Assalammualaikum
.
.
.
.
.
Amboi..bila nampak je Title entry Valentine...kelam kabut sume sebok tekan nk baca kan..hee...
ehem..cmne?ada yg dapat sejambak bunga mawar merah,sekotak coklat dan bear yg comel x arini?
depan pintu bilik?depan pintu umah?atas kereta?atas meja pejabat/study?ada ssorang yg hantar kan?hehehe
dah2.. Ada Apa weh dengan Valentine??bukan ada apa pon?
pelik (!) kenapa bila 14 hb Feb je.sebok lah semua nk tunjukkan rasa cinta masing2?
xckup ke meniti hari2 bersama tu.. :)
alah..kan dah ada anniversary..haa..tarikh kapel tu..
so celebrate tu sudah..kan2?
kalo nak sangat lah celebrate Valentine..haaa....replaced je perkataan Valentine tu dengan? "Hari Memperingati Kekasih"..kalo nak lah.. :D
kalo Jaja x..Jaja ari2 Hari Memperingati Kekasih !
Actually,dulu pon masa zaman sekolah2...Jaja tingin gak nak sambut..masa 2 apa weh...masa tu kita x byk sangat di dedahkan dengan haram nya Valentine nie..masa 2...tau haram pon dr mulut ustaz dan ustazah...mana ada fb,twitter,bbm bagai nk sebarkan yg Valentine nie haram..kenapa dan mengapa !
Al-maklum la..masa tu budak2..ckp orang bukannya nk amik port..
tp,bila makin lama..Jaja makin besaq...dah makin rajin utk wat research suma...baru lah Jaja tau..
Hurm..btw,cerita sejarah pasal Valentine ni..banyak..sampai dah xtau mana satu yg betul...biasa lah..Sejarah..dengan mitos..xdapat dipisahkan..
ada yg cakap..ada seorang Paderi b'nama Valentino..masa 14 hb tu kerajaan Islam kat sana telah tumbang.So,paderi ni m'iytiharkan bahawa setiap kali m'jelang 14 feb..Sambutan Hari Kekasih akan dirayakan utk masing2 menunjukkan kasih dan cinta terhadap pasangan.Kerana dikatakan bahawa kerajaan Islam kurang sikap berkasih-sayang sesama mereka.So,perayaan itu dinamakan Valentine.
Ada juga yg ckp "Valentine's Day - Bukanlah HARI KASIH SAYANG" Tapi 14 Februari adalah HARI KEMATIAN seorang PASTUR yg bernama J. Valentina yg mati bunuh diri kerana tidak dapat bersatu dgn kekasihnya. Pada malam itu mereka telah melakukan hubungan terlarang kemudian mereka bunuh diri bersama².
Ini lak info yg Jaja dapat dari JAKIM :
Bagi mereka yang meraikan sambutan Valentine’s Day ungkapan ‘To be my Valentine’ sering bermain di bibir. Kebiasaannya ia diungkapkan oleh teruna kepada si dara dalam menzahirkan kecintaannya.
Menurut Ken Sweiger, perkataan “Valentine” berasal dari bahasa Latin yang mempunyai maksud “Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat, dan Yang Maha Kuasa”. Menurutnya lagi, kata ini sebenarnya digunakan pada zaman Rom Kuno ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi. Sedar atau tidak, menurut Sweiger, jika seseorang meminta orang lain atau pasangannya menjadi“To be my Valentine?”, maka dengan hal itu sesungguhnya ia telah secara terang melakukan suatu perbuatan yang bercanggah dengan aqidah dan dimurkai Allah. Ini karena ia telah meminta seseorang menjadi “Sang Maha Kuasa” dan hal ini sama dengan usaha menghidupkan kembali budaya pemujaan berhala.
Sambutan Hari Kekasih ini hanya disambut oleh orang yang bukan beragama Islam dan kita sebagai seorang yang Islam tidak patut mengagungkan hari yang istimewa mereka itu.
Islam sebagai agama fitrah dan sempurna, sentiasa menganjurkan kasih sayang sesama kekasih. Ini dapat dilihat melalui apa yang diungkapkan di dalam Kitab Al-Quran dan dijelmakan oleh Rasulullah s.a.w. bongkarlah khazanah yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w itu bagi mencarinya.
Menzahirkan kasih sayang kepada kekasih perlulah ada batasan selaras dengan fitrah manusia. Kasih sayang diantara dua jantina berbeza tidak boleh hanya dengan janji manis di bibir. Tetapi ia perlu diikat dengan satu ikatan akad yang mampu menyimpul ikatan kukuh bagi menjamin zuriat, akhlak dan peribadi. Ikatan itu dinamakan sebagai perkahwinan.
Ia bukan bertujuan menyusahkan hubungan sesama manusia. Akan tetapi, ia hanya bermatlamatkan menjadikan masyarakat yang stabil, aman dan harmoni. Keindahan dalam menzahirkan kasih sayang itulah yang dianjurkan oleh Islam dan perlulah disemai dan dibajai setiap hari tanpa perlu menunggu detik satu hari dalam setahun.
No comments:
Post a Comment