.: 4. Wet Food HomeMade
Showing posts with label 4. Wet Food HomeMade. Show all posts
Showing posts with label 4. Wet Food HomeMade. Show all posts

Monday, 22 September 2014

WetFood HomeMade

Monday, September 22, 2014 3
WetFood HomeMade
Assalammualaikum
Jaja perhatikan , di kelab-kelab kucing masih lagi ada yang mencari cara-cara membuat wet food sendiri di rumah . Yelah , kalau hari-hari kita nak bagi makanan wet food dalam tin / pek tu .. memang kopak ler .. Sebab mahal kan .. so , kalau nak jimat .. Jom kita try buat .. Jaja da try dah buat aritu .. memang menjadi dan anak bulus sangat suka !
Cara-caranya adalah seperti yang berikut :-
1. Anda boleh guna ikan seperti ikan kembung , ikan sardin , ikan mambong atau yang bersesuaian . Macam Jaja , Jaja gunakan ikan Mambong . Cuci ikan sehingga bersih termasuklah buang insang dan isi perut ye ! * Saya gunakan 10 ekor ikan (untuk 3 ekor kucing)
2. Rebus ikan tadi dalam 10-15 minit sehingga betul-betul masak bersama hirisan lobak merah (carrot) dipotong bulat . * Saya gunakan sebatang carrot 
3. Selepas ikan sudah betul-betul masak , asingkan dan buang tulang serta kepala ikan . Masukkan isi ikan sahaja ke dalam pengisar . Jangan lupa masukkan sedikit air ke dalam pengisar . Gunakan air rebusan ikan tadi . Kisar sehingga lumat . 
4.  Sementara mengisar isi ikan , basuh bayam sehingga bersih dan rebuskan bersama carrot * 5 helai daun bayam
5. Selepas isi ikan sudah lumat dikisar , masukkan isi ikan ke dalam kuali .
6. Ambil carrot dan bayam yang sudah direbus dan masukkan ke dalam pengisar . Kisar sehingga lumat ! Gunakan air rebusan ikan itu juga *Pastikan kuantiti sayur tidak terlalu banyak , khuatir rasa ikan akan berkurangan .
7. Selepas itu , campurkan kisaran carrot dan bayam tadi bersama dengan isi ikan di dalam kuali . Gaul sehingga sebati (api kecil) .
8. Selepas isi ikan , carrot dan bayam sudah sebati . Masukkan agar-agar serbuk 2 paket dan agar-agar kering sedikit . * Pastikan kuantiti agar-agar tidak kurang / terlebih .
9. Kacau sehingga sebati .
10. Tutup api dan tuangkan di dalam bekas makanan BPA Free / periuk . Tunggu sehingga 1 jam .. Sekiranya , isi ikan kelihatan lembik dan tidak keras seperti agar-agar . Anda boleh tuangkan semula di dalam kuali dan tambahkan lagi kuantiti agar-agar .
11. Selepas 1 jam , apabila agar-agar sudah sejuk dan kelihatan keras . Simpan di dalam peti ais . Kerana , sekiranya tidak diletakkan di dalam peti ais makanan tersebut akan busuk .
12. Esoknya , sedia untuk dihidang untuk anak-anak bulus !
P/S : Pastikan anak bulus anda menghabiskan makanan tersebut apabila ia dihidangkan . Kalau terdedah , bakteria , semut , lalat akan kerumun dan menyebabkan anak bulus mendapat penyakit . Sekiranya , makanan tersebut tidak habis . Buang selepas melihat mereka sudah kenyang .
Wetfood yang saya buat bertahan untuk seminggu , sila perhatikan juga keadaan makanan kucing setiap hari . Khuatir ditumbuhi kulat dan sebagainya .
Nota Kaki : Jaja gunakan air rebusan ikan semasa proses mengisar adalah untuk mengekalkan lagi rasa ikan itu . Kalau guna air masak atau air kosong , khuatir rasa ikan tersebut akan hilang .

SELAMAT MENCUBA