita pasal bisnes yer.. =.="
Jaja nk cite pasal Jaja nie haaa...
nak dijadikan cerita...semalam..Jaja ngan Ayie pegi makan dekat KFC ~
kami pon macam biasa..g kaunter..kami akan order
2 Dinner Plate , Spicy Chicken ~
bila dah Dinner Plate..ayam tu dia bagi 3 ketul kan ?
macam biasa jugak lah..Jaja akan mintak..
ke-enam2 ayam tu..
thight & peha sahaja !
sebab Jaja xsuka bahagian dada bagai..isi2 tu Jaja xsuka ~

bila Jaja mintak camtu..kat staff tu..tau x dia cakap ape kat Jaja ??
dia cakap camni
" KALAU NAK MACAM TU TAK DAPAT AH !!"
*dengan nada kerek ! diulang ~ NADA KEREK ! tau kan cmne?
huhhhhh...

agak2..kalau korang kat tempat Jaja..ase macam nak angin meroyan x ?
dah la kat belakang & tepi pon ade customer lain.. 
dorang pandang je kami !
actually , selama ni..Jaja & Ayie selalu je mtk thight & drumstick..
xde plak staff KFC yg kojaq macam nie..
doang akan cakap
" OK..KALAU ADA NANTI..KAMI BAGI YA"
*sejuk hati dengar..

pastu Jaja cakap
"ehh..yeke?b4 ni bleh je..~"
hello0o !! Jaja cakap elok2 k0owtt ~
muke die berubah , then terus cakap..
" tengok jugak .. kalau ade kami bagi "
*still nada kerek macam ayat kat atas tu !

fuuhh..jantong hak0 dah dup dap dup dap tahan angin meroyan nie !
tengah die settle kan ayam tu..
Jaja pggil sorang lagi staff KFC..tanya sama ada supervisor / manager dh msuk keje ke belom..
then..supervisor xde..yg ada..cuma manager je..
ape lagi..terus jumpa manager la camtu..
*xtakot pown.. =.="
settle bayar..letak makanan atas meja..p jumpak manager dia !
aiyoo0o0..~
bukan apa..nk makan pon selera dah terbant0t !

Jaja pon pggil manager dia...complaint pasal staff dia tu..
xperlu la mention ~ capital A cukup..huuu~
cite balik dr A-Z kat manager dia..then Jaja cakap..
"kita as a customer..macam x syiok la bila staff cakap camtu..xsalah kalau cakap elok2 ngan customer.."
lepas tu..Manager die mtk maaf semua..
Jaja xnak pon dia mintak maaf..yang Jaja nk..
dia nasihatkan & ajar staff dia mcm mana nak berkomunikasi ngan customer dgn cara yg betul..

bukan apa..kita as a customer..ada hak bersuara kan..
kita bayar makan..bukan je kita nak kan makanan dia semata-mata..malah , service yang baik pon kita perlukan jugak..KFC..bukan bayar tu je..tax pon ade..ape guna semua tuu...
huuu~

mmg betul cara manager dia tu..dengar masalah..complaint dari customer..
terima dengan hati terbuka segala complaint yg diberikan..
even dia x dengar lagi cerita dari staff dia..
sebab dia pegang konsep..
Customer is Always Right !

hope kejadian macam ni x berulang lagi.. :)

Tolong Jaja 
v
v
v
v
v
--------------------------------------------------------------------------------------------
Jempot Join GIVEAWAY
Click --> Here
Jom Sertai TEAM Kami
Click Here --> TBA


Friday, 28 September 2012

TAULADAN | Balasan Anak Derhaka

Friday, September 28, 2012 1
TAULADAN | Balasan Anak Derhaka
Assalammualaikum
.
.
.
.
.

Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya. Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak mampu ditanggung lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Di sisi katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu. Jelas = mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat sembuh. Di katil pula, Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan kakinya terikat kemas di katil.“Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu apa nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni,” kata salah seorang abang kepada Jalal sebaik melihat saya sampai.


Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya segera datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka itu.



“Apa sakitnya ni?” tanya saya. “Entahlah ustaz, doktor pun tak tau.”



Sedang kami berbual, tiba-tiba sekali lagi Jalal menjerit kesakitan. Kali ini jeritannya cukup jelas di pendengaran saya. Jeritannya menakutkan dan menyedihkan.



“Emak, ampunkan saya mak. Panaaaassss. Saya sakit mak, sakiiiiittttttt! Tolonglah emak, ampunkan dosa saya.”



Berserta raungan yang dilepaskan sekuat hati, tubuh Jalal menggelepar seperti dipanggang di dalam api yang marak. Mukanya berkerut sementara matanya terbelalak akibat azab yang amat pedih. Semua yang ada di wad berkenaan memandang ke arah kami. Jeritan itu menyebabkan saya tertanya-tanya. Apakah yang menyebabkan Jalal jadi sedemikian rupa? Apa pula kaitan antara penyakitnya itu dengan ibunya?



“Panggil ibunya segera,” kata saya.



Namun kata-kata saya itu tidak dijawab. Ahli keluarga Jalal cuma terdiam, menundukkan muka atau berpandangan sesama sendiri.



“Kenapa ni?” tanya saya. Dengan perlahan abang Jalal bersuara,



“Ustaz, ibu kami baru sahaja meninggal dunia dua minggu lepas.”



“Kalau macam ini susahlah sikit. Saya rasa mungkin Jalal ada melakukan kesalahan besar kepada ibunya, sebab itulah dia menanggung azab yang begini rupa. Dalam keadaan macam ini, cuma ibunya saja yang dapat membantu,” kata saya berterus terang.
Mereka cuma mendiam diri sementara jeritan Jalal semakin kuat. Saya semakin ingin mengetahui puncanya kerana dengan latar belakang itu insya-Allah saya boleh cuba carikan jalan lain untuk meredakan kesakitan Jalal.



“Ceritakanlah kepada saya apa yang sebenarnya telah berlaku.”
“Ustaz, sebenarnya adik saya ini sudah derhaka kepada arwah ibu kami,” jawab salah seorang daripada mereka.



Dengan tenang, tapi air mata bergenang abang Jalal menceritakan kepada saya kisah yang sebenarnya, kisah yang cukup menyayat hati saya. Menurutnya, Jalal adalah anak bongsu daripada mereka enam beradik, empat perempuan dua lelaki dan di kalangan mereka, Jalallah yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi. Bagaimanapun, sejak kecil hinggalah dia bekerja dan seterusnya berkahwin, Jalal sentiasa sahaja melawan dan menyanggah kata-kata ibunya. Nasihat dan teguran ibunya pula dipandang rendah serta tidak diendahkan. Syurga anak di bawah telapak kaki ibunya.



Walaupun berpendidikan tinggi, Jalal sentiasa sahaja kekurangan wang, seolah-olah tidak dirahmati rezekinya. Berterusanlah keadaan itu hingga dia berumahtangga. Keadaan menjadi semakin buruk apabila Jalal meletakkan jawatannya di sebuah syarikat swasta. Hasratnya adalah untuk mencari rezeki yang lebih banyak di syarikat lain, namun nasibnya bukan sahaja tidak berubah, malah menjadi semakin parah.
Walau di syarikat manapun yang Jalal bekerja, dia akan menghadapi masalah yang seterusnya membawa kepada dia meletakkan jawatan. Dalam kegawatan itulah Jalal mula meminjam wang daripada sahabat-sahabatnya. Selepas sekian lama hutangnya semakin banyak, namun dia masih tidak mampu melunaskannya.
Rumahtangga Jalal mula kucar-kacir dan akhirnya mereka bercerai. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Jalal mendesak ibunya supaya mencagarkan tanah mereka di kampung kepada bank. Tanah seluas 12 ekar itu ditinggalkan oleh bapa mereka yang meninggal dunia tiga tahun sebelum itu.



“Emak, saya nak tanah tu. Bank dah setuju nak kasi RM500,000. Saya nak duit tu buat berniaga,” katanya kasar.
“Jalal, engkau ni dah melampau. Itu tanah adik-beradik kamu,” jawab si ibu.
“Ahhh, saya tak kira.”
“Jalal, emak tidak benarkan. Emak tau, duit tu nanti bukannya engkau nak buat berniaga, tapi nak bayar hutang,” jawab ibunya.



Bukan sahaja ibunya, malah semua adik-beradik Jalal tidak membenarkannya mencagarkan tanah tersebut kepada bank. Jalal pulang dengan hati kecewa. Namun dia masih bertekad untuk mendapatkan tanah berkenaan walau dengan apa cara sekalipun. Suatu hari, Jalal datang ke rumah ibunya. Beberapa orang adik-beradiknya ada di situ.
Sekali lagi pertengkaran berlaku dan berakhir dengan tragedi yang amat menyedihkan. Ketika kemarahannya sampai kemuncak, Jalal menolak ibunya sekuat-kuat hati menyebabkan kepala ibunya terhantuk di pintu.



Darah dari luka terpalit di pintu sedang ibunya terjelopok di lantai, rebah tidak sedarkan diri. Si ibu segera dibawa ke hospital sementara Jalal puas hati kerana dapat melepaskan kemarahannya. Akibat pendarahan otak yang serius, ibunya meninggal dunia tanpa sempat melafazkan keampunan kepada Jalal.



Bermulalah azab dalam hidup Jalal. Kira-kira seminggu selepas kematian ibunya, Jalal dikejarkan ke hospital kerana jatuh sakit secara tiba-tiba. Apa yang membingungkan ialah doktor gagal mengesan penyakit yang dihadapinya.



Jalal sebaliknya meraung, menjerit, meronta dan menggelepar kesakitan. Dalam raungannya itulah dia meminta ampun kepada arwah ibunya kerana tidak sanggup menanggung azab yang pedih. Berterusanlah keadaannya selama beberapa hari hingga saya dipanggil. Dalam waktu itu, doktor dan jururawat tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mengikat Jalal di katil dan menyuntiknya dengan ubat pelali untuk menidurkannya.
“Kalau begitu kisahnya, saya cuba cara lain,” kata saya.



Di samping ayat-ayat suci al-Quran, saya membacakan surah Yassin untuknya. Namun apabila dibacakan saja ayat suci itu, Jalal menjerit kepanasan. Tubuhnya menggeletik dan menggelepar kesakitan.



“Aduh panasnya! Emak, ampunkanlah saya emak! Jangan bawa saya ke situ emak, panas. Jangan bawa saya ke situ. Saya tak mau, sakit, sakit. Tolonglah saya emak, ampunkan saya, saya bersalah.”



Jeritan Jalal itu meruntun hati saya. Apakah yang dimaksudkannya dengan ‘ke situ’? Kenapa Jalal tidak mahu dibawa ‘ke situ’ dan apa yang dilihatnya di situ? Akibat tidak tertahan panas, tubuh Jalal terpaksa dibogelkan. Tangan dan kakinya terus diikat ke katil.



Selepas puas mencuba tapi keadaan Jalal masih tidak berubah, saya meminta diri untuk pulang. Satu ingatan saya tinggalkan kepada mereka, “Jika Jalal masih hidup selepas zuhur ini, insya-Allah nyawanya masih panjang. Kalau tidak…” Ketika itu lebih kurang pukul 10 pagi.



Saya tinggalkan mereka, namun sedang saya memandu, telefon bimbit saya berdering.



“Ustaz! Cepat ustaz, adik saya dah nazak,” kata si abang.



Saya berpatah balik dan apabila sampai di katilnya, saya lihat Jalal begitu tenat. Nyawanya seperti sudah di penghujungan. Keluarganya semakin cemas sambil air mata tidak henti-henti mengalir. Saya bacakan Surah al-Asr, Surah al-Falaq, Surah an-Naas serta asma ul husna. Alhamdulillah, Jalal berhenti meraung dan menggelepar.



Keadaan senyap seketika. Masing-masing beristighfar dan membaca ayat-ayat suci al-Quran. Terbayang kelegaan di wajah mereka. Tiba-tiba, ketenangan itu dipecahkan sekali lagi oleh jeritan Jalal. Dia mengerang sambil tubuhnya kejang menahan kesakitan, mata terjegil seperti hendak terkeluar dan dalam satu detik yang serentak juga najisnya terpancut keluar. Bertabur membasahi seluarnya.



Bau najis menusuk hidung kami. Maha suci Allah, keadaannya adalah seperti sesuatu yang berat menghenyak perutnya yang mengakibatkan nyawa, roh, najis, organ-organ dan segala-galanya yang ada di dalam tubuh terhambur keluar secara serentak. Di bahagian atas, semuanya seperti hendak terpancut keluar hingga mata Jalal tersembul sementara di bahagian bawah, kakinya kaku dan najis berhambur memancut-mancut.



Cukup aib dan menyedihkan. Pakaian dan katil basah dengan air mata, peluh serta najisnya. Selepas ‘rentapan’ itu, Jalal tidak bernafas lagi. Degupan jantungnya berhenti dan dia pergi menghadap Allah SWT untuk menerima balasan amalannya. Tamatlah riwayat seorang anak derhaka.



Saya cuma mampu melihat dengan gementar sementara keluarga Allahyarham menangis dan berpelukan sesama sendiri. Yang perempuan terpaksa keluar kerana tidak sanggup melihat mayat adik mereka. Demikianlah sakaratulmaut datang menjemput Jalal.
Seperti yang dijelaskan di dalam al-quran dan hadis, ia datang dengan menyentap, merentap dan merenggut nyawa Jalal tanpa ada kasihan belas. Sudah berpuluh-puluh tahun saya menguruskan jenazah dan melihat orang menghadapi saat kematiannya, namun pengalaman menyaksikan sakaratulmaut menjemput Jalal cukup memilukan hati saya.
Kesengsaraan yang ditanggung oleh Jalal sudah berakhir, namun mayatnya meninggalkan keaiban yang amat sangat. Matanya terbonjol seperti hendak terkeluar sementara giginya menyeringai. Dari kerut wajahnya, jelas sekali Allahyarham baru sahaja menanggung kesakitan dan azab yang amat pedih. Saya cuba pejamkan mata Allahyarham, namun gagal. Kelopak mata tidak berupaya untuk menutup biji matanya yang tersembul itu.



Cukup mengerikan kerana hanya mata putih sahaja yang kelihatan. Ikatan di kaki dan tangan Allahyarham dileraikan dan tangannya dikiamkan. Kaki Allahyarham dirapatkan, namun sekali lagi saya menyaksikan keaiban kaki Allahyarham tidak boleh dirapatkan kerana duburnya terpancut keluar dan membonjol di celah kelengkangnya. Saya menenangkan mereka supaya bersabar dan reda dengan apa yang telah terjadi.
Selesai membersihkan tubuh Allahyarham, jenazah dibawa turun kerana keluarganya mahu menguruskan jenazah tersebut di rumah mereka di salah sebuah taman perumahan di sebuah negeri di pantai barat semenanjung. Rupa-rupanya keaiban belum berakhir. Sebaik sahaja van yang membawa Allahyarham keluar dari perkarangan hospital, tiba-tiba keempat-empat shock absorbernya patah secara serentak.



Van yang cuma membawa lima orang, mayat yang badannya sederhana sahaja, dua orang abang dan kakaknya, pemandu serta seorang pembantu, boleh patah shock absorbernya? Kelindan van bergegas memanggil kami. Maha suci Allah, Tuhan yang Maha Besar, apabila hendak dikeluarkan dari van, jenazah itu kami rasakan teramat berat hingga terpaksa diangkat oleh kira-kira 15 orang.



Selesai masalah itu, satu lagi masalah timbul – tidak ada van atau kereta yang berani untuk mengangkat jenazah tersebut. Kebetulan sebuah lori kosong yang mengangkat tanah, pasir ataupun kelapa sawit lalu di tempat kejadian. Dengan lori itulah jenazah dibawa pulang ke rumahnya. Apa yang membingungkan kami ialah walaupun mayat berkenaan terlalu berat, tapi kayu penusungnya tidak pula patah. Lori bertolak ke rumah Allahyarham sementara saya pula memandu pulang ke rumah.



Saya dimaklumkan bahawa Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur ibunya. Namun diceritakan juga kepada saya bahawa tanah yang ditambun ke atas kuburnya tidak mencukupi. Untuk mengelakkan kubur Allahyarham berlubang, tanah lain terpaksa diambil dan ditambur ke atasnya.



Tiga hari kemudian, saya menerima panggilan telefon daripada keluarga Allahyarham



“Ustaz, saya nak minta pertolongan dan pandangan daripada ustaz.”
“Apa masalahnya itu?” tanya saya.
“Kubur adik saya berlubang ustaz.”



Masya-Allah, demikian sekali keaiban yang Allah tunjukkan kepada anak yang derhaka kepada ibunya. Menurut abang Allahyarham, kewujudan lubang itu disedari sehari selepas Allahyarham dikebumikan. Lubang tersebut bermula dari bahagian tengah kubur hinggalah mencecah kepada papan yang menutup liang lahad. Tambah abang Allahyarham lagi, mereka mengambusnya dengan tanah, namun keesokan harinya kubur tersebut berlubang semula.



“Begini sajalah, cuba masukkan sekali kayu atau papan ke dalam lubang tersebut, insya-Allah, tak berlubang lagi,” kata saya.



Namun keesokan harinya sekali lagi abang Allahyarham menghubungi saya memberitahu bahawa kubur berkenaan berlubang semula. Apa yang membingungkannya, tanah di kubur arwah ibunya langsung tidak berubah, masih tetap membusut walaupun sudah lebih dua minggu dikebumikan. Bukan itu sahaja, katanya, pokok yang ditanam di kubur ibunya juga hidup segar sedangkan pokok yang ditanam di kubur adiknya mati kelayuan. Pada hari kelima, saya menghubungi abang Allahyarham.



“Begini sajalah,” kata saya. “Mulai malam ini buatlah majlis Yassin dan tahlil. Panggil 20 orang dan setiap seorang baca Surah Yassin sebanyak 2 kali. Apabila selesai bacaan Yassin, minta imam bacakan doa supaya diampunkan dosa Allahyarham kepada ibunya. Baca dalam bahasa Melayu dan ulang doa itu sebanyak tujuh kali.”



Seperti yang saya nasihatkan, pada malam berkenaan mereka mengadakan majlis itu. Namun saya diberitahu, imam yang membaca doa tersebut menggigil ketakutan. Alhamdulillah, pada hari ketujuh, kubur berkenaan tidak lagi berlubang. Peristiwa ini sudah berlaku empat tahun lepas namun masih terbayang-bayang di mata saya. Setiap kali tibanya hari raya aidilfitri, setiap kali itulah peristiwa tersebut menjelma dalam ingatan kerana ia terjadi cuma beberapa hari selepas kita berhari raya. Sungguh menyentuh hati saya, ketika orang sedang bergembira berhari raya, ketika itulah keluarga tersebut ditimpa petaka, si ibu meninggal dunia dan anaknya yang derhaka diazab hingga ke akhir hayatnya.



Kisah ini saya paparkan bukan untuk mengaibkan Allahyarham ataupun keluarganya, tapi supaya kita dapat mengambilnya sebagai pedoman dan iktibar. Doakanlah semoga dosa Allahyarham Jalal diampunkan Allah.

credit : scripter