Dana Untuk Kucing - .

Tuesday 14 April 2015

Dana Untuk Kucing

Assalammualaikum

Alhamdulillah , selepas sehari Jaja update memohon dana untuk hantar stray cat yang Jaja adopt daripada orang ni .. Jaja dapat mengumpul RM 100 . Jaja cuma cuba nasib , mana lah tahu dapat .. Tengok-tengok memang ada yang nak tolong .

Apa pun orang nak kata , orang nak hina sebab kutip derma ke apa ke .. xpe .. Jaja xkisah semua tu , janji kucing-kucing Jaja ni semua berada dalam keadaan sihat sejahtera !

Jaja bukan apa , duit gaji bulan ni semua Jaja dah guna beli makanan & sangkar .. sebab x sangka pula akan adopt stray cat ni .. Tu la , kat sini Jaja da dapat pengajaran .. Apa-apa pun mesti kena ada duit simpan sikit utk sakit-sakit bebudak ni .. Kalau x , terpaksa minta jasa baik orang .

So , Jaja pegi klinik .. Kos rawatan semua RM 75 .. Jaja dapat RM 100 daripada orang yang menderma . Baki daripada duit RM 25.. Jadi , Jaja dah maklumkan pada dorang .. Baki tu nanti akan Jaja belikan makanan/susu utk baby cat ni .. :)

Alhamdulillah..InshaAllah , ada bahagian pahala untuk mereka yang tolong Jaja .. Hari ni hari Jaja , mana tahu satu hari nanti ada org yg susah pula . Minta tolong Jaja , Jaja ada rezeki lebih . InshaAllah .. Jaja akan tolong pulak..

So , ini la pembiayaian ubat-ubatan utk stray cat Jaja .. huuu ... susah nau nak kasi dorang makan ubat..hehe. ^_^ harap-harap dorang dapat sembuh dengan cepat..

Sesiapa yang bermurah hati nak derma pada kucing-kucing yang lain , boleh la jenguk-jenguk group baru Jaja ni.. Kelab Kutipan Dana Kucing (KDK) .. banyak kucing yang memerlukan bantuan makanan dan ubatan disana :)

Stray Cat Jaja ni semua umur dalam sebulan lebih.. Yang warna hitam tu betina , Jaja bagi nama Blackrose .. Warna Calico tu pun betina .. bagi nama Luna .. yang warna orang (Red Tabby) tu , nama dia Tobby ! 

4 comments:

Anonymous said...

Alaaa sian nye dia...harap2 sembuh cpt..

Mimin Adam said...

semoga penjagaan cat berjalan lancar. amin

Jaja Sutera said...

@aisyah ambris

alhamdulillah , sembuh da .. nanti Jaja update gambar yg si hitam tu..hehe...mekaseh ye

Jaja Sutera said...

@Cikk Mimin

amin..mudah-mudahan..terima kasih ye