Assalammualaikum, semua
.
.
Mesti korang yang tengah baca entry ni adalah salah seorang yg tengah survey-survey
untuk bersalin di Hospital Bersalin Razif atau pun memang tengah survey hospital mana yg
bagus kan .Okey , bila sebut je nama hospital ni memang
tak asing lagi la buat mereka yg tinggal di kawasan Selangor .. lebih2 lagi di area
Shah Alam dan Klang .
Harini Jaja nak kongsikan pengalaman bersalin di hospital ni (tahun 2015) . Alhamdulillah
semua berjalan dengan lancar . Yang bestnya dekat sini , semua doktor yang akan sambut
kelahiran adalah doktor perempuan (kelahiran normal) .
Kalau operate selalunya owner hospital sendiri yang akan handle (Dato Dr. Razif Aziz).
Selain daripada tu, kita juga boleh pilih doktor mana yang kita suka untuk
check up bulanan kat situ .
Jaja start check up dekat sini masa kandungan dah cecah 7bulan . Memang check up
dekat situ sampai bersalin . Harga checkup setiap bulan dalam RM 100++ setiap kali check
tak lebih dari RM 200
Bil masa tu RM 1800 .. itu harga utk 2h 1m tanpa sebarang
komplikasi dan ubatan tambahan . Bil Jaja masa aritu dalam RM 2000++ sebab Jaja request
untuk bilik single dan admit situ 3h 2m ... masa tu Raudhah ada problem sikit
(kurang gula dalam darah) .. Jadi harga xsama la mcm starting pakej tu .
Setiap kali check up , doktor yg jadi favourite Jaja .. xlain xbukan Doc Ezra .. orang nya ...
MashaAllah .. lembut je .. sopan santun .. memang kalau dia la yg sambut baby , xde punya
rasa takut tu .. hilang semua rasa takut .. hhaha ..
Tp, masa Jaja bersalin aritu .. bukan duty Doktor Ezra tuu ..
jadi Doktor lain yang sambut .. doc yg sambut tu Doc Junaidah .. pun ok jugak ..
lembut .. nmpak cm lebih berusia skit dr Doc Ezra ..
so rasa mcm mak2 kita je .. tp xde la tua sangat .. hihi ..
alah , xkisah la doktor mana yg sambut ... janji baby selamat ...
Sebelum bersalin kat sini memang kitaorang ada survey 2 3 Hospital ..
antaranya , SALAM , UMRA , Pusat Bersalin Barakah dan Hospital Bersalin Raziff ..
dan yang paling murah masa tu Hosp Raziff lah
Masa nak bersalin kat sini aritu , ada sorang kawan yang share dia ada
pengalaman pahit kt hospital ni ..
so kita pon mcm takot nk bersalin sini ..
Tp, kami percaya .. sakit bersalin , layanan tu semua nasib ..
rezeki masing2 .. dan Alhamdulillah pengalaman bersalin sini
memang terbaik dan memuaskan .
Bilik pon selesa . Labor room pun selesa .. sangat best ! recommended ..
walaupun Receptionist dia agak so so sikit ..
haha ~ tp sokay , bukan nk hadap muka dorang pun masa nk beranak !
Ok kat bawah ni total bil semua (3h 2m)
Check up bulanan .. start check up sini masa kandungan 29 week
Rate sekarang xpasti lah berapa mungkin dalam RM 2000 mcm tu .. anggaran nya la ..
sebab tahun 2015 (RM 1800) .. untuk maklumat lanjut boleh hubungi talian ni utk quotation
Telefon : 03 - 3323 7394
Alamat : No 33,35,37 & 39 . Jalan Sri Sarawak 20A/KS2
Taman Sri Andalas, Klang
Facebook : Hospital Bersalin Razif
Gambar bilik
Bilik single ... sangat selesa .. ada 1 toilet dalam bilik ni .. tak share
ada TV jugak .. so xboring la..
Masa ni suami ngan mak teman .. hihi.. tido la kami 3 orang dalam bilik ni ..
aircond sijuk .. brr brrr
Ni bagi sesiapa yg takut kalau duduk bilik sorang .. heee ..
Ok mommy .. harap2 entry ni sangat membantu mommy daddy sana yang tengah
mencari destinasi bersalin ! heeee
Pakej Bersalin RM 1800
* Tinggal di wad 2 hari 1 malam
* Makanan & Minuman
* Ubat-ubatan utk bersalin secara normal
* Perundingan bersalin secara normal
* Screening bayi
* Penjagaan bayi baru lahir
* Immunisasi bayi baru lahir
* Kegunaan alat untuk bersalin secara normal
* Kegunaan alat pakai buang