Hari Raya AidilAdha - .

Sunday, 6 November 2011

Hari Raya AidilAdha



-Assalammualaikum-



Alhamdulillah..Dengan izin-Nya,tahun ini sekali lagi kita umat Islam dapat bersama2 menyambut Hari Raya AidilAdha..Bagi yg beraya di perantauan jangan sedey2 yer...insyaAllah tahun depan leh sambut dengan family pulak.

Jaja tengah imagine..Mr.MA Jaja..Kacak kah beliau di pagi Raya ni?mengenakan sepasang jubah hitam..wahh (!)
sangat suka..sejuk hati tengok calon suami..hehe

Bagi yg tidak tahu,Hari Raya AidilAdha disambut pada 10,11,12,13 Zulhijjah setiap tahun.Bermula dengan takbir pada malam 10 Zulhijjah,diikuti dengan solat sunat AidilAdha serta khutbah di pagi 10 Zulhijjah.Sambutan diikuti dengan ibadah korban yg boleh dilakukan pada 11,12,13 Zulhijjah

Ok..Hari Raya AidilAdha @ Hari Raya Korban disambut adalah untuk memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah SWT dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah SWT.

Pada pagi raya,umat Islam disunatkan mengenakan pakaian yg cantik2,bersih2 dan mengenakan wangi-wangian.Umat Islam juga akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama dan 5 takbir pada rakaat ke 2.

*Info = Aidil Zafuan & Zaquan Adha [Pemain Bola Sepak Negara]
 dilahirkan pada Hari Raya AidilAdha (!)
Oleh itu,mereka dinamakan sempena Hari Raya AidilAdha !
Sweetkan !!

Jadi bergembiralah anda semua di hari yang mulia ini (!) hehe..

2 comments:

yusuflaili(Goku) said...

salam;
apa2pun selamat hariraya korban..semuga ceria selalu.

Jaja Sutera said...

@yusuflaili

waalaikumslama..
yer..mudah2an..begitu juga anda!