8 Jam - .

Sunday, 22 July 2012

8 Jam





Assalammualaikum
.
.
.
.
.
Skrang pulak update pasal movie 8 Jam..lakonan Sam & Yana…Jaja xnk komen byk..overall cite ni best..  berkisar tentang percintaan,kesetiaan,kepercayaan,pengorbanan,etc…~

Tp,yg xbest sbb byk sangat aksi..baru nk romantic sikit…ade je aksi2…btumbuk la,bgaduh bagai…xyiok…Sam & Yana ni sesuai cite cintan-cintun je..~hehe..comel je..

Xsabar nk tgk cite Sam by Syafiq Yusof..pengarah termuda Malaysia..


Sinopsis ALANG, membesar di sebuah lorong yang penuh dengan keganasan dan jenayah. Zaman kanak – kanak Alang dirampas daripadanya apabila ibunya mati dibunuh seorang Ah Long semasa mereka cuba melarikan diri daripada kawasan jahanam tersebut. Alang yang tidak mempunyai sedara mara yang lain telah dihantar ke rumah anak – anak yatim. Alang menghadapai kesukaran untuk bergaul dengan rakan – rakan sebayanya yang lain dek kerana cara kehidupannya yang dulu namun muncul JULIA, yang tidak putus – putus cuba untuk berkawan dengannya. Keikhlasan Julia menyebabkan mereka menjadi kawan baik sehinggalah mereka meningkat umur belasan tahun. Hubungan persahabatan mereka lama kelamaan bercambah menjadi cinta. 

Namun, hubungan mereka terputus ditengah jalan kerana Julia telah dituntut oleh mak ciknya. Atas desakan mak cik Julia, pihak sekolah telah merahsiakan alamat dan no telefon Julia sehingga Alang dan Julia tidak lagi berjumpa. Alang akhirnya kembali ke kehidupannya semasa kecil. Alang cuba untuk hidup dengan aman namun munculnya beberapa konco daripada satu geng meminta wang perlindungan. Alang yang bengang telah bergaduh dan menyebabkan dia menjadi sasaran geng tersebut. Ditakdirkan Alang bertemu semula dengan Julia yang sedang dalam keadaan kesusahan. 

Alang yang terlalu cintakan Julia menerima Julia dengan gembiranya dan mengharapkan Julia akan sentiasa bersamanya. Namun, kebahagiaan mereka hanya sementara apabila muncul mak cik Julia menuntut Julia kembali dan konco – konco geng tersebut sering menghantui Alang. Kini, Alang berada di dalam penjara kerana dia telah membunuh seseorang. Siapakah yang telah menjadi mangsa Alang? Mengapakah Alang bertindak sedemikian? Dapatkah Alang dan Julia hidup bersama semula? Semuanya akan terjawab dalam filem ’8 JAM’.

ngeee..snap pix sam ! dlm wyang..slmat x kantoi ~

3 comments:

Si Matatajam said...

Cam best ja citer ni... Mmg nak kena tk ni.. Tapi tak tau bila...

Jaja Sutera said...

download je kat u-tube tu haaa

http://sitishazwaniee.blogspot.com/ said...

dah follow awak jg