Assalammualaikum
.
.
.
.
Sudah semestinya dalam sesebuah phubungan adakalanya koang akan btikam lidah kan ?
betul x ?
ngeee..sapa yg akan mengalah selalunya??
prempuan ? oh no way !!
Jaja xkan mengalah ! ngeee..yer ker! Mr.MA??
hik3..!
Lelaki sering kali dilihat sebagai seorang yang kurang emosi dalam bab kasih sayang ! Contoh terdekat ! Mr.MA Jaja..penah koang tgk wall die..bab cintan cinton?haha..
xdak beb..jatuh saham kata nyaa !
chaiit !! hang kawen ngan aku ! hang boh status single..siap hang !! hahaaha~
Perempuan ni kalo marah..ada kalanya sampai lupa diri..
betul x kawan2...
kita kalo marah..tu dia aiihh !!
xingat dunia dah !
ok..here..we have some tips !
pada lelaki2 kat luaq sana..
ni ada sikit tips utk anda m'jadi juara !!
bila anda berada dalam situasi di atas !
Jangan Naikkan Suara
Itu pantang bagi perempuan. Kalau anda naikkan suara, si kekasih akan bertambah baran dan angin. Perempuan memang cukup pantang kalau lelaki suka menaikkan suara. Bagi perempuan itu lelaki memang sombong dan angkuh. Suara yang keras dan tinggi lambang keegoan lelaki yang tinggi. Kalau lelaki bersuara tinggi, perempuan akan lebih meninggikan suara kerana tidak mahu mengaku kalah. Kesudahanya keadaan menjadi lebih buruk.
Jadilah Pendengar Yang baik dan Yang Pertama
Be the first man to list. Lelaki memang menpunyai reputasi yang buruk sebagai pendengar. Mereka jarang menumpukan perhatian pada ayat awal seorang wanita dan juga penyudah kata-kata wanita. Bagi mereka suara wanita mungkin bagai nyamuk yang hanya kuat berdengung. Ini sering menjadi punca kepada pertelagahan wanita dengan lelaki kerana lelakiakan lebih banyak menjawab dengan,”Aaaa… apa dia?” Setiap kali perempuan bercakap.
Fokus Satu Topik
Orang perempuan memang suka bercakap berbelit-belit. Kejap begini, kejap begitu. Kalau tiada gangguan emosi mungkin tidak mengapa, namun macam mana kalau waktu dia sedang haid? Tentu semuanya jadi huru-hara. Apa lagi emosi terganggu, jadi biarkan perempuan berleter, membebel atau mengarut dan jangan sesekali anda pura-pura tidak dengar atau mengalih topik. Ini akan menjadi kemarahan perempuan. Bagi mereka anda tidak boleh dibawa berunding.
Mengaku Anda Salah, Anda Akan Menang
Hah! Ini satu rahsia untuk menang dalam pertengkaran dengan perempuan. Kalaulah berlaku perselisihan faham, tak guna mahu berhujah dengan perempuan. Walaupun menang betul itu salah orang perempuan namun mereka akan tetap mahu menang. Ini adalah lumrah diri orang perempuan. Namun kalau anda dengan penuh berhemah dan selamba mengakui sebarang kelemahan, kekurangan atau kesilapan, dia akan cair dan terus senyap. Dalam sentap sebenarnya pertelingkahan berakhir. She can never, ever win a fight if you admit you are wrong first. Ia memang mudah namun memerlukan kekuatan diri lelaki agar merendahkan ego mereka.
Biarkan Dia Layan Perasaan
Memang ada pada ketika dan saatnya perempuan memang sengaja cari pasal. Ada sahaja yang tidak kena. Ada sahaja yang menyebabkan dia naik angin. Serba tidak kena, serba salah lelaki dibuatnya. Pejamkan sajalah sebelah mata, memang pada musim tertentu setiap bulan, sekali, pasti perempuan akan moody. Itu memang perangai semula jadi perempuan. Kalaulah ini berlaku, anda diam dan buat faham sahaja. Walaupun mungkin si perempuan akan menangis dan berbentak-bentak, berdiam diri adalah cara yang paling baik. Itu sahaja ubat kepada emosi perempuan yang tercalar ketika dia datang haid.
Ungkapan Maaf
Memang sukar lelaki mahu lafazkan maaf. Jarang lelaki mahu minta maaf pada kesilapan yang berlaku. Tidak rugi sebenarnya anda mengucapkannya kalau anda mahu hubungan sentiasa jernih dan harmoni. Perempuan selalu membuat andaian, lelaki pandai membeli jiwa perempuan kala memikat. Ketika itu semuanya serba okay, semua tidak menjadi halangan. Namun apabila sudah pasti dapat cinta perempuan lelaki mulai menyerlah sikap egonya. Jadi apa salah kalau lelaki beralah sikit untuk kebahagian.
No comments:
Post a Comment