Menara Jam Mekah - .

Saturday, 2 June 2012

Menara Jam Mekah




Assalammualaikum
.
.
.
.
.

waahh..pejam celik..pejam celik...dah bulan 6..tanpa disedari May sudah meninggalkan kita..selamat datang June...be nice with us ok..heeee...

sebagai permulaan,entry pertama Jaja buat semua adalah mengenai Menara Jam yg terdapat di Mekah (!) jom kita baca~

ok..kat bawah ni ada sdikit fakta mengenai menara jam tersebut.

1-Menara Jam Diraja Makkah itu merupakan menara kedua tertinggi.Ia juga merupakan menara jam yang tertinggi dunia. Ia mengalahkan bangunan menara-menara jam terkenal lain dari seluruh dunia. Seperti Menara Jam Palace of Culture and Science di Warsaw Poland, Menara Jam The Big Ben di London, Menara Jam Rajabai di Mumbai India dan Menara Jam Ann-Bradley di Milwaukee Amerika Syarikat.


2-Menara Jam Diraja Makkah merupakan menara tengah yang dibina dalam Kompleks Abraj Al Bait yang mudah dilihat tanpa mengira sudut iaitu sehingga sejauh 17 kilometer pada waktu malam dan 11 hingga 12 kilometer pada waktu siang dengan kalimah Allah terpampang jelas pada keempat-empat permukaannya.


3- setiap kali masuknya waktu-waktu solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak, akan terpancar dari jam tersebut satu cahaya lampu yang boleh dilihat sehingga sejauh 28 kilometer (dengan tidak melupakan peranan bilal masjid untuk tetap mengalunkan azan).

4-cahaya daripada dua juta lampu LED yang menghiasi muka jam tersebut dengan 21,000 darinya terdiri daripada cahaya yang berwarna hijau dan putih, yang selamanya menjadi lambang warna agama Islam yang suci.

5-Keindahan jam itu menjadi bualan kerana sebanyak 90 juta kaca mozek keemasan digunakan untuk menghiasi keempat-empat permukaan dengan mengambil motif atau corak flora dan fauna.

6-Terdapat dua lif yang akan membawa para pelawat sehingga ke sebuah balkoni atau anjung tinjau iaitu dengan kedudukan lima meter ke bawah kedudukan jam

7-Direka oleh jurutera Jerman dan Swiss membabitkan kos bernilai $800 juta (RM2.56 bilion)


Sewaku pembikinan


Mengikut percakapan Mohammed al-Arkubi, pengurus di salah satu hotel di kompleks menara tersebut melalui telegraph: ‘..Menara jam tersebut bakal menggantikan Universal Time Standard yang sudah berusia melebihi 126 tahun yang lebih dikenali sebagai Greenwich Mean Time (GMT) yang menggambarkan sebagai sebuah bekas kolonial oleh sesetengan masyarakat muslim. Ini akan meletakkan Mekah terkehadapan dari GMT..inilah sasarannya dan saya amat berbangga dengan pembinaan menara ini ‘

jam mekkah

1 comment:

ain'syaa said...

maaf kak lambat BW .
ain dah follow . ^^
nice bloggg ..